Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan

Salam Kemerdekaan pada semua ...
Sempena sambutan 31 Ogos tahun ini, PPPNS turut terlibat dalam acara perarakan walaupun dalam bulan Ramadhan.
3 krew kew terlibat dalam perarakan tersebut antaranya; Azura, Lynn & Diana.

Pada 29 Ogos telah diadakan full rehearsal yang diadakan di Dewan Stadium Likas.
Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang rehearsal diadakan.


Seawal 6:15am, semua peserta PPPNS dikehendaki berkumpul. Tapi dengar kata, ada yang tiba di kawasan Dewan lebih awal; iaitu pada jam 5:30am ... kononnya nak dapatkan parking yang lebih dekat dengan dewan & nak elakkan ketiadaan parking.
Ada juak kejadian orang tue ... tudung terbakar masa meng'iron'. hehehe betul ka tu??

Apa-apapun kejadian, memasing tetap bersemangat tiba awal di dewan, sempat juak berposing ngan Tuan Haji Matusin sebelum berkumpul di dalam dewan.


Ini adalah sebahagian acara yang berlangsung diluar dewan ..


Sementara acara diluar berlangsung, para peserta perarakan berkumpul didalam dewan sabar dengan ragam memasing. Panasnya pabila didalam tak terkira ... malah ada yang hampir duduk dilantai sebab tak tertahan berdiri terlalu lama.Orang yang sama juak hampir berbalah dengan peserta dari kontinjen lain gara-gara nak rebut hala tuju kipas ... hehehe ... Nasib baik sajalah orang tue berpuasa masa tue, kalau tidak memang kecoh juaklah keadaan masa tue.


Bermulanya perarakan ...


Sesi berposing setelah selesai perarakan ...

1 comment:

Moja said...

apasal kak dyg tu manja2 dgn si razib ahhh...jawab dulu!!!

diana & roselia mcm kembar ja ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...