Sunday, February 20, 2011

Acrobatic Show @ 1Borneo


Acrobatic show @ 1Borneo
pada 19 Februari 2011.













Puas hati tengok show tu...

Monday, February 14, 2011

Crew Kew Bergila Ke KL

Hari nie saya, Diana, Nurul & Zura terbang ke KL untuk menghadiri Program Internship Kewangan di HQ pada 09/02/11 - 10/02/11.

Saya, Diana & Nurul telahpun masuk ke balai berlepas dan pengumuman untuk masuk dalam kapal telah dibuat namun Zura masih belum tiba. Bila ditelefon beberapa kali, rupanya dia baru saja sampai di airport. Kurang assam betul punya orang, nasib baik kami dah web check-in semalam kat ofis, kalu tidaaak ... memang sah tak naik kapal lah si Zura.

Dah masuk kapal Zura & Diana duduk satu row. Kenapalah bley wat scene masa minum dihidangkan. Buli2 masa mok pose bergambar, diana terpelancit airnya ke atas zura ... basahlah juga baju si Zura hehehe ...

antara aksi-aksi yang sempat diamik masa dalam kapal ....

Menu semasa penerbangan pada waktu itu adalah 1. nasi putih, acar timun & ayam masak merah (tapi xda plak rasa masak merah pun), dan 2. nasi putih, sayur chapchoy & ikan masak black bean. Saya, Nurul & Diana meminta hidangan berlauk ayam manakala zura meminta hidangan ikan. Selesai makan, Zura mengadu bahawa dia belum kenyang. Dia merayu pada saya & Diana untuk meminta lagi makanan untuk dirinya. So terpaksalah saya & Diana meminta bagi pihak dia, demanding plak tue nak minta ikan lagi ... tapi yg ada cuma ayam. Dia pulun jugak. Dalam masa yg sama Diana meminta kacang, skali stewardess tu bagi 4 bungkus besar sekali untuk kami setiap sorang. Perghhh .... Tupun diana nak mintak lagi hahaaa

4 bungkus besar kacang yang dibagi seikhlasnya oleh MAS ...
Sesudah check-in di hotel, kami berempat terus keluar. Sungguhpun dah makan dalam kapal, Zura mencadangkan untuk pergi makan dahulu; sup tulang & ikan keli goreng.

Selesai makan, kami berempat pergi ke Sogo untuk mencuci mata. Setiba di sana, memasing berpecah sebab nak beli keperluan memasing. Saya serta Nurul pergi ke farmasi, Diana mencari baju untuk anaknya; Iman manakala Zura pulak mencari baju untuk dirinya sendiri.

Selepas dari Sogo, kami berehat seketika di hotel. Selepas berehat, kami menyambung perjalanan ke kawasan Bukit Bintang. Lama kami habiskan masa di Pavillion, mulanya sekadar nak cuci mata, tapi akhirnya masa dihabiskan untuk membantu Diana mencari belon spesel untuk Iman.

Beberapa gambar kenangan sewaktu berada di depan dan dalam Pavillion

Muka-muka penat berjalan mencari belon spesel ...
Selepas dari Pavillion, kami berempat keluar untuk mencari makanan di kawasan Bukit Bintang. Terserempak kami akan orang berwarna silver di tepi jalan, dan peluang diamik untuk bergambar dengannya tidak kami lepaskan.

Kami berhenti seketika dekat Plaza Bukit Bintang untuk menjamu makan malam bersuasanakan lagu-lagu menarik dari 'live band'. Yang makan cuma Zura & Nurul, manakala saya & Diana cuma minum saja. Sempat jugaklah saya merakam suasana 'live band' ....



Setibanya kami tiba dihotel, penatnya tak terhingga. takut jugak kami tak sedar untuk kursus pada esok hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...