Friday, August 30, 2013

Makan ja la...

Berhabuk sunguh blog kewangan kan sejak benda2
whatsapp, viber, wechat, tango menjadi pujaan ramai
sekarang ni. Setahun juga tiada sebarang kabar. Post
terbaru ini pun sekadar menambah cerita2 aktiviti
kewangan yang tidak lain iaitu makan makan dan
makan lagi....Hahaha. Tanpa makan tu bukanlah
seksyen kewangan namanya.

Acara makan2 yang dibuat ini pun adalah bersempena
dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 yang
diadakan pada 20 Syawal. Krew kewangan memang 
semua berkerjasama la sangat dalam menyediakan 
menu juadah yang masing2 disediakan sendiri mahu 
pun order dari catering.

Jom layan gambar...


Krew kewangan dan admin bersama-sama merai
dan menjamu selera


Sayur, daging masak hitam dan serunding


Punding Horlick yang dibawa oleh Nurul.
Memang sedappp..



Puding Horlick dalam bentuk kiub. Part ini
si rahmah, moja dan razib yang bantai abis.


Sate ayam dan daging pun disediakan oleh
nurul. Bak kata cik aniza yang makan ntah
berapa cucuk sate di ngapp nya,
memang sedap hahaha


Sup daging. Khas dari azura. Menu yang
laris la sangat masa mula2 makan.


Rendang ayam 1M bak kata empunya
menu, diana.


Ayam goreng yang di sponser oleh cik sarah


Kurma ayam dan masak thai yang
ditempah khas oleh rahmah


Menu ikan yang disediakan oleh en.lumin.
Menu ini pun awal2 lagi dah habis.


Ketupat, lamban, kelupis dan pulut inti.
Kesemua disediakan oleh moja dan lynn.


Buah-buahan disediakan oleh cik aniza.
Sedapp.


Kuih seri ayu dan onde-onde disediakan
oleh moja



Kuih muih ini juga disediakan oleh moja


Kek batik dan kek lapis dibawa oleh diana.


Minuman disediakan oleh hanafi dan razib


Menu2 lain seperti macaroni, kari daging, bambangan


Begini la keriuhan semasa memulakan acara makan2.


Mereka menikmati kepelbagaian menu.

Seksyen2 lain juga tidak dilupakan untuk sama2
menikmati acara makan2 anjuran Seksyen Kewangan
sempena Aidilfitri. Admin, teknikal, khas dan kesejahteraan.
Majlis berakhir sekitar jam 4pm.


Sekian sajalah laporan makan2 dari Seksyen Kewangan.

 ~ Salam Aidilfitri 2013 ~

Tuesday, September 11, 2012

Staff baru

Inilah dia krew kewangan sambilan. Razib.
Kiranya bakal krew tetap tapi belum ada kepastian
lagi hehehe. Setakat ni hanya menanggung kerja
selama 3 bulan dulu.


Bolehlah selepas ini terus menerus proses
bayaran projek. Chayok2!!!!!

Aidilfitri Versi Kewangan

--Ini kalilah--
Kali ni lah Seksyen Kewangan dapat menghasilkan suasana
ceria hari raya untuk pertama kalinya tahun 2012. Hasil kerja
selama dua hari berturut-turut. Penglibatan semua krew kewangan.
Tidak lupa juga beberapa rakan dari unit pengurusan yang membantu
untuk mendirikan teratak berkonsepkan hari raya.

Juga bertemakan hijau alam semulajadi

Penglibatan seksyen ini pada tahun sebelum ni dalam program
jabatan untuk menghiasi ruang pejabat berkonsepkan aidilfitri
tetap ada, tetapi untuk tahun 2012, inilah yang paling mantap,
ceria dan masing-masing berpuas hati walaupun tetap tidak menang.
Hahaha....
 Krew kewangan 2012
 Ketupat tu ba berwayar-wayar lagi. Tetap mood meriah

 Batang lemang tetap segar walaupun seminggu dibakar. Haha
Seksyen Teknikal

Ini pula adalah ruang pejabat Seksyen Teknikal.
Hiasan seksyen ini juga adalah saingan hebat pada Seksyen
Kewangan (Pengurusan), tetapi kedua-dua pun tewas
kepada seksyen lain. Hahaha...
Nda apalah kan, asalkan dapat memeriahkan
penyertaan dalam program jabatan.

Sunday, June 3, 2012

Tajuk yang sama la kan : Kursus

Kursus lagi. Kalau krew kewangan yang lain nda pa
lah jugakan. Ini Si Moja (aku la tu hehe) dan Azurah.
Orang yang sama juga pergi berkursus bulan lalu
di Sabak Bernam.Ni nama durang juga yang naik
lagi pi berkursus. Adoyaiii....

Apa boleh buat la kan. Memandangkan kursus tu
pun adalah anjuran HQ Putrajaya, so bahagian
admin boleh la pilih mana-mana pegawai yang
sesuai untuk menghadiri kursus tu. Memandangkan
aku dah ditawarkan sekali lagi, so ambik dan
pergi ja lah kan. Kursus pun belum lagi cukup
7 hari. Si Zura pula berjaya tawan hati pegawai
selepas drama pujuk-memujuk lepas dia dapat
tahu seorang lagi pegawai tidak dapat pergi
untuk menghadiri kursus ini.

Bertuah betul 2 orang krew kewangan terpilih
walaupun ramai lagi pegawai yang lain boleh saja
untuk mengikuti kursus ni.

Jadi kursus ini adalah anjuran daripada HQ, dan
kursus telah dijalankan di Akademi Audit Negara,
(AAN) Nilai.

So jom usha2 gambar....

 Ruang bilik si Moja di AAN

Bagi aku, ini adalah kali kedua menjejak kaki ke
AAN ni. Antara krew2 kewangan lain yang pernah
menghadiri kursus di sini iaitu Rahmah, Airin, dan
Erna (ex-kewangan) selain Azurah. Kali ini kursus
yang kami hadiri iaitu Microsoft Office 2007 lanjutan.
Kursus hanya pada nama, sedangkan pc yang kami
guna pada sesi tu lebih updated, MS Office 2010.
Alamak terlebih sudah ^^Memang sesuailah bagi
mereka yang pro denganbenda2 MS Office ini.
Bagi yang beginner hanya sesuai jika betul2 minat
untuk mempelajari selok-belok program ini. Bukan untuk
tujuan lain. Sapa yang bersetuju angkat tangan please.

En. Safwan (penceramah) sedang mengendalikan
MS Powerpoint 


Aku dengan Zura duduk paling belakang sekali.
Tapi bukan la terlalu jauh sangat, memandangkan
susun atur bilik latihan komputer adalah 3 rows dan
setiap row ada 10 buah komputer. Benda ni tidaklah
penting sangat untuk dikongsikan, tapi ada part yang
sengal tu...Siapa dapat teka?

Yang sengalnya, dah la dua-dua durang ni rabun jauh,
ada hati mahu duduk dibelakang. Naa sekali dua-dua
terkebil-kebil nda nampak. Nasib la si Zura bawa
speknya. Kawan yang sorang lagi tu mengharapkan
orang di sebelah (Zura) punya setiap ayat. Silap tulis
na abislah si Moja. Hahahaha!!!!

Yang bestnya kursus kali ini ialah dari urusetia, penceramah
dan peserta semuanya friendly terutama dari Negeri
Selangor dan HQ. Sesi kursus pun menarik.
Makan pun sodap. Bilik penginapan pun sejuk bagai...

Dah 4 hari berkampung di AAN, so apalagi ke
Bukit Bintang la sekali lagi hehe..!!!

Same hotel...Sky Hotel.
Same Destination...Bukit Bintang
Eating at the same place...Sushi king, Jendela Suasa &
Kopi Club.

Petang tu selepas makan-makan di Sushi King,
kami menuju berlainan tempat. Zurah ke Lot 10.
Aku pula ke Berjaya Times Square, kunun
mahu menaiki monorail untuk ke Sogo. Memandangkan
cuaca kurang baik, hanya sempat berlegar-legar sekitar
Times Square. Dekat jam 8 malam barulah bertolak
 ke Sogo dengan menaiki teksi.

Kejadian selepas membuang masa tanpa membeli
barang-barang di Sogo iaitu masa hendak menaiki
monorail untuk ke Bukit Bintang. Monorail tergendala.
Jam masa tu hampir pukul 10 malam. Cuaca masih
hujan renyai. Al-maklumlah kalau monorail dah
tergendala, masing2 orang ramai time tu mencari
teksi. Naik bas nda tahu. Jadi teksi la option
yang ada. Dekat 2km berjalan kaki ni mencari
teksi. Biar betik apa yang aku lalui ini. Yala
10.00pm tu kira malam masih muda kan.
Tapi aku kan orang kk. Bukannya kenal tempat2
nak escape kalau2 ada drama ka apa haha. Dekat
area Maju Junction Mall bukan havoc macam
Bukit Bintang yang ramai orang. Tapi
semuanya selamat lepas dapat teksi dan jumpa
lah akak zura di hotel. Dah tu...pi lah cari makan kan.


