Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan

Salam Kemerdekaan pada semua ...
Sempena sambutan 31 Ogos tahun ini, PPPNS turut terlibat dalam acara perarakan walaupun dalam bulan Ramadhan.
3 krew kew terlibat dalam perarakan tersebut antaranya; Azura, Lynn & Diana.

Pada 29 Ogos telah diadakan full rehearsal yang diadakan di Dewan Stadium Likas.
Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang rehearsal diadakan.


Seawal 6:15am, semua peserta PPPNS dikehendaki berkumpul. Tapi dengar kata, ada yang tiba di kawasan Dewan lebih awal; iaitu pada jam 5:30am ... kononnya nak dapatkan parking yang lebih dekat dengan dewan & nak elakkan ketiadaan parking.
Ada juak kejadian orang tue ... tudung terbakar masa meng'iron'. hehehe betul ka tu??

Apa-apapun kejadian, memasing tetap bersemangat tiba awal di dewan, sempat juak berposing ngan Tuan Haji Matusin sebelum berkumpul di dalam dewan.


Ini adalah sebahagian acara yang berlangsung diluar dewan ..


Sementara acara diluar berlangsung, para peserta perarakan berkumpul didalam dewan sabar dengan ragam memasing. Panasnya pabila didalam tak terkira ... malah ada yang hampir duduk dilantai sebab tak tertahan berdiri terlalu lama.Orang yang sama juak hampir berbalah dengan peserta dari kontinjen lain gara-gara nak rebut hala tuju kipas ... hehehe ... Nasib baik sajalah orang tue berpuasa masa tue, kalau tidak memang kecoh juaklah keadaan masa tue.


Bermulanya perarakan ...


Sesi berposing setelah selesai perarakan ...

Sunday, August 29, 2010

Happy Birthday Rahmah


Pada hari Jumaat, krew kewangan sekali lagi meraikan
sambutan harijadi yang mana kali ini kami menyambut
b'day Rahmah.



Kali ini kami buat sedikit kelainan yang mana kami tetap
meraikan harijadi walaupun di Bulan Ramadhan.
Apa yang lainnya? 1st time kami meraikan di hotel.
Selalu kami meraikan di ofis, paling tidak pun
di Restoran Nelayan baru-baru ni.



Lokasi hotel yang dipilih iaitu Imperial Hotel,
Warisan Square. Antara yang hadir untuk berbuka
puasa dan sekaligus meraikan b'day ni iaitu
Rahmah, Mahdir, Nurul, Moja, Zura & Lynn.


Menu memang pelbagai. Cuma lauk pauk sahaja
yang kurang meriah banyaknya. Tetapi itu tidak
menjadi masalah, yalah kan tengah puasa, jadi
makan pun tidak dapat sumbat banyak2
sekaligus. Mana lagi mau makan kek yang dibeli
dari Secret Recipe.



Selepas saja abis makan hampir kesemua menu yang ada
di hotel, barulah kami buka kek b'day tu. Mulanya b'day girl
ni tidak mau dipasang candle tu, malu kunu orang lain
tengok. Tapi tau2 la kalau si zura, dipaksanya juga
letak candle. Moja & Lynn pula tukang batu api paksa
letak candle tu. Bukan 1 tapi mau diletakkan semua.
Cumanya b'day girl setuju letak 3 batang lilin saja.



Letak candle pun da malu, apa lagi dinyanyikan.
Mendengar la pengunjung2 yang ada di sana
dengan kecoh2 meja yang menyambut b'day ni.

Walau macamana kecoh pun, kami ucapkan...

Happy Birthday



Thank you la pada Rita, staff yang bertugas
di Imperial Hotel yang dari mula lagi telah
melayan terutamanya best friend barunya
si Zura.

Saturday, August 21, 2010

Majlis Amal Bersama Anak Yatim

Syukur Alhamdulillah, majlis amal bersama 30 orang anak yatim
sempena Bulan Ramadhan telah dirai. Seramai 36 warga kerja
yang terlibat dan diantara krew kewangan yang terlibat termasuklah
En. Ag Azli, Anizah, Azura, Diana dan saya sendiri.
Satu taklimat telah diadakan di bilik gerakan sebelum menyambut
kehadiran anak-anak kecil lagi kiut2. Dan setelah anak2 ini memasuki
bilik gerakan, suasana memang happening la. Memang kecoh lah
semasa nama2 anak ini sebut untuk memperkenalkan diri masing2.
Lagi kecoh bila anak2 ini diberikan kepada abang / kakak angkat di
pejabat ni untuk di jaga semasa aktiviti amal ini dijalankan.

