Tuesday, May 25, 2010

Nak Wat Camna Lagi 5S Nie???

Audit 5S kali ketiga berlangsung sekali lagi pada hari ini. Zon Orkid sememangnya teda buat apa-apa persediaan sempena audit kali ini cuma mengutamakan kebersihan zon. Apa yang dilakukan scara drastik adalah menyisihkan hiasan-hiasan yang sebelum ini telah dilekatkan pada dinding zon dan juga menyisihkan kalender-kalender serta barang-barang hiasan yang terdapat pada atas workstation masing-masing.
Bukannya zon ini tidak ingin bekerjasama untuk mencapai pensijilan 5S, tapi apa yang mendukacitakan adalah hampir segala usaha yang dilakukan seolah-olah sia-sia belaka. Contohnya bila selesai melakukan sesuatu untuk keceriaan pejabat ... ada pihak mengatakan bahawa ianya tidak sesuai, dan harus ditukarkan kepada yang lain. Mengapakah perlu ditukarkan?? Mengapakah tiada panduan diedarkan kepada setiap zon; apa yang perlu & apa yang tidak perlu dilakukan sebelum setiap zon buat kerja sia-sia? Tahukah mereka berapa banyak masa & kos yang dibazirkan untuk melakukan tugasan yang berulang?
Bahan-bahan untuk 5S kononnya akan disediakan ... senarai demi senarai diberi sejak 2008 tapi sehingga kini tiada juga barangan yang diminta diberikan. Akhirnya setiap zon terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk keceriaan pejabat. Tapi tulah .. hampeh sebab kos yang dikeluarkan cuma suatu pembaziran.
So sekarang, bila mana zon orkid menyisihkan hiasan keceriaan dan hanya tumpu pada kebersihan, mengapa masih perlu dijadikan isu?? Mengapa?? Adakah sukar untuk sesetengah pihak menerima kenyataan bahawa zon orkid sememangnya menyisih banyak benda dan bukannya menyembunyikan barang-barang tersebut hanya kerana audit??

Monday, May 24, 2010

SPA IKAN ( FISH MASSAGE )

Bayangkan jika mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni anda. Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat. Ia boleh mengelus-elus badan anda. Terletak lebih kurang 130 kilometer dari Kota Kinabalu (2 jam 40 minit driving), Kampung Luanti Ranau yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik kerana kewujudan pelbagai jenis ikan yang ramah itu, terkenal kerana sistem `tagal' yang diamalkan oleh penduduknya.

Kebetulan saya serta keluarga berada di Ranau, jadi kami pun menyimpanglah ke kampung ini. So far apa yang saya dengar … yang menarik perhatian adalah ikan-ikan yang telah dijinakkan. Tapi bila tiba di tempat tersebut, barulah saya tahu bahawa terdapat aktiviti lain seperti jungle trekking, berkhemah dan yang terbaru adalah white river rafting. Difahamkan juga terdapat penginapan disediakan ditempat tersebut untuk pelawat yang datang dari jauh … tapi secara peribadinya, saya sendiri tak nampak dimana letaknya penginapan yang dimaksudkan.

Difahamkan terdapat dua tempat untuk pelawat merasai pengalaman diurut oleh ikan pelian (nama ikan yang dibagitau kepada kami), 1 adalah tempat dalam gambar yang disertakan dan yang satu lagi kena masuk ke dalam lagi dan saiz ikan-ikan tersebut adalah lebih besar. Pengalaman sewaktu diurut ikan .. sangat-sangat menggelikan, tapi lama-kelamaan .. naik syok plak. Sambil-sambil diurut tue, kesempatan diambil untuk memegang (membelai) ikan tersebut.

Apa-apa hal pun, pengalaman berada di Kg Luanti memang best. Dalam masa yang terdekat nie, rasanya nak pergi lagi. Kali nie nak plak cuba kat sungai yang mana ikan-ikannya lagi besar saiznya ... dan kalau bley nak juga cuba water rafting dia. Bagi yang belum pernah pergi, saya syorkan untuk merasa sendiri pengalaman yang best gila ini.

Tuesday, May 18, 2010

Karnival Sukan


Demam Karnival Sukan ICU, JPM telahpun berakhir. PPPNS telah menghantar 3 wakil kumpulan iaitu pasukan futsal, ping pong & badminton. Sungguhpun kalah dalam kesemua 3 acara ... semangat kesukanan tu yang penting.

Dalam ketiga-tiga acara yang diturut serta, terdapat juga krew kew yang terlibat. Oklah tu, sekurang-kurangnya, taklah dikata krew-krew kew nie lembap .. tak reti nak bersukan. hehehe ...


TEAM FUTSAL


Hero-hero kita nie dikatakan telah berjaya memenangi pertarungan tetapi telah kecundang apabila dikehendaki bermain lagi. Kurang pasti bagaimana peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh HQ. Wakil krew kew dalam team futsal ini adalah Nafi serta En. Awg Azli selaku Pengurus Pasukan.


TEAM PING PONG


Kalah pada kedua-dua pusingan. Apa yang membanggakan adalah penyertaan Tn Hj Matusin sendiri. Wakil krew kew dalam acara ping pong adalah En. Awg Azli, Anizah & saya sendiri.


TEAM BADMINTON

Semangat Thomas Cup dibawa bersama-sama team ini memandangkan perlawanan Thomas Cup sedang berlangsung. Nasib yang sama terpaksa dihadapi oleh team ini setelah bertungkus lumus untuk menebus kekalahan dua permainan yang diikuti sebelum ini. Rahmah & Anizah antara krew kew yang terpilih untuk jadi pemain.


Saturday, May 15, 2010

Lokan Panggang

Adalah suatu hari tue ... saya, diana, nurul dan marlina pergi berjalan bersama. Penat berjalan singgahlah kami di gerai. Niat dihati hanyalah nak pekena air kelapa, puding kelapa serta keropok ikan. Ntah macam mana teringin plak mok makan Lokan panggang. hehehehe ...


Nampak sedap .. dan sememangnya sedap. Order 2 set rasa macam tak cukup untuk Nurul & Diana.


Dalam menanti sampai lokan yang dipesan, sempat pulak nurul memerhati semut-semut gigih bekerja. Bukan setakat memerhati tapi juga, merakam saat-saat tersebut ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...