Tuesday, February 9, 2010

Trip To Langkawi Part 3

Perjalanan kami hari ni bermula jam 10am juga. Destinasi sudah dirancang iaitu menjelajah di sebelah timur dan tengah pulau. Antaranya Bird Paradise, Galeri Perdana, Tapak Air Hangat dan Makam Mahsuri.

Lokasi pertama yang dituju adalah Bird Paradise, Wildlife Park. Bayaran masuk seorang RM12. Di samping itu, kami membeli makanan untuk haiwan dengan harga RM9. Amat berbeza dengan taman burung atau zoo lain kerana di sini hampir semua burung dan haiwan lain boleh dipegang dan boleh diberi makan oleh kita sendiri. Bila kami melangkah masuk, sangkar pertama yang kami lawat iaitu Burung Kakak Tua. Hehehe betul-betul kami teruja dengan gelagat burung ini. Memang jinak habiss. Siap kami bagi makanan lagi.


Kami juga berpeluang memegang Burung Enggang. Tengok lah reaksi kami ni. Hehehe…


Sebelum kami memasuki sangkar yang tertutup, sempat la bersua mesra dengan mereka yang lain ini. Sambil-sambil juga kami menghidangkan kudapan ringan. Antaranya Flamingo, Kancil, Itik, Buaya, Burung Nuri, Kera, Monyet, Rakon, Kuang Perak dan Tuntung.

Kami sekali lagi teruja apabila memasuki sangkar yang tertutup. Kami bertiga dikelilingi oleh Burung Serindit ketika memberi makan. Betul-betul la…

Selesai di sangkar, kami ke ruang terbuka semula. Dan kali ini kami berpeluang memberi makan kepada Burung Merak, Keldai, Burung Unta dan Arnab. Begini la aksi kami ketika memberi makan warga taman ni.

Di akhir lawatan dalam taman ini, kami berpeluang memegang dan bermain dengan Burung Helang, Kakak Tua dan Burung Nuri yang jinak dan tidak dijaga langsung. Jadi kami pun mengambil masa yang lama, beramah mesra dengan burung ini.


















Perjalanan seterusnya adalah ke Galeri Perdana. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 seorang. Di sini semua koleksi dari Tun Mahathir Mohamad disimpan di sini. Dari gambar & potret, pemberian hadiah dari diplomat luar negara, anugerah, bintang dan darjah kebesaran, koleksi barangan sumbangan sepanjang menjadi Perdana Menteri dan banyak lagi.






Di jam 2.30pm pula, kami singgah sebentar untuk berehat di Tapak Air Hangat. Di sini kami berehat dengan merendamkan kaki di dalam kolam air. Tahap kehangatan air bolehlah dikatakan suam kuku. Sederhana panas.

Di kala petang yang hangat, tambahan pula dengan kepenatan dan kelaparan, kami menyinggahlah makan tengahari pada pukul 3.50pm. Hehehe!!! Jamuan makan kali ini biasa-biasa saja. Cuma bezanya kali ini, masing-masing minum 2 gelas. Habis lagi tu. Haha..!!!





Destinasi yang terakhir hari ini iaitu Makam Mahsuri. Bayaran masuk dikenakan RM5 seorang. Sayu mendengar dendangan lagu yang kedengaran di hadapan pintu masuk. Tambahan pula ketika membaca sejarah hukuman yang dikenakan ke atasnya. Bila memasuki halaman rumahnya, kami dapat gambarkan bagaimana kehidupannya ketika dahulu kala. Pengalaman menjejaki rumahnya merupakan detik yang amat bernilai.


Setelah selesai lawatan perjalanan hari ini, kami pun terus pulang ke apartment dan tiba pada jam 6.30pm.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...