Ada yang sampai menangis bila diberikan kepada salah seorang
pegawai iaitu En. Rusli. Takut sampai menangis anak dibuatnya.
Padahal En.Rusli sendiri pun nampak panik juga. Ada yang nampak
happy bila dapat penjaga yang ok, macam la babu di bawah ni...



Suka si nonong bermama kan si Zura.



Gambar di atas pula, Kak Su dengan anaknya.



Ada pula staff yang membatu api menyuruh
anak2 ini membelikan handphone, PS2 dan mercun.
Macam2 betul...




Terdapat juga anak2 yang mendapat dan dijaga oleh
2 orang warga antaranya Roselia & Madzlan,
Mozaid & Yusendra (Kira 2 group ni pakej lengkap bapa/mama),
Awg Zaini & Max (2 bapa) & Rosnani, Shaiful & Suffian
(yang ni pula 2 bapa, 1 mama..eheheh)



Saya dan Yus mendapat anak bernama
Nur Nilam Sari yang memakai baju kurung warna ungu.
Anak ni dari kasut, baju, beg semuanya pink



Berbagai karenah anak2 ini semasa memilih barang keperluan
mereka. Anak yang nakal, ada yang pandai memilih, ada pula
yang ikut saja apa yang ditunjuk. Ada pula yang sempat dibawa
pi KFC (ni si zura la ni). Ada pi kamdar. Ada staff yang bermurah
hati membelikan baju & jam tangan menggunakan
bajet sendiri. Dan Alhamdulillah semua anak2 gembira bila
mendapat keperluan masing2 bila Syawal menjelma nanti.



(Gambar atas)
Madzlan & Roselia yang sedang mencari kasut untuk
anaknya. Sakit kepala dibuatnya padahal anak
jagaannya pandai memilih dan tidak cerewet.




Suasana selepas aktiviti telah dijalankan.
Memang happening di ruang legar semasa
aktiviti bergambar




Gambar bawah pula suasana diruang legar untuk menunggu
kereta untuk pulang






(Gambar atas)
Anak2 bersalaman dengan Tn. PKN




Ini pula barisan warga kerja yang terlibat

Thursday, August 12, 2010

Zura Dah Jadik Drebar

Hari ini, terciptanya sejarah wat sorang ahli krew, yang telah berjaya membawa keretanya setelah mendapat lesen memandu.

Tahniah wat zura (kaki gelabah) sebab berjaya mendapat lesen pada minggu lepas .. dan berjaya memandu keretanya ke pejabat seorang diri.

Difahamkan beliau pada hari ini telah keluar dari perkarangan rumahnya pada 5.50am dan tiba di pejabat pada 6.30am.

Macam tak caya jugak si zura nie membawa kereta .. jom kita saksikan sedikit rakaman yang telah diamik sewaktu beliau keluar tengahari ...

video

Wednesday, August 11, 2010

WELCOME RAMADHAN ..



We, crew kew (rahmah, mozaid, airin, lynn, zura, diana, nafi & nurul) would like to wish all the Muslims in SDO and Muslims all around the world
a
happy Fasting Month of Ramadan,


and...


May this month brings us the meaningful days and to erase our sins.


Purify your heart.

Monday, August 9, 2010

Minggu Permainan

Minggu pertama bulan Ogos cukup membosankan. Kerja ada cuma pegawai peraku takda untuk memperaku kerja. Krew kew jadinya tak menentu, ada yang rajin meng'update' kerja .. ada yang lepak di seksyen lain .. dan ada juga yang duduk termenung, macam yang dibuat oleh hero kita dibawah ni.



Masuk waktu rehat ... Lynn & Rahmah keluar ke 1B untuk mencuci kereta memasing, diikuti oleh Diana & Nurul. Dah terlanjur ke 1B, niat yang sudah lama terpendam cubalah ditunaikan, iaitu membeli permainan 'MONOPOLY'. Setibanya kat 1B, hantarlah kereta ke carwash. Sambil-sambil tunggu kereta di cuci, maka krew kew yang cantik jelita ni pun merayau-rayau ke kedai permainan.

