Thursday, April 29, 2010

Kg Nelayan


Bulan April semakin dipenghujungnya … sambutan makan malam yang kononnya untuk celebrate harijadi kami teruskan juak, sungguhpun tidak cukup korum. Makan malam, malam nie kami buat sekadar suka-suka saja hehehe ..

Berlokasi di Kg Nelayan … moja, zura, nurul, aqu, diana & husbandnya, irwan memulakan pertempuran. Airin masih lagi sakit, Nafi tak dapat join sbab sakit dari bermain futsal, Rahmah plak dah berlepas ke Medan.

Nurul & zura .. awal awal lagi dah warning yang diorang berdua nie lapar, kununnya nda makan tengahari. Sesampai jak, aqu & Diana mengamik macam macam lauk .. ayam, daging, ketam, kupang, kerang, udang, sotong .. sayur, diorang plak mengatur diri memasing. Si nurul mengamik kueyteow + mee + nasi goreng + lauk (tak ingat apa) & si Zura plak mengamik nasi + telur rebus masak sambal.

Mulanya kami pompuan melantik 2 jejaka tuk memasak … sementara kami amik lauk & duduk bergosip sambil tunggu makanan siap. Tak sampai 5 minit, aqu & Diana membantu masak manakala 2 beradik tu makan. Tengok gaya diorang bila dah makan tu, tak ingat lagi orang lain … diorang ngan dunia diorang jak … sampai segala udang, ayam, daging depan diorang kering oleh api sebab tak dipedulikan.

Memang bestlah malam tadi, semua makan berabis. Ada makanan yang tak dapat dihabiskan cuba dipaksa makan (takut kena bayar extra). Nasi tambah yang diminta oleh zura pun nda termakan, terpaksa wan menghempas pulas mengabiskannya. Apa-apapun … lain kali kita datang lagi yaa!!!

Monday, April 26, 2010

Happy Birthday Aniza



Penutup bagi sambutan harijadi unit kewangan
iaitu Aniza yang menyambut pada 24 April.

Selamat Hari Jadi
Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

Friday, April 23, 2010

Happy Birthday Mozaid

Hari ini .. hari spesel tuk hero kesayangan kewangan, sebab hari ini dia sambut ulangtahunnya yang ke 27. Tanpa hero seorang ini, tak tahulah macam mana keadaan unit, beliaulah yang selalu menjadi tempat rujukan bukan setakat kepada krew kew tetapi juga tempat rujukan para pegawai dan staff PPPNS.
Sorrylah sebab sambutan tak dapat dibuat buat masa ini, disebabkan tak cukup korum. Perancangan telah dibuat ... kita akan mengadakan majlis ulangtahun secara beramai-ramai memandangkan ada 4 orang krew yang menyambut ulangtahun pada bulan yang sama.
Kepada Mozaid ... Selamat Hari Jadi!!!
Semoga Panjang Umur & Murah Rezeki ...


Friday, April 16, 2010

Aktiviti 5S

Minggu ni krew kewangan agak sibuk sikit buat
5s. Memandangkan audit 5s ni minggu depan,
jadi kami kerahkan tenaga untuk menyiapkan
beberapa sudut yang penting untuk penilaian
5s ni.

Hari jumaat yang mulia ni pula, kami sama-sama
bergotong-royong menyiapkan papan sudut 5s
dan label untuk bilik meeting. Secara peribadi,
carta oraganisasi kami memang menarik dan
berbeza dengan unit lain.

Dengan harapan, untuk pengauditan kali ini,
zon kami dapat memperbaiki kedudukan dari
bulan lepas.









Thursday, April 15, 2010

Happy Belated Birthday

Sibuk-sibuk buat 5s ni, terlupa la pula mau update
blog ni, lagi lah dengan bulan birthday kewangan ni.

Apa pun..

Selamat Hari Jadi buat krew kewangan iaitu :-

1. Siti Nurul Jannah (11 April)
2. Mohd Hanafi (14 April)

Bagi kedua-dua tarikh di atas, kami tidak sempat
untuk menyambutnya, apatah lagi untuk membeli
kek. Memandangkan separuh dari krew kewangan
menyambut harijadi pada bulan April, jadi kami da
plan untuk menyambut sekali sahaja tetapi dengan cara
lain daripada yang sebelum ini.

Jadi Sama-samalah kita raikannya nanti yaa....!!!

Apa-pun,

Selamat Hari Jadi

Friday, April 9, 2010

Bukak mata sket ...

Seperti hari semalam, hari yang sungguh membosankan. Aktiviti yang dibuat dikalangan krew kew adalah persediaan 5S. Amat-amat membosankan .... Kebetulan tadi nurul selak-selak handphonenya, dan ternampaklah rakaman yang telah dibuat pada minggu lepas. Jadi marilah kita bersama-sama saksikan video-video ini;

Video di atas di amik sewaktu zura tengah mempelajari step bagi lagu Nobody - The Wondergirls untuk dipersembahkan pada annual dinner ofis. Last-last tidak juga dibuatnya .. sebab katanya, step susah nak ingat.

Video dibawah plak hanya sebagai perkongsian bersama-sama. Menurut nurul burung hantu nie dipelihara oleh keluarganya di kampung. Kalau dilepaskan pun ia takkan terbang. Kalau tengok pada video nie, mana lagi ia nak terbang ... makan dah tersedia dah, disuapkan lagi. Senang dah hidup .. nda perlu bersusah payah cari makan. Comel kan ???...

Thursday, April 8, 2010

Boringnya Hari Nie ...

Apa punya boring betul ari nie ... keja teda lagi. Asyik-asyik wat 5S. Kalau semua wat 5S ok juak, nie 2-3 kerat jak yang buat. Boring betul .. Segala macam dah dibuat .. layan FB, layan game, surf internet, gi lepak seksyen lain ... tak memadai sebab rasa malas & boring dah menguasai diri smua krew kew. Ntahlah apa kejadian ari nie ....


nie rahmah tengah tengok video-video masa annual dinner. tgk cara duduk tue ... sampai gitu skali bha.


nie pulak si zura ... sambil-sambil beronline, dia main handphone lagi.


nie hero sorang nie, penat-penat dia wat 5S .. tup tap ... tidur sudah.


boring betul budak sorang nie ... nampak sendirikan. bercakap ngan 2 handphone lagi. berbalas cakap sendiri-sendiri pulak tu ... isk3x kesian ...

adegan paling last nie, aqu no komenlah. mulanya scene mencuri fries .. ntah apa kejadian pulak scene suap menyuap. lain macam jak tu ... hehehe

layan game racing & awek ...

Tuesday, April 6, 2010

Suka-sukanya

Pagi-pagi lagi da buat perangai lawaknya si zura ni.
Memo meeting yang ada di atas mejanya hilang. Ntah
di mana dia letak. Padahal kelmarin sebelum saya balik
memo tu memang ada di atas mejanya.

Awal pagi ni pun, memo tu memang masih berada di atas
mejanya. Nurul sendiri pun nampak memo tu.

Puas bagitau dia memang memo tu ada di atas mejanya.
Tapi dia nda mengaku. Berkeras juga dengan jawapannya.
Bila dia sampai ja di meja kerjanya memang tiada memo tu.
Kunu.

Memo tu adalah panggilan meeting untuk audit 5S. Dia
dan Aniza kena hadiri meeting tu pagi ni. Memandangkan
memo untuk Aniza pun diletakkan atas meja Zura, jadi
dua-dua memo tu pun hilang. Yang si Aniza ni pun mau
tengok memo tu dulu sebelum masuk meeting tu.

Bila puas dia mencari atas mejanya, si Zura ni pun bagitau
"ntah2 yang aku buang di bakul sampah tadi".
Bila di tengok bakul sampah, sah memo tu dibuangnya.
Yang kami ni pun apalagi, ketawa la.

Bukan saja di buangnya...


Dikoyakkannya...hampess betuii...!!!
Bukan memo untuk dia saja koyak, memo untuk
Aniza pun sekali dikoyakkannya. Hahaha..!!

Ntah apa yang dipikirkannya. Awal pagi lagi dah buang
tebiat. Suka-sukanya sahaja. Kalau sendiri punya, nda pa
juga, ni orang lain punya pun dia libatkan.

Alasan dikoyakkan memo tu sebab dia ingatkan memo
tu yang lamanya punya.

Sunday, April 4, 2010

Annual Dinner

Selesai sudah Annual Dinner Opis yang diadakan di Grand Ballroom Promenade. Majlis yang sepatutnya bermula pada 7.00pm, lewat dimulakan disebabkan masih ramai 'artis-artis' belum tiba, almaklumlah .. malam glamour, semua nak glamor. Sayangnyakan ... takda pulak sambutan red carpet dan kerlipan flash camera wartawan sewaktu ketibaan. Kalau ada ... barulah terasa akan ke'glamorous'an malam tadi (pergghh kunun). Majlis tadi dimulakan dengan tarian shuffle dari kumpulan yang tidak diingati namanya .. cuma diketahui bahawa salah seorang ahli kumpulan tersebut adalah anak kepada staff PPPNS. Ucapan dari Pengerusi Kelab & ucapan dari PKN tidak dilupakan kemudian persembahan nyanyian dari penyanyi jemputan iaitu Clarice ... (pun tak ingat sangat nama penuhnya, tapi yang diingat ialah dia adalah kakak kepada Lotter AF4)

Tak ramai warga PPPNS yang datang ke majlis tadi. Meriah jugalah malam tadi tapi tidaklah semeriah tahun-tahun yang sudah terutamanya dari segi persembahan ... saguhati ... dan juga pemilihan hidangan. Kebanyakan persembahan dibuat pada saat-saat akhir, dari Seksyen Teknikal - ada wat sket tarian shuffle & menyampaikan 2 buah lagu. Khidmat Pengurusan diwakili oleh Encik Awang Azli & Encik Rosli - Lagu M.Nasir & Mawi, Seksyen Kemiskinan - Encik Zamlee menyanyikan sebuah lagu manakala anak-anak buahnya berdiri terpacak dibelakang beliau. Last group adalah Kumpulan Double S ( Syawal & Surani) - wat tarian lagu Stacy Pakai Buang.
Selain persembahan seksyen ... persembahan karaoke juga diadakan, yang mana tak banyak penyertaan. Antara nyanyian karaoke yang paling menarik adalah dari Radiansyah suami (kepada Suraini) dan juga duet dari Mr Goh & Fauziah. Pemilihan Best Dress plak telah dimenangi oleh Kak Samariah & Mahdir. Acara kemuncak dinner ini adalah cabuatan tiket bertuah yang mana hadiah misteri adalah pakej pelancongan ke Medan bersama-sama isteri kepada Tn Hj Matusin yang ditaja sepenuhnya oleh Pn Hjh Siti pada hujung bulan April ini, dan insan yang bertuah mengikuