Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Dinner @ Hyatt


Sempena tahun 2011 nie, krew kew memulakan aktiviti sambutan hari jadi di luar ofis.
Tak seperti tahun-tahun yang sudah, dimana semuanya di sambut dalam ofis.

Venue yang dipilih adalah Hyatt Hotel.
Bukan main bergaya lagi krew kew wat sambutan ...
Yang paling bergaya semalam adalah Diana.
Ingatkan Zura yang Dress To Kill.
Diana membawa husbandnya, Irwan & anak, Iman sekali untuk memeriahkan suasana.
Tidak lupa juga geng karas kew, Razib & Marlina join sekali

Diana menyambut ulang tahunnya pada 01 Mac ... Happy Birthday Diana!!!
Moga ngko dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ...
dan dikurniakan anak pompuan hehehe

Dinner semalam sebenarnya bukan setakat untuk menyambut ulang tahun Diana ..
Tetapi juga sebagai dinner perpisahan pada geng karas kew iaitu Marlina.
Minggu nie adalah minggu terakhir beliau di ofis sebelum berpindah ke Tawau.
All the best wat Marlina di tempat barunya.
Dah pindah tue, jangan lupa datang balik KK lawat kami ..
Tentu sunyi kew nanti tanpa gelak tawa & 'bom' ngko hehehe

Nie adalah sebahagian gambar kenangan yang diambil bersama ...








Selepas selesai dinner, memasing berpulangan ke rumah memasing.
Tapi tak taulah apa kejadian bila Zura berjaya memujuk saya dan Marlina
untuk pergi 'Happy Hour' ...
Malam tue saja, kami bertiga telah pergi ke tiga tempat yang berbeza.

" 'Shen'zen naik 'Firefly' bersama Snow 'White' "

hehehe ...


Wednesday, September 22, 2010

Happy Belated Birthday Lynn - Zura




Ada lagi krew kewangan yang menyambut harijadi
pada bulan ni iaitu Lynn & Zura. Yang meriahnya
mereka meraikannya dalam suasana Hari Raya.
Meriah Betul..!!!!!



Lynn menyambut harijadi pada 3 Syawal. Manakala
Zura pula menyambut pada 12 Syawal.



Selamat Hari Jadi dari Unit Kewangan 2010

Sama-sama berdoa agar dimurahkan rezeki,
sihat yang berkekalan dan kebahagiaan
dunia & akhirat.


Sunday, August 29, 2010

Happy Birthday Rahmah


Pada hari Jumaat, krew kewangan sekali lagi meraikan
sambutan harijadi yang mana kali ini kami menyambut
b'day Rahmah.



Kali ini kami buat sedikit kelainan yang mana kami tetap
meraikan harijadi walaupun di Bulan Ramadhan.
Apa yang lainnya? 1st time kami meraikan di hotel.
Selalu kami meraikan di ofis, paling tidak pun
di Restoran Nelayan baru-baru ni.



Lokasi hotel yang dipilih iaitu Imperial Hotel,
Warisan Square. Antara yang hadir untuk berbuka
puasa dan sekaligus meraikan b'day ni iaitu
Rahmah, Mahdir, Nurul, Moja, Zura & Lynn.


Menu memang pelbagai. Cuma lauk pauk sahaja
yang kurang meriah banyaknya. Tetapi itu tidak
menjadi masalah, yalah kan tengah puasa, jadi
makan pun tidak dapat sumbat banyak2
sekaligus. Mana lagi mau makan kek yang dibeli
dari Secret Recipe.



Selepas saja abis makan hampir kesemua menu yang ada
di hotel, barulah kami buka kek b'day tu. Mulanya b'day girl
ni tidak mau dipasang candle tu, malu kunu orang lain
tengok. Tapi tau2 la kalau si zura, dipaksanya juga
letak candle. Moja & Lynn pula tukang batu api paksa
letak candle tu. Bukan 1 tapi mau diletakkan semua.
Cumanya b'day girl setuju letak 3 batang lilin saja.



Letak candle pun da malu, apa lagi dinyanyikan.
Mendengar la pengunjung2 yang ada di sana
dengan kecoh2 meja yang menyambut b'day ni.

Walau macamana kecoh pun, kami ucapkan...

Happy Birthday



Thank you la pada Rita, staff yang bertugas
di Imperial Hotel yang dari mula lagi telah
melayan terutamanya best friend barunya
si Zura.