First stop adalah KK Toys Store ... PERGHHH!!! Mahal gila games yang dijual di kedai ni.



Discuss punya bincang .. hehehe ... semua setuju untuk pergi men'survey' kat tempat lain. Dalam jalan-jalan tu ada juga ter'simpang' kat tempat lain. Macam-macam yang dicuba pakai sampai diperhati oleh pekerja-pekerja tempat yang dilawati ...



Parkson .. tempat yang kedua di'survey'. Games yang ada disini tak banyak choice. Tapi dapat jugalah krew kew mengesan board game 'MONOPOLY'. Harganya lebih murah daripada KK Toys, tapi entahlah macam masih tidak berpuas hati dengan harganya ... So berjalan lagi lah mereka ... hehehe ..




Jalan punya jalan ... Akhirnya sampai juga ke Toys
'R' Us. Banyaknya ' MONOPOLY' yang bermacam-macam version. Sampai Rahmah & Nurul bingung yang mana satu harus dibeli. hehehe ...


Puas berjalan & mencari ... terasa pulak lapar. Singgahlah terus untuk menapau makanan. Taklah ingin makan disana sebab sudah teruja mahu balik ke ofis cepat untuk main board game yang baru dibeli.



Selesai makan ... maka MONOPOLY terus dibuka oleh Rahmah & Nurul. Nda kesabaran betullah diorang main. Cuma waktu diorang main, tak ramai sangat sebab krew kew yang lain ada benda lain yang perlu dibuat. Jadinya Rahmah, Nurul dan Razib main .. diikuti oleh Lynn kemudian yang menjadi sebagai banker.
Seronok jugalah tengok diorang main ... kalau tidak silap, sampai waktu untuk balik pun masih lagi diorang
3 orang bermain ... dan juga pada esok paginya, board itu tidak dikemas oleh mereka sebab nak kira-kira siapa yang mengumpul harta / duit yang paling banyak .. hehehe ..


Hari berikutnya ... pada mulanya tiada sesiapa yang ingin bermain. Entah macam mana, adalah sorang member tu membawa bermain SAHIBA pada Mozaid. Dia pun bagitau kat member tu .. kew cuma ada SCARBBLE .. maka diiyakanlah permainan SCRABBLE. Maka bermainlah pada waktu itu ... dan dalam masa yang sama, Rahmah & Nurul membuka sekali MONOPOLY yang mana hanya mereka berdua saja yang main.

SCRABBLE dimain oleh Mozaid, Lynn, Razib & Suraini. Hebat juga persaingan ... Yang lucu masa main SCRABBLE ni ialah bila terdengar bunyi pintu kewangan dibuka. Dalam masa yang sama, Suraini akan gelabah mencari tempat bersembunyi kerana tidak mahu dirinya dilihat orang lain bermain hehehe .. Siap huruf-huruf dibawa bersembunyi tapi beg handphone ditinggalkan. Abis satu round ... Sambung lagi satu round oleh Mozaid, Lynn & Suraini sebab kebetulan sudah masuk waktu rehat. Pening juga main second round tu, sebab sudah oll-out masa first round. Mana lagi tidak tambah pening, kalau pembuka kata permainan sangatlah pendek ... hasilnya, semua perkataan yang dibuat pendek-pendek belaka. Apa-apapun, dalam pening-pening tu, habis jugalah game yang dimenangi oleh Mozaid ... dan Suraini dalam kiraan mata.



Tuesday, August 3, 2010

Hotel Yaho


Kamu rasa-rasa la kan, di mana hotel ni??



Korea...

Taiwan...

Hong Kong...

Jepun...

China...Oohh Yeeahh...!!!

.
.
.
.
.
Di Sembulan ja pun.
Depan dengan Masjid Negeri.

