Tuesday, December 28, 2010

Widget Hilangg..!!!

Cantikkan background blog kewangan kali ini..
Memang lah...baru diupdate.
Habuk2 pun terus hilang,
sekali dengan widget2 pun hilang...
Hihihihi..!!!!! Tapi lynn chat box pun hilang
juga ka...!!!!

Airin

Kepada Airin yang mana cuti rehatnya
dilanjutkan sehingga pertengahan Januari
tahun hadapan, semoga kuatkan semangat.
Rakan krew kewangan sentiasa menanti
kehadiran kau ya...!!! lagi pun projek pia / pias
tahun 2011 sedang menanti....HeHeHe...!!!!

Closing Akaun 2010

Seperti tahun-tahun sebelum ini, unit kewangan
sememangnya terkenal dengan kesibukannya.
Mana tidaknya, OT sampai ke anak2 tengah malam.
Esok pagi jam 7am, dah terpacak di ofis.
Baucar bayaran pula bertimbun-timbun.
Kalau boleh dimakan, kenyang juga.
Cuma tahun ini, suasana memang jauh berbeza.
Penutupan akaun kali ini boleh dianggap luar biasa,
walaupun situasi ini sudah dijangka. Memandangkan
tuntutan projek tahun ini tidak banyak seperti
tahun 2007 & 2009, keadaan betul2 lenggang
menjadikan krew kewangan pun berlinggang-
linggang sepanjang disember tahun ini.
Hujung tahun lalu, boleh dikatakan setiap malam
krew kewangan ot. Tapi tahun ini, boleh dihitung
berapa kerat ja krew ini punch card lebih dari jam 6pm.
Hahaha...!!!!

Apa pun memang tahun ini krew kewangan
banyak berehat sepanjang hujung tahun, sehinggakan
ada yang dapat bercuti. Tapi bukan bermakna berehat
tu tidak buat kerja. Kerja memang ada, tetapi adalah
la setakat jelir-jelir lidah biawak.
Jadi yang belum bercuti,
jom kita merancang cuti...!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...