Monday, April 26, 2010

Happy Birthday Aniza



Penutup bagi sambutan harijadi unit kewangan
iaitu Aniza yang menyambut pada 24 April.

Selamat Hari Jadi
Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

Friday, April 23, 2010

Happy Birthday Mozaid

Hari ini .. hari spesel tuk hero kesayangan kewangan, sebab hari ini dia sambut ulangtahunnya yang ke 27. Tanpa hero seorang ini, tak tahulah macam mana keadaan unit, beliaulah yang selalu menjadi tempat rujukan bukan setakat kepada krew kew tetapi juga tempat rujukan para pegawai dan staff PPPNS.
Sorrylah sebab sambutan tak dapat dibuat buat masa ini, disebabkan tak cukup korum. Perancangan telah dibuat ... kita akan mengadakan majlis ulangtahun secara beramai-ramai memandangkan ada 4 orang krew yang menyambut ulangtahun pada bulan yang sama.
Kepada Mozaid ... Selamat Hari Jadi!!!
Semoga Panjang Umur & Murah Rezeki ...


Thursday, October 8, 2009

Happy Birthday En.Awg Azli

Sekali lagi Unit Kewangan meraikan sambutan harijadi staf kewangan semalam iaitu En. Awg Azli. Memandangkan hari jadi En.Awg Azli jatuh pada 7hb, unit ini tetap tidak melupakan untuk menyambut beberapa lagi warga kewangan yang menyambut harijadi mereka yang jatuh pada Bulan Ramadhan dan pada 1 Syawal, sekaligus kami di sini menyambut hari jadi untuk 4 orang iaitu En.Awg Azli, Rahmah, Azlina dan Azura. Juga tidak dilupakan sambutan kali ini meraikan kelahiran baby Diana.
Suasana sambutan memang amat meriah dengan gelagat, orang nya, menu makanan, rakan tetamu & post-party. Sehinggakan sambutan pada kali ini agak berbeza sedikit berbanding sambutan-sambutan sebelum ini kerana acara makan didahulukan, dan bila selesai dan kenyang menjamah barulah acara memotong kek hari jadi. Lapar ba. Hehehe..!!

Walaupun kami meraikan sambutan hari jadi 4 orang secara serentak, tetapi kek cukuplah 2 biji sahaja. Banyak-banyak pun nanti rasanya sama ja, kek juga. Hehe..!! Ini la dia 2 biji kek untuk sambutan kali ini iaitu Choco Moist dan Yam Cheese.



Untuk menu makanan pula, pelbagai jenis makanan yang disajikan antaranya nasi minyak, bi hun goreng, tom yam, bubur durian, 2 jenis ayam masak rendang, telur rebus, ikan goreng, bambangan, buah rambutan, buah pear dan biskut raya. Mmmm...memang semua pun sedap. Untung unit kewangan ni. Jadi memandangkan makanan semua menyelerakan, gambar yang diambil pun agak gelap sedikit disebabkan ada la orang tu belum lagi tau setting kameranya. Hahaha!!!



Selepas sahaja acara makan selesai, tibalah acara memotong kek. Inilah 1st time unit kewangan menyambut sekaligus beramai-ramai memotong kek.



sudah di bilang kualiti gambar nda berapa bagus!!!

Dan yang ditunggu apa lagi kalau bukan hadiah. Yang menyampaikan hadiah siapa lagi kalau bukan Pn. Noramiza. Teddy kiut warna biru pula diambil oleh Airin bagi pihak Lyn.



Ini pula antara rakan-rakan yang sempat hadir untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan suasana sambutan hari jadi kali ini..Mmm...!! Haha..!!!




Dan yang ini pula beberapa gambar warga kewangan yang sempat diambil semasa sambutan hari jadi.


Diana & Airin tengah memotong buah pear




Betul-betul asyik..!!



Blurrrpppp!!!
Seboknya bercerita


Arrgghh..Sesak nafas ku...



Ehem Ehem..!!!



Masing-masing da kenyang


Queen Of Rambutan

Time gambar ni jauh-jauh la..hehe


Ala tayang-tayang !!!!


Minta disuap pula. Tengok si kawan dibelakang nda payah disuap, bersusun suda menambah





Inilah warga kerja unit kewangan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...