Friday, August 28, 2009

Selamat Bertugas di tempat baru

Sedihnya kami di sini bila mengetahui salah seorang staff
unit kewangan telah meninggalkan pergi dari pejabat ini
kerana mendapat penempatan baru di pejabat k'jaan di
Wisma Muis, Sembulan pada 24 Ogos 2009. Staff unit
kewangan itu ialah saudara Japri Mohari atau
lebih mesra kami panggil Abang Jep @ Mr. Gambit.




Orangnya amat mesra, baik & rajin. Seorang yang suka
membantu dan kami sendiri tiada masalah jika ingin
mendapatkan bantuan dari Abang Jep untuk membantu
kerja-kerja baucar bayaran yang bertimbun mengunung
jikalau ada pertolongan.

Boleh dikatakan hampir 2 tahun Abang Jep bertugas di
Unit Kewangan disamping lebih 10 tahun berkhidmat di
pejabat ini. Walaubagaimana liku-liku, hujan & panas dan
susah payah yang abang Jep lalui di pejabat
ini, jadikanlah ia sebagai satu pengalaman sepanjang
berada di pejabat ini dan juga sebagai kenangan
bersama-sama kami. Terima kasih juga
sepanjang mana Abang Jep yang telah banyak
membantu kami.


Dari kami di sini Selamat Bertugas di tempat
baru dan semoga akan terus berkhidmat dengan baik.

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Harijadi Rahmah






Selamat menyambut hari jadi kepada Cik Rahmah pada 26 Ogos 2009.
Semoga hari yang sudah dijadikan pengalaman,
Dengan hari ini menjadikan usaha untuk menentukan
hari esok yang mendatang.
Happy Birthday!!!!




Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat menunaikan ibadah puasa untuk rakan-rakan sekerja di pejabat dan rakan blog.

Thursday, August 20, 2009

MERIAHNYA MAKAN ...


MAKAN SARAPAN PAGI


Bulan Ramadhan tak lama lagi menjelma ... Seronok rasanya sebab kuranglah orang tu cakap &^%$# (mudah-mudahan). Sempena ketibaan Ramadhan, staff kewangan telah mengadakan makan-makan. Bukannya kenduri kah apa, tapi setakat makan beramai-ramai. Ada yang bawa nasi, nugget, kek, telur rebus, puding, ikan masin, sambal ulam, jeruk bambangan, sayap bakar dan buah. Ada sorang tu beriya-iya kata nak bawa Sup Tulang, tapi akhirnya membawa Sup Ayam. Takpela ... janji dia bawa SUP. Kebetulan hari tu ada meeting .. sooo bila ada meeting, mesti ada makanan ... biarpun dah ada banyak makanan, kitorang cekup juga ... hehehe bila dah cekup maka menu pun bertambah; mee & meehoon goreng serta kuih perahu. Gambar-gambar di atas adalah makanan yang dibawa, dan telah dihidangkan sebelum dibalun.

Meriahnya makan beramai-ramai. Jarang sekali dapat makan sarapan begini ...

Bagi yang langkah kanan ... beruntunglah diorang sebab dapat join kemeriahan kami ... hehehe

MAKAN TENGAHARI

Ingatkan bila dah makan sarapan tadi, semua tak akan makan lagi, rupanya ada second round masa tengahari. Lauk yang tinggal tak banyak ... yang ada cuma sambal kerang tin, sambal ikan bilis tin, ikan masin, sambal belacan dan puding. Kebetulan masa tu ada lagi bekalan roti, maka makanlah roti dengan mencecah sambal kerang & sambal ikan bilis.

Bukan setakat itu saja ... ada yang terlalu extreme, siap cipta resipi tersendiri - sandwic ikan masin cecah sambal belacan & roti di sapu dengan planta & sambal belacan. Pelik tapi benar .... habis roti & makanan tin tu ... lepas tu sambung pula makan puding.

Waktu rehat masa ada ... selepas membedal, ada pula yang merehatkan diri seketika sebelum sambung kerja.

Telur lagi

Sepanjang minggu ni, kisah telur penyu memang betul-betul hangat dibual oleh staff kewangan dan juga di PPNS ni. Hmmm....tapi yang sebulan lalu punya cerita pun ada juga. Memang lawak juga kalau dengar cerita tu. Tapi kali ni bukan cerita telur penyu lagi, tapi cerita yang masih lagi berkaitan iaitu telur ayam. Heheh!!! Cuma kali ini kami kongsikan hasil kreativiti dari telur ayam. Tapi yang ruginya, bukan staff kewangan yang buat, cuma dikongsikan dari email.

Tuesday, August 18, 2009

Program Hari Keluarga ICU

Bertuah sungguh nasib 5 orang kakitangan Unit Kewangan yang telah dipilih untuk mengikuti
Program Hari Keluarga di A'Famosa, Melaka pada 8 Ogos 2009. Dari mula perjalanan di KKIA lagi sudah terasa kegembiraan semua rombongan dari PPNS yang mengikuti program ini. Antara staff kewangan yang mengikuti program ini termasuklah Pn. Noramiza, Airin, Lynn, Mozaid & Japri.

Walaupun acara dalam program ini tidak lah banyak sangat, tetapi rata-rata kesemua rombongan amat gembira dan berpuas hati. Lokasi yang dipilih di A'Famosa Water World juga dikira sesuai bagi kami kerana persekitarannya yang luas dan kami sendiri mempunyai masa untuk bersiar-siar di sekitar walaupun tidak mengikuti acara yang disediakan. Hehehe!!! Yala tidaklah kami boring sangat setakat duduk & makan sambil berdepan dengan acara program tersebut. Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan haiwan seperti monyet, gajah & ular. Ada yang sempat mandi kolam. Ada yang tidur. Ada yang shopping. Ada yang menjaga anak. Dianggarkan seramai 1400++ kakitangan & keluarga ICU dari seluruh negeri datang ke program ini. Memang ramai dan gamat suasana masa tu, tambah lagi keadaan cuaca yang panas dan berjerebu. Salah satu acara yang mendapat perhatian iaitu pertunjukan Red Indian, yang mana mat api melakukan aksi seperti memasukkan api ke dalam mulut. Rombongan Negeri Sabah yang juga bergabung dengan peserta dari Sarawak telah diberi tema warna oren untuk mewakili zon Sabah/Sarawak. Bagi acara makan pula, pihak HQ ada menyediakan menu istimewa antaranya burung puyuh goreng, daging kambing panggang dan ikan keli goreng. Menu-menu lain seperti puding kelapa, buah rambutan dan buah duku. Kami kongsikan beberapa gambar kenangan suasana semasa hari keluarga.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...