Jam 11.22pm Sup Daging tiba

Jam 11.33pm untuk dinner @ Jendela Suasa


Nda payah lah kan macam-macam gambar bagai...
Asyik gambar yang sama ja nanti kan. Cuma dinner kali
ini kami makan pada jam 11.33pm. Hah!! Biar betik!!
Betuiii la. Yang tak betuiii nya, orang lain makan yang
digoreng2 contoh nasi goreng kan. Yang kami atau
lebih sesuai kepada zura sebab dia yang orderkan,
menunya semua yang berat mata memandang, berat lagi
perut menanggung. Sup daging, sotong goreng, telur
dadar, sayur kailan dan aku hanya order ayam masak halia.


 Tu dia menu, plus minuman yang baru dibeli di Starbuck. Dah tu
masing2 lagi order minuman tambahan. Memang dasar membazir


Dinner time tu memang kenyang melampau la.
Sebab apa......????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebab SEBELUM dinner tu baru ja dalam 15 minit menjamu
buah-buahan tempatan hahahaha...
Tu yang kenyang tebarus tu.


 Ni lah dia buah-bauhan yang dimaksudkan.
Kepingin mahu makan durian, Zura nda berkira
apalah sangat rm25++ untuk 1 biji buah durian.


Aku pula hanya menikmati mangga ja la yang mampu dibayar
untuk rm6 sebiji.

Bye Bye

Sudah lebih sebulan da berlalu, tapi baru sekarang
ada masa mahu update blog ini untuk kesekian kalinya.
Entry kali ini adalah entry khas yang ditujukan kepada
En.Awg Azli selaku pegawai kami di Unit Kewangan
yang telah bertukar ke jabatan lain.

Jadi, persiapan telah dibuat oleh krew2 kewangan
yang lain, memandangkan 2 orang peneraju utama,
chehhhh pada masa tu sedang berkursus, iaitu saya
dan Azurah. 

Jadi tempat yang dipilih adalah di Koki Bandung.
Pelik jua nama restoran ni kan. Koki membawa
maksud Kota Kinabalu. Jadi Koki Bandung adalah
gabungan nama dua bandar di Sabah dan Indon.
Restoran ini terletak di Alam Mesra.Terima kasih 
pada En.Awg yang telah memilih tempat ini.

Jom usha2 gambar....


 Ruang makan Koki Bandung


 Tu dia masing2 pesan makanan ikut pilihan sendiri

Kehadiran krew kewangan kecuali Cik Anizah
yang tengah mengikuti Sukan AG di Melaka sangat2
memeriahkan suasana. Tambahan pula majlis
perpisahan ini turut mengundang pegawai dari admin
iaitu Cik Sarah, Kak Dayang dan Kak Ranik,
memandangkan mereka juga adalah rakan sekerja
yang telah lama bersama-sama dengan En.Awg.


 Antara menu yang sempat diambil gambar
iaitu Ayam Penyet 
dan keli


 Babu Mama Rahmah sedang meletakkan lilin kek

Selain kek perpisahan En.Awg, rupanya mereka juga
turut menghadiahkan kek harijadi untuk mereka yang
menyambut pada bulan mac iaitu Diana dan pada
bulan April seramai 4 orang iaitu saya, Nafi, Anizah
dan Nurul. Terima kasih la pada mereka yang tidak
lupa untuk menyambut harijadi krew2 kewangan
yang lain. Walaupun sehingga entry ini ditulis,
duit collection untuk majlis ni belum lagi dibagi.
Hahaha!!! Azurah, pelase la jangan buat2 lupa


 Kek perpisahan


Kek Birthday

Kepada En.Awang yang telah bersama-sama kami
di Unit Kewangan yang lebih daripada 10 tahun,
terima kasih diucapkan. Segala pengalaman
terutamanya pada setiap hujung tahun dan AKB
tetap dikenang. Pengalaman bersama-sama
ke Korea Selatan juga tidak dilupakan.
Semoga cemerlang bertugas di tempat baru.

Friday, May 4, 2012

Jalan-Jalan lagi


Jalan-jalan lagi krew kewangan. Kali ini si Moja
dan Azura. Ke mana? Setakat berkursus sahaja pun.
Cuma kali ini kami berpeluang mengikuti kursus di
Institut Perakaunan Negara Sabak Bernam, Selangor.
Yeahhh!!!!

Kursus bermula pada 24-25 April 2012. Seperti
yang sedia maklum, IPN di sini menyediakan
segala kemudahan semasa berkursus. Ini termasuklah
penginapan yang mana sebuah bilik dapat menempatkan
dua orang peserta, makan dan minum 6 kali sehari,
fuhh!!! kenyang. Tempat riadah pula segala macam
gelanggang dan gym ada. Sesuailah bagi kursus yang agak
panjang. Nda lah keboringan sangat peserta kursus
kalau ke sana. Yang bestnya IPN menyediakan
banyak basikal untuk peserta yang ingin mengelilingi
pusat kursus di sini. Tapi si Zura setakat mengambil
kunci tapi naik nya tidak haha.

Macam inilah keadaan bilik penginapan

Terdapat dua blok bilik penginapan yang disediakan.
Bilik di sini memang kelihatan macam bilik di hotel-
hotel. Sebab apa, aircond dan kipas disediakan,
tv, cerek, toiletries macam shampoo dan sabun.
Yang bestnya ada peti ais. ^^

Gelanggang untuk riadah

Perjalanan pula dari Putrajaya ke IPN ini
mengambil masa 3 jam. Jauh kan. Jadi
aktiviti sepanjang perjalanan tidak lain
duduk dan tidur lah. Haha!!!

Gambar semasa kursus

Hampir 34 orang yang datang menghadiri Kursus Perakaunan
Bayaran. Rata-rata peserta adalah dari Perlis, Pahang
dan Putrajaya. Dan kebanyakan peserta bertugas
di universiti, politeknik dan hospital.

Pekan Sabak Bernam

Orang cakap...tarikan utama di Sabak Bernam
iaitu Mee Udang. Tak sah kalau ke sini kalau tidak
mencuba apa yang orang-orang cakap tu ^^.
Jarak gerai makan yang kami tuju tu dari IPN
mengambil masa 15 minit juga dengan menggunakan
kereta. Nasiblah juga si Moja terjumpa member
yang ada bawa kereta, jadi senanglah untuk bergerak.
Malangnya, nda sempat nak ambil gambar
mee udang yang sedap tu.

Sempat jugalah kami ronda-ronda di Pekan Sabak
Bernam. Agak jauh juga dari pekan ke IPN yang
mengambil masa 45 minit. Dan ada malam tu
kami sempat ronda-ronda sehingga jam 1 pagi.

Sky Hotel, Bukit Bintang

Lepas habis kursus, sekali lagi kami menaiki bas
IPN ke Putrajaya Sentral yang mana masa
perjalanan adalah 3 jam.

Keadaan bilik di Sky Hotel

Di KL, kami menginap di Sky Hotel yang
terletak di Bukit Bintang. Boleh dikatakan hotel ini
memang terbaik dari segi kemudahan, keselesaan,
lokasi dan harganya.

Jom layan gambar keadaan bilik di sini ^^






Yang tak bestnya pula, bilik hotel si Zura diupgradekan
dari standard twin ke deluxe room yang mana bilik
agak besar tetapi pada harga yang sama. Adoyaii...!!!

View dari bilik hotel

Sekitar belakang Bukit Bintang

Lokasi hotel memang terbaik. Hanya seminit berjalan
kaki ke Lowyat dan bangunan disebelah pula
adalah Sungai Wang dan BB Plaza. Belakang
Lowyat pula Berjaya Times Square. Bila dah
ke sini, pastikan duit pun kena bawa lebih lah
supaya aktiviti penat berjalan tu berbaloi-baloi.
Haha!!!!


Malam tu kami menjamu selera di Sushi King.
Moja first time makan benda-benda Sushi ini.
Tapi lepas ni bolehlah dimasukan list tempat
makan-makan nanti Hehe..

Harga makan untuk 2 orang RM70++

Esok paginya bersarapan di restoran berdekatan
dengan Lowyat.


Breakfast dulu. 

Nasik lemak untuk Moja. Zura tetap nasi putih,
ayam goreng.

Lepas breakfast, apa lagi masing-masing menghala
ke shopping mall. Moja ke Lowyat, Zura pula
ke Sungai Wang / BB Plaza.

Aktiviti window shopping tetap diteruskan selepas
check out hotel pada jam 1.00 pm. Tempat yang
dituju juga masih sama. Dan kami lunch di salah
sebuah restoran yang ada di Lowyat.



Lunch di kopi Club. Sandwich tuna, roti kawin dan nasi
goreng ayam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...