Wednesday, October 6, 2010

Sambtan Hari Raya Lagi ....

Maaf dipinta atas kelewatan meng'update' post kali ini.
Bukan disengajakan tetapi kesibukan yang teramat-amat ... hehehe

Okey ... seperti post yang sebelum ini, telah diceritakan mengenai
sambutan aidilfitri ofis yang diadakan pada 28hb September.
Pada keesokannya pulak, sambutan aidilfitri sekali lagi dibuat,
tetapi kali ini sambutan hari raya SUP yang mana PPPNS telah
ikut serta menyambutnya.
Gerai PPPNS menyediakan Nasi Kuning serta Asam Laksa,
(minta maaflah disebabkan gambar gerai PPPNS tidak di'upload'kan)

Antara crew kew yang menyebukkan diri untuk mendapatkan juadah yang
disediakan adalah Diana, Nurul dan Lynn ... dan ditemani oleh Marlina
Best jugalah sambutan dibuat seperti ini sebab dapat bertemu dengan
teman-teman lama dari jabatan lain.



Sempat berposing didepan gerai MAMPU serta
gerai Politeknik yang mana disediakan cupcake comel.
Ramai yang berhajat untuk mendapatkan cupcake tersebut
tetapi ramai yang kecewa disebabkan TYT lewat menjenguk gerai mereka.

Marlina ikut serta menyerbu gerai Lembaga Kemajuan Ikan M'sia
gara-gara untuk mendapatkan beg percuma ... hehehe
Sayangnya bila dia tiba dikaunter gerai ...
bekalan beg telah habis .. hehehehe

Selepas berjaya mengumpul makanan yang dihidangkan ...
kami berlima (termasuk Mozaid) telah pergi berhari raya
di rumah Airin.

Terubat juga rindu pabila berjumpa dengan Airin semula.
Rasa sedih sebab melihat keadaannya yang dah susut.
Namun rasa sedih tidak ditunjukkan pada beliau,
makanan hari raya yang telah berjaya dikumpul
dikongsi bersama ... bukan setakat Airin,
tetapi juga dengan ibu beliau.
Gembira juga melihat dua beranak ini apabila
dibawa makanan seperti pulut & rendang.




Puas beraya di rumah Airin ... kami pun bergerak balik.
Pada Airin ... Moga ko cepat sembuh supaya ko dapat datang kerja
seperti dulu, crew-crew kew yang lain rindu bangat ngan ko.

Saturday, October 2, 2010

Sambutan Hari Raya PPPNS 2010

Sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri PPPN Sabah
telah diadakan pada hari selasa 28 September 2010.
Untuk sambutan kali ini Unit Kewangan bergabung
bersama-sama dengan Unit Pengurusan. Ini termasuklah
dari segi persiapan gerai, hiasan, barang makanan,
bakar membakar dan lain-lain lagi yang memerlukan
kerjasama di antara 2 unit.

Gelagat-gelagat yang sempat dirakam semasa
kerja-kerja menghias gerai oleh semua seksyen

Menu juadah yang diberikan secara cabut undi kepada team ini ialah masakan
yang dipanggang. Setelah perbincangan dibuat, team ini
mengambil keputusan untuk memilih menu di antaranya
sayap ayam, udang, sotong & sosej bakar.

Beginilah aktiviti bergambar team ini semasa
memanggang makanan tersebut.


Sayap ayam disediakan oleh Azura. Manakala menu
makanan yang lain iaitu sotong, udang & sosej
dipanggang pada pagi sebelum acara sambutan
bermula. Bermacam-macam karenah team ini
semasa memanggang. Seawal jam 6.20am,
Mozaid & Hanafi bersama-sama untuk
menghidupkan api. Tetapi lebih 30 minit,
arangnya memang terbakar, tapi tiada bara.
Hahahaha...



Kebetulan pula En.Yahya datang awal dengan baju
melayunya yang serba kuning emas, datang lah juga untuk
menolong menghidupkan api. PoT Pet pOt pET
Bla Bla Bla....tapi api nda juga marak2, walaupun
sudah dicurahkan minyak gas, getah, tiub, ranting &
kertas. Memang la arang tu susah mau dibakar
sebab bukan jenis arang dari bakau. Arang yang dibeli
tu mungkin jenis dari habuk yang telah dimampatkan.
Ntahlah....


Jadi Mozaid, Abg Adul & Kak Dayang yang datang awal
tupun pergilah ke kedai untuk mencari arang lagi.
Sementara menanti mereka balik, Hanafi menghubungi
Lynn dan memberitahu bahawa api belum lagi berjaya
dinyalakan dan makanan yang hendak dibakar belum
diturunkan. Kebetulan pula masa tu Lynn baru saja
sampai di ofis. Maka turunlah Lynn bersama Diana
dengan makanan yang hendak dibakar.
Mulanya Lynn mengarahkan Hanafi apa yang perlu dibuat
dari jarak jauh sebab takut bajunya berbau akibat asap, tapi
akhirnya dia sendiri mengambil alih kerja Hanafi.
Percubaan Lynn untuk menyalakan api tidak sia-sia,
ntah macam mana dia buat. Yang penting arang
berjaya dihidupkan. Masa arang sudah marak, bekalan
arang baru pun sampai, maka sesi bakar membakar ...
panggang-memanggang pun bermula yang diketuai oleh Diana.


Begini lah seperti gambar di atas tu kerja-kerja
memanggang dibuat. Dengan gaya baju kurung yang
sudah dipakai awal, terpaksalah juga yang lain membantu.

Terima kasih lah juga kepada Roselia yang memberikan
sumbangan 1 kotak air mineral.



Ini pula suasana di pantry dan gerai team ini yang
sedang sibuk menyediakan sate dan makanan yang
telah dipanggang.



Ini pula babak azura yang kelaparan.
Adussss....!!!!


Suasana sambutan di ruang legar bilik gerakan & pantry


Suasana pentas majlis & ruang gerai setiap unit


Suasana di ruang legar bilik gerakan sebelum
program bermula


Inilah gerai unit Pengurusan & Kewangan


Kakitangan kewangan yang sedang bergambar di gerai sendiri



Acara karoke juga turut memeriahkan suasana majlis
sambutan. Yang pastinya lagu raya yang menjadi pilihan
walaupun ada juga yang menyumbangkan lagu pop, rock &
dangdut. Cuma terdapat pemilihan 1,2 lagu yang dinyanyikan
sedikit sebanyak mencacatkan majlis hari raya ini.
Lagu memang tidak kena, tidak sesuai dengan konsep
sambutan hari raya, walaupun mendapat sambutan
sebilangan warga staf yang lain.



Ini pula warga kewangan yang menyanyikan lagu
Selamat Hari Raya. Tidak kelihatan
bersama-sama iaitu si Mozaid yang sibuk melayan
kuiri dari kontraktor.


Ini pula aksi-aksi dari unit pentadbiran, kemiskinan,
teknikal & khas yang masing-masing menyumbangkan
lagu-lagu hari raya.




Gambar atas: Posing yang masing2 dah kenyang



Ala2 Imam Muda. Kunun la....



Krew kewangan yang memperagakan blazer baru.
Masih ada bau2 kedai lagi. Bau asap pun ada juga.
Hahaha...!!!!!

video
Persembahan goyang inul oleh bintang popular PPPNS
Suraini & Azura

video
Persembahan 'Yang' yang sedikit mencuit hati
oleh pasangan Rahmah & Mahdir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...