Sunday, August 1, 2010

Jalan-Jalan di Beaufort - Sipitang

Rombongan Cik Kiah kali ini iaitu ke rumah pengantin
yang terletak di Beaufort, dimana atas jemputan
oleh bekas kakitangan Unit Kewangan PPNS iaitu
Kak Patimah. Antara yang mengikuti rombongan
hari ini iaitu Lynn, Zura, Moja, Yusendra & Aslam.
Perjalanan agak jauh. Sebab itu kami mula berkumpul
seawal jam 8.30am dan mula bertolak dekat jam 9.00am



Kira-kira jam 10.15am kami pun sampai la juga di
halaman rumah pengantin ni. Tuan rumah telah
memilih tema hijau. Dari pakaian, khemah,
alas meja, bunga telur, bakul hadiah, hampir
semua hijau la. Nasib la makanan nda hijau.




Sempat la juga kami bertemu kak cc baru kita
ini dan juga anaknya, siapa lagi kalau bukan
Kak Min, yang juga akan melapor
di tempat baru, IPD Kepayan.

Begini la aksi2 ketika makan....



Begini la suasana di tempat majlis perkahwinan,
jemputan memang ramai. Semasa kami makan,
tetamu nda putus2 datang. Biasalah anaknya
yang pertama melangsungkan majlis kawin ni.





Ni pula da time nak balik da kira2 jam 11.00am.
Yang bikin lawak ni bila Kak patimah suruh
bini-binian ni balik cepat2. Bukan apa,
sebab time balik baru Kak Patimah bagi
bakul hadiah dengan Moja & Aslam.
Yang 3 orang ni apa lagi nda la puas hati
sebab durang nda dapat bunga telur. Jadi
bising la durang dengan Kak Patimah, mau juga
minta....Naa skali nda dilayan. Terus disuruh
cepat2 balik (ala2 kena halau pun ada). Hahaha...




Memang dah kami plan awal2 dah lepas dari rumah
pengantin ja terus ke Sipitang. Mau makan
buah-buahan kunu. Yusendra & Aslam tidak ikut
kami ke Sipitang, durang terus saja balik ke KK.



Tapi sebelum tu, kami mencari tandas la dulu.
Si Moja nda dia mau guna tandas di restoran2.
Jadi menyinggah la tandas di Stesen Keretapi Beaufort.




Cumanya bila keluar ja dari kereta, kami ni apa
lagi asyik ambil gambar ja. Yala bukan selalu
menjejaki di tempat orang. Si Moja hampir
4 tahun tidak ke sini, Lynn pun dalam 4,5 kali
ja singgah. Si zura pula kali kedua la sampai
di Beaufort ni.




Pekan Beaufort memang selalu banjir.
Tengok macam gambar ni....




Jalan punya jalan, sampai la juga di Pekan Sipitang
kira2 jam 12.15pm. Benda pertama yang kami
cari iaitu Maybank

Tengok la aksi si babu ni...
macam mencuri ja kerjanya. Sampai
bertinting lagi. Bukan seorang, tapi
dua2 babu tu sama ja. Tapi si baju hijau
tu kontrol kunu, padahal dia sendiri
silau menengok skrin bank tu.




Sampai ja di tamu, kami apa lagi terus la,
belek2, tawar menawar, rasa merasa.
Sekarang ni pula da masuk musim durian,
memang bertimbun la durian tu di sini.
Manggis, cempedak & rambutan
be ampaian, tinggal mau di beli ja.



Ni la hasil belian kami....
Penuh juga la di bonet belakang tu.



Tiba-tiba si Zura ni kelaparan lagi. Jadi
dia pun bising2 la suda mau cari makan. Si Moja
pun keikutan lapar. Padahal baru jam 1.00pm.
Memandangkan agak panas juga di pekan ni,
kami pilih ja la makan di KFC.



Habis ja makan...kami sempat la pi lepak2
di waterfront, betul2 depan dengan
Pekan Sipitang.






Begini la pemandangan tepi laut Sipitang



Ni pula di jeti ...







Selesai ja di Pekan Sipitang...
kami pun bertolak balik la pulang.
Tapi sebelum tu kami sempat la singgah
ke kampung Zura di Papar untuk menghantar
barang buah yang dibeli untuk beliaunya.
Kesian Zura .. penat betul dia
gara-gara berjalan & bergambar ...



Sudah adat orang2 di sini, walau singgah
sekejap pun kena jemput naik juga ke rumah.
Mau nda mau....naik juga la. Akhirnya berjumpa
juga dengan mama si Zura ni.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...