Tuesday, May 31, 2011

Korea Trip 2011 - Day 6



Annyeong....!!!!
Hari terakhir kami di Seoul, pagi tu kami langsung
belum plan destinasi mana yang hendak dituju.
Memandangkan flight balik pun tengah malam, jadi pagi
tu kami agak lewat untuk keluar bersiar-siar.



Dalam jam 10 pagi kami terus lah check-out. Sempat
juga saya minta hotel tolong uruskan teksi kami ke Airport
malam nanti. Dorang pun recommend lah teksi yang murah,
dapat 80000 won. Plus 8000 won untuk toll.



Sempat lagi minta staff tu berdiri untuk bergambar








Masing2 menimbang berat beg, takut2 terlebih berat pula
masa check-in di airport nanti.

Lepas siap semua urusan check-out di hotel, kami ambil
masa di luar hotel untuk plan mana destinasi hari2
terakhir kami di sini. Lepas berbincang, kami
terus saja ke Namsan Hanok Village.




Lokasi Namsan Hanok Village ni tidaklah jauh sangat
dari Astoria Hotel. Jarak anggaran dalam 300 meter.
3 minit berjalan kaki. Dekatkan...!!!!!

Tapi malangnya, Namsan Hanok ni tutup lah pula.
Plan asal, Namsan Hanok ni kami melawat masa hari
kedua di Seoul, tapi keadaan cuaca masa tu hujan dan
berjerebu, jadi ditangguhkan.

Untuk tips korang, Namsan Hanok ni ditutup setiap
hari selasa ya..




Walaupun operasinya ditutup, tapi di sekitarnya
masih boleh dilawati seperti taman dan pentas teater.
Yang ditutup atau tidak beroperasi masa ni iaitu
perkampungan nya & acara2 yang seperti biasa
yang diadakan.




Masa ni cuaca agak panas. Masa ini juga kad memori
kamera si azlan pun sudah penuh. Macam biasa juga keluarga


yang excited bergambar iaitu razib & famili. Kami yang lain2
ni setakat duduk2 berteduh saja. Hehe!!!!



Teater




Nampak kan Astoria Hotel dari Namsan Hanok ni...



Dating Couple





Kan....dorang saja yang excited bergambar.




Jadi...lepas kami menghabiskan masa dalam kurang sejam
di sini, kami bergerak ke destinasi seterusnya, Changdeokgung Palace.

Dari sini, kami menaiki train menuju ke Angguk Stn
dengan melalui 2 kali subway station. Angguk Stn ni
juga menghubungkan area Insa-Dong.




Next....Changdeokgung Palace




Sebenarnya, kami ke palace ni pun tanpa dirancang.
Tetapi memandangkan my sis tidak dapat mencuba
memakai pakaian hanbok di Gyeongbokgung Palace,
tu yang dia bawa pi palace di sini untuk mencari
hanbok.




Macam biasa, untuk melawat palace ini tetap ada
bayaran masuk. Kami semua pun masuk ke dalam
palace ini kecuali zura & azlan. Yala memori kamera pun
dah penuh kan.



Entering the palace...




Di sini pula, kad memori kamera aku pula penuh. Adehhh..
So aku set kan lah kamera aku ke setting yang paling
rendah iaitu VGA. Jadi paham2 lah kalau ternampak
gambar yang cun berpetak2. Hahaha...!!!

Jadi macam biasa juga, si razib & famili la yang bergambar
sakan, memandangkan kamera dorang sahaja yang
ok sekarang ini. Apalagi, si Alia pun dipakaikan hanbok.




Masa ini, kami tengah menunggu my sis ke toilet.
Jadi kami berteduhlah di kawasan lapang laluan orang
ramai. Kami ni pun apalagi, jadi perhatian orang ramai
yang lalu di sini. Sebabnya kami saja yang selamba
duduk di kawasan lapang ni. Hahaha!!!




Jadi...korang layan la gambar2 di palace ini.
















Semasa berada di dalam palace ini juga, masing2:
Kepanasan (cuaca agak panas), penat, tiada arah tuju
yang sebenar, belum makan dan mungkin masing2 mood
nak balik. Jadi dalam sejam kami pun keluar dari palace ni.







Di luar palace ni, adalah cafe & kedai souvenir.
Di sinilah tempat zura & azlan melepak rupanya.




Di luar kedai souvenir. Sempat lagi kami beri makan
roti pada burung merpati. Kami mengambil masa berehat
dalam 20 minit juga di sini sambil memikirkan
destinasi mana lagi yang kami hendak tuju.




Ministry Of Health And Walfare dekat dengan palace ini.



Zura @ transfer line @ Jongno Stn.

Next.....Dongdaemun

Dongdaemun. Salah satu tempat yang ada dalam itinerary
dan hari terakhir ni la baru kami berpeluang untuk ke sini.
Masa kami melalui transfer line @ Jongno Stn, ramai warga
veteran @ tua di subway ni berbanding dengan mana2 subway
yang pernah kami lalui. Kami ni pun berpendapat di sinilah
tempat dorang berjumpa, lepaking & meeting. Hehe!!



Dongdaemun

Petang jam 2.30pm kami sampai di Dongdaemun Stn.
Belum lagi kami keluar ke Dongdaemun, kedai2 di
subway stn ni sudah offer harga wow murahh!!!
Kasut & t-shirt la menjadi tarikan di subway stn ni.
Semuanya lawa lah.



Dongdaemun. The East Gate Of Seoul

Semasa berada di sini, confirm mata tu liar menengok
kiri kanan segala jualan yang memang murah laa..!!!
Kena tahan hati la menengok jaket & kasut
ya masa lalu di sini.




Namanya pun hari terakhir. Jadi stok duit aku pun
tinggal ala2 kadar. Haha!!. My sis, zura dan aku ni apalagi
sibuk la mencari bank untuk menukar duit won lagi.
Mula2 kami singgah ke Woori Bank, tapi dorang tidak
terima duit RM. Staff dia suggest suruh pi KEB yang terletak
di tingkat 1 Dongdaemun Shopping Complex.



Segala jenis textile & fabric dijual di Dongdaemun
Shopping Complex ni.



Cheonggyecheon Stream @ Dongdaemun.

Cheonggyecheon ni meliputi jarak sejauh 8.4km bermula
dari Cheonggyecheon plaza sehingga la melalui area
Dongdaemun.



Doota!!

Doota. Antara shopping complex yang popular di sini
dan menjadikan salah satu tarikan di Dongdaemun ni
selain daripada bangunan Migliore Mall. Tetapi harga
barang2 yang ada di sini agak mahal la. Lagipun kami
pernah juga masuk ke Doota sebelum ni masa winter.



Last day with Suzie @ Family Mart

Dalam jam 5.30pm kami pun bertolak lah semula ke hotel.
Penat memang penat seharian berjalan. Nasib lah
train dari Dongdaemun stn ni boleh terus saja ke
Chungmuro stn. Dalam 3-5 minit boleh sampai.

Keluar saja dari subway, kami ni terus menyerbu
family mart untuk kali terakhir. Huru-hari kejadian
di sini. Ada yang membeli sprite dan maggi. Di sini,
masing2 keluarkan roti / bun. Kelaparan kan sehari nda
makan. So kami pun lepak la di kedai ni. Sempatlah
juga borak2, bergambar & say goodbye pada Suzie,
pekerja di kedai ni.




Zura sempat lagi pakai baju spongebob di lobby hotel.
Staff di sini apa lagi, gelaklah menengok Malaysians,
lagi2 gelagat si zura. Tapi kami sendiri happy juga
menengok korean ni senyum / ketawa.

Dalam jam 6 petang, kami pun bertolaklah ke airport.
Thank You to Astoria Hotel yang banyak bantu sepanjang
kami menginap di sini.




Perkara pertama yang kami buat lepas sampai di
airport, makan. Haha...!!! Masa untuk check-in pun
lama lagi, jadi sambil2 rehat, kami ni keluarkanlah
roti, tuna dalam tin. Buat2 muka tebal ja la masa tu.
Memang tahap kelaparan juga. Lagi pun masa tu
keadaan di airport agak lenggang.



Fuhh..!! Ini lah Incheon Airport.



Flight balik ke KL jam 11.50 malam. Dan kami tiba
di LCCT @ KL 40 minit awal dari jangkaan iaitu pada
jam 5.00am.

Alhamdulillah. Semuanya selamat tiba di KK
pada jam 10.30am.

to be continued.....


Korea Trip 2011 - Day 5


Masuk hari ke-5 di Seoul, trip kami ni semakin best pula.
Pagi hari kelima ni, seperti biasa kami mula bergerak selepas
rush hour. Dalam jam 10 pagi baru kami mulakan perjalanan.
Keadaan cuaca pagi memang cerah. Terasa sudah bahang
panas sikit. Yala... da penghujung musim spring. Itu yang
da start da nak panas.



Sebelum memulakan perjalanan, sempat la kami shooting
sekejap di depan Chungmuro Stn, juga berdepan dengan
Woori Bank.



View di hadapan hotel & subway




Sempat posing di Gyeongbokgung Stn

Pagi ini, kami memutuskan untuk melawat Gyeongbokgung
Palace. Seperti biasa juga, kami menaiki train dari
Chungmuro Stn ke Gyeongbokgung stn. Perjalanan
ke Royal Palace ini mengambil masa dalam 7-10 minit
tanpa menukar train.


Entering the Royal Palace




Lawatan kali ini jauh berbeza dengan lawatan masa
musim winter last year. Kali ini, kami berpeluang
melihat persembahan changing guard dihadapan
pintu utama.




Memang menarik lah menengok changing guard tu.




Kami ini apa lagi, alang2 da berdepan dengan pak guard,
terus la snap sini sana dengan dorang.







Pagi tu memang da ramai visitor melawat palace ni.
Ramai juga visitor dari Indonesia. Sempat lagi dorang
minta tolong aku ambilkan gambar untuk dorang.



Changing Guard








Persembahan tu dalam 15 minit juga la




Sepanjang 5 hari di Korea, Alia memang menjadi perhatian
orang ramai dan local.










Sempatlah juga kami ronda2 dalam kedai souvenir & cafe.
Tengahari tu memang da terasa bahang panasnya.



Kunun....mula2 tu wife yang pi angkat husband. Kami apa lagi Hahaha!!!








very da beautiful kan...




Cute kan...bukan yang black & Hijo, yang pakai hanbok tu

Ntah tourist dari mana tu aku cilok sekejap untuk
bergambar bersama-sama. Mulanya dorang tu pinjam
hanbok untuk pergi bergambar di sekitar, tapi dah
termasuk dalam shooting zone kami, naa...apa lagi,
terus la.




Ntah bunga jenis apa macam ala2 dandelion tu banyak
berterbangan di sekitar kolam & palace ini. Putih.
Ala2 snow pun ada juga..



Superb view




Sempat posing lagi sebelum ke next destination

Setelah menghabiskan masa dalam 2 jam di sini, kami
pun bergerak ke destinasi yang seterusnya.

Next.....In-Sadong

Jarak dari Royal Palace ke In-sadong anggaran dalam
800m-1km. Perjalanan kami ke sana tetap menggunakan
subway yang hanya mengambil masa kurang seminit.



Mosaic tiles @ Angguk Stn @ In-Sadong




In-Sadong, di sinilah pelbagai jenis souvenir yang dijual.
Dari barangan antik, pasu, t-shirt, key chain, magnet,
frame, cermin & macam2 lagi lah. Memang puas
hati berjalan di In-Sadong untuk mencari segala
barang yang boleh di bawa balik.




Area In-Sadong boleh dikatakan lebih bersih dan
selesa untuk shopping berbanding di Namdaemun dan
Dongdaemun.




Harga barangan juga tidak jauh beza dan ada sesetengah
item, harganya lebih murah berbanding di Namdaemun.
Dan kami juga agak bernasib baik bershopping di sini,
yang mana, kami terjumpa sebuah kedai yang boleh
speaking malay, jadi senang la untuk sage2 juga.







Off kan mode jeles di sini ya kalau tengok gambar aku
lagi banyak daripada yang lain2. Sebab yang aku
nampak, aku sorang ja yang rajin ambil gambar.
Dorang yang lain2 tu semua tengah minta sage2. Haha



Nice kan area di sini



Kepenatan betul dorang

Terdapat 1 shopping complex yang popular di In-Sadong ni
iaitu SSamziegil. Cuma barangannya tidaklah menarik
sangat berbanding kedai2 yang berada luar dari complex
ni.



Ssamziegil










Sebelum kami keluar dari Ssamziegil ni, terdapat
dua Camera kiosk, yang mana kita boleh snap, edit &
e-mail terus gambar yang telah diambil. Memang
superb betul Korea ni. Dorang boleh menyediakan
digital kiosk seperti ni.



Tu...sibuk betul edit gambar






My sis & wani sempat lagi membeli minuman di Ssamziegil




Rasanya kami hanya sempat ronda2 1/5 area In-Sadong
ni. Yala bajet banyak da keluar. Sebelum jadi over-budget,
tu yang kami terus masuk SSamziegil.




Sudah penat bershopping di sini, kami pun meneruskan
perjalanan ke Itaewon untuk mencari makan. Masa tu
masing2 da berketar2 kelaparan. Yala da masuk hari
kelima, stok makanan pun da tinggal sikit. Jadi breakfast
pun ala kadar ja. So apa lagi, kami teruslah ke Itaewon.

Perjalanan dari In-Sadong ke Itaewon mengambil masa
dalam 15 minit selepas melalui sekali transfer dan
7 kali stop.



Keluar ja dari subway di Itaewon lebih kurang jam
4 petang, terasa betul bahang panas. Petang tu memang
terasa panas & lapar.

Sambil kami menuju ke tempat makan, terjumpa la pula
orang menjual buah strawberi. Kami apa lagi, rembatlah
terus sebelum habis. Harga memang murah.




Kami singgah makan di Taj Palace, tempat masa mula2
kami singgah masa winter last year. Harga?? Mencekik
jugalah. Bayangkan harga sepinggan nasi beryani
dalam 14,000 won. Convert pi RM jadi berapa.


Hah????? Tapi lapar punya pasal, balun sajalah.
Sedap nda sedap belakang cerita. Itu zura & wani ja
yang tahu. Kami yang lain2 ni hampir bersih jugalah
pinggan tu. Heh!!!!

Abes makan & huha-huha...kami bergerak balik ke
hotel.



Night Market @ Namdaemun

Ingatkan lepas seharian berjalan, bolehlah rehat terus.
Tapi alang2 dah tinggal sehari lagi sebelum pulang ke KK,
kami teruskan la ronda2 di waktu malam. Sekali lagi
kami ke Namdaemun Night Market. Kali ini saya,
zura & azlan dan razib sahaja yang keluar untuk
bershopping. Perjalanan hanya mengambil masa
dalam 2-3 minit dengan menaiki train. Di sini
kami hanya membeli t-shirt sahaja.



Myeongdong


Malam pun masih muda. Tengok pun baru jam 9.30pm.
Alang2 da keluar berjalan, kami pun terus la ke
Myeongdong.

Di sinilah kawasan shopping yang paling popular
untuk barangan berjenama. Kebanyakan korean
yang lalu & shopping di sini, semuanya nampak
cun, sexy & smart. Macam di Gangnam City juga.
Myeongdong juga, one of the most expensive shopping


area in the world. So no wonder lah kalau kami setakat
membeli sotong bakar ja di sini. Hehehe..!!!

Ooppss!!!...lupa pula. Zura ada juga merembat
sebeg dua di sini.




Di Myeongdong ni pun, aku sorang ja yang rajin bergambar.
Suka tengok keadaan crowded tu.

Lepas penat ronda2 di Myeongdong, kami pun baliklah
ke hotel dengan berjalan kaki. Membazir ja kalau naik
train untuk balik ke hotel sedangkan jarak antara
Myeongdong ke hotel dalam 500-700 meter ja.



Family mart

Sebelum ke hotel, kami sempat membuat kecoh di
family mart, kedai yang wajib yang selalu kami
singgah. Di sini kami setakat membali nasi
dalam paket. Hahah..!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...