Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Lunch Yang Melampau

'Apa kita makan tengahari nie kak?'
.. inilah yang ditanya oleh Nurul
Disebabkan malas mauk berjalan .... 
kami memutuskan untuk McDelivery saja

Payah juga memilih menu yang mauk dipesan
Siap bertanya ngan Zura sekali apa yang dia mau telan.
Sesudah menu selesai dipilih .. cubaan tuk menelefon McD dibuat

Entah apasal plak talian tak dapat tembus ... 
(agaknya McD nda membayar bil durang) 

Mau nya terpaksa juga berjalan ...
Nurul pun memujuk Zura untuk ke Drive-Thru

Setibanya di McD ..
Baris Drive-Thru sungguhlah panjang
terpaksalah Zura parking diluar 
dan kami berdua masuk ke dalam dan oder

Selesai oder .....
masuklah kereta.
Zura mencadangkan untuk makan depan laut ...
(supaya senang dia 'mengorok' atas meja dengan ditiup angin laut)

Mengenangkan takut banyak masa dihabiskan dijalanan,
almaklumlah hari jumaat
ndalah jadi kononnya
Baliklah konon ke pejabat .......

taaaapiiiiiiiiiii ..........

Ntah sewelnya si Zura membawa kereta
mau nya di bawa kami nie makan di kawasan DUN
tapi dia tersalah masuk simpang DBP plak

Masuk ke dalam simpang DUN ..
jalan cuma separuh jalan bab 
takut nda dibenarkan masuk kawasan DUN

Masa keluar simpang DUN
ternafsu plak zura tuk makan Lokan Panggang

Maka
diteruskan perjalanan ke Gerai Lokan Panggang

Setibanya sana ...
mau lah pulak lagi dia makan ketam rebus
tapi memandangkan harga yang kononnya mahal ..
ndalah jadi dia membeli
Makan jak konon dia Lokan

Sudah memilih gerai & juga lokan (2 tompok) .. 
duduklah kami siap membawa segala burger yang dibeli dari McD tadi

Sementara menunggu lokan masak
si Zura berubah pikiran
siap pujuk Nurul skali
tuk makan ketam juak

Pegila dia ke gerai sebelah & dibelinya ketam yang besar berharga RM30.00

Menu Lokan untuk makan tengahari bersama burger McD



Sementara menunggu ketam rebus halia nya masak ...
Kami membedallah dulu lokan

Sesi bedal lokan dulu sebelum ketam ...
Rasanya kami makan lokan tue dalam slow motion (kecuali si Zuralah)
Ketam nda sampai-sampai ...

Ce tengok jam si zura
mau nya dia marah ...
hampir sejam dia menunggu ketam batu nya tue masak

Sesi menunggu ketam
 Pada asalnya, si Zura mintak ketam separuh dihidang & separuh lagi dibungkus
Tapi sudah lewat yang teramat sangat, maka dia mintaklah semua ketam tue dibungkus.

Rasanya tuan punya gerai tiada kemahiran bungkus membungkus ..
diorang mengambil masa yang agak lama tuk membungkus ketam-ketam tue,
rasanya macam 10 minit untuk membungkus.
Dah begitu,
si Zura pun memesan segala macam satu persatu.
Ketam dah di bagi,
dia mintak bungkuskan lada/limau/garam.
(bungkus 3 benda nie pun amik masa lama)
Dah gitu pesan lagi menu utama ... NASI


tunggu lagi .....
dan tunggu lagi .....

Setibanya di opis ....
dihidangkanlah sang ketam-ketam ini untuk dimakan bersama

Inilah rupa ketam yang ditunggu sejam tuk masak
Makan Beramai-ramai


Thursday, January 19, 2012

Mamam Kat Promenade

Malam nie, para krew kew telah sepakat untuk makan-makan bagi meraikan 
penutupan akaun 2011.

Setelah berpenat lelah menyettlekan pembayaran ...
maka ini adalah ganjaran yang dapat difikirkan
untuk lepaskan tension kerja.


Para krew kew mula berkumpul seawal 7:30pm
Lobby Hotel Promenade.

Ada jugalah yang lambat sampai ..... 8:00pm
tapi acara makan-makan tatap dimulakan 7:30pm
sebab ada antara krew kew punya plan lain.

Bukannya nda mau buat hari lain,

tapi lantaklah ... nda ada sudah kesabaran ni mau celebrate hehehe ...

So jom tengok gambar-gambar yang SEMPAT di ambil ..

Baby Iman pun ada ikut serta meraikan




Banyak-banyak makanan yg ada .. benda alah ni juga yang
di oder oleh Zura

















Setelah berabis menyumbatkan diri dengan makanan & dessert yang ada,
inilah jumlahnya....

Perhatikan harga telur goreng yang dioder si Zura ... 


Saturday, May 15, 2010

Lokan Panggang

Adalah suatu hari tue ... saya, diana, nurul dan marlina pergi berjalan bersama. Penat berjalan singgahlah kami di gerai. Niat dihati hanyalah nak pekena air kelapa, puding kelapa serta keropok ikan. Ntah macam mana teringin plak mok makan Lokan panggang. hehehehe ...


Nampak sedap .. dan sememangnya sedap. Order 2 set rasa macam tak cukup untuk Nurul & Diana.


Dalam menanti sampai lokan yang dipesan, sempat pulak nurul memerhati semut-semut gigih bekerja. Bukan setakat memerhati tapi juga, merakam saat-saat tersebut ...

Thursday, April 29, 2010

Kg Nelayan


Bulan April semakin dipenghujungnya … sambutan makan malam yang kononnya untuk celebrate harijadi kami teruskan juak, sungguhpun tidak cukup korum. Makan malam, malam nie kami buat sekadar suka-suka saja hehehe ..

Berlokasi di Kg Nelayan … moja, zura, nurul, aqu, diana & husbandnya, irwan memulakan pertempuran. Airin masih lagi sakit, Nafi tak dapat join sbab sakit dari bermain futsal, Rahmah plak dah berlepas ke Medan.

Nurul & zura .. awal awal lagi dah warning yang diorang berdua nie lapar, kununnya nda makan tengahari. Sesampai jak, aqu & Diana mengamik macam macam lauk .. ayam, daging, ketam, kupang, kerang, udang, sotong .. sayur, diorang plak mengatur diri memasing. Si nurul mengamik kueyteow + mee + nasi goreng + lauk (tak ingat apa) & si Zura plak mengamik nasi + telur rebus masak sambal.

Mulanya kami pompuan melantik 2 jejaka tuk memasak … sementara kami amik lauk & duduk bergosip sambil tunggu makanan siap. Tak sampai 5 minit, aqu & Diana membantu masak manakala 2 beradik tu makan. Tengok gaya diorang bila dah makan tu, tak ingat lagi orang lain … diorang ngan dunia diorang jak … sampai segala udang, ayam, daging depan diorang kering oleh api sebab tak dipedulikan.

Memang bestlah malam tadi, semua makan berabis. Ada makanan yang tak dapat dihabiskan cuba dipaksa makan (takut kena bayar extra). Nasi tambah yang diminta oleh zura pun nda termakan, terpaksa wan menghempas pulas mengabiskannya. Apa-apapun … lain kali kita datang lagi yaa!!!

Sunday, January 17, 2010

Majlis Kenangan



Seperti yang sudah sedia maklum, Ketua
Unit Kewangan iaitu Puan Noramiza akan
bertukar ke Unit Urusetia pada 18 Januari
2009. Pada hari jumaat lepas, krew kewangan
sempat meraikan majlis perpisahan bagi
mengingati jasa dan kenangan beliau
sepanjang menjadi ketua unit krew
kewangan.




Walaupun aktiviti yang dikongsi kali ini
juga lebih berbunyi makan-makan (hehe.!!)
namun majlis yang diadakan ini adalah tanda
untuk menghargai sumbangan beliau.
Sumbangan yang membawa aspek perubahan
pemantapan jentera dan unit ini seperti
dasar, peraturan dan kerjasama. Di majlis
ini juga, Puan Noramiza sempat memberikan
tips untuk mengekalkan unit ini sebaik mungkin.
Kerjasama, semangat berpasukan, jalinan
hubungan krew kewangan, disiplin kerja
adalah antara yang terbaik pernah beliau
terjumpa sepanjang perkhidmatannya.




Atas permintaan puan, ucapan terima kasih wakil
dari krew kewangan kali ini adalah, azura sebagai
pembuka kata majlis ini. Tetapi disebabkan terkejut
apabila dipilih, dia tidak bersedia dan terpaksa
mozaid mengambil alih walaupun hanya sepatah
dua sahaja ucapan yang diberikan.
Bagi menu pula, antara yang disediakan pula adalah
seperti kek, soto daging, ayam goreng,
udang butter, ikan masin dan sayur kubis.
Memang semua menu sedap dan menyelerakan.
Dikesempatan ruang yang ada, kami krew di unit
ini berterima kasih atas tunjuk ajar, pimpinan,
teguran, idea, termasuklah juga sumbangan lain
seperti belanja makan KFC, pizza, McD, dinner
dan sekecil bentuk sebesar rasa, kuih kasui.
Jangan lupa singgah-singgah kami selalu,
dan jika ada makanan lebih panggil lah kami ya.
Jasa mu tetap dikenang.

Friday, January 15, 2010

Makan-makan di Salut Seafood Restaurant

Hampir setengah bulan krew di sini
tidak mengupdate blog ni. Terasa macam
tiada aktiviti pula yang berlaku di kewangan
sepanjang awal Januari ni. Sebenarnya bukan
lah krew kewangan ketiadaan isu mahu pun
aktiviti, tetapi kesemua krew-krew berhempas
pulas, masing-masing berkerja keras untuk
menyiapkan kerja terutamanya dalam tuntutan
bayaran projek. Tempoh AKB katakan.

Walaubagaimana pun, kita tinggalkan dulu
isu AKB ni kerana krew kewangan ingin
berkongsi hari-hari selepas berakhirnya
tempoh AKB 2009 yang menyeksakan. Aktiviti
yang mula-mula di rancang sekali untuk
meraikan penat lelah adalah makan-makan.
Hehehe...!!! Makan tengahari saja bah.

Aktiviti makan ini telah dirai pada hari khamis
14 Januari baru-baru ini bertempat di Salut
Seafood, Karambunai, Kira-kira 17km daripada
pejabat.

Sebelum bertolak, adalah seorang tetamu
yang tidak diundang tetapi dirindui datang
ke pejabat, iaitu Kak Patimah, bekas
kakitangan unit kewangan. Urusannya
hanya mengambil barang minuman yang
dipesan. Apa pun kami tetap merinduinya.



Setibanya di restoran, kami masing-masing
memilih jenis makanan laut yang masih hidup
sebagai menu pilihan. Jenis masakan yang di
pilih pula antaranya kupang putih rebus, ikan
merah sweat sour, sotong goreng tepung,
udang mayonis, ketam rebus, kangkung
belacan dan pucuk sayur manis.



Udang mayonis pula kami order dua kali,
bukan tebarus tapi sedap. Yalah manalah
cukup kalau seorang makan 2 ketul udang saja.
Apa lagi...kami pun order sajalah, harga
langsung tidak terfikir, yang penting dapat
makan. Hehehe..Bukan selalu pun dapat
peluang macam ini.







Yang menjadi rebutan dan perhatian masa
mula-mula hidangan dihantar adalah
segala barang pencecah seperti cili padi,
limau, bawang putih dan kicap. Masing-
masing berkerja keras membuat pencecah
sendiri kecuali si moja dan hanafi. Hehehe...










Yang meriahnya apabila kesemua krew

kewangan dapat berkumpul bersama-sama
untuk meraikan makan tengahari ni. Di
kesempatan waktu yang ada, dapatlah kami
mengambil peluang bagi mengeratkan lagi
ukhwah, ikatan persabahatan dan
kekeluargaan dikalangan kami dengan
gelak ketawa, gelagat dan menu makanan
yang mengisi ruang perbualan sepanjang
menjamu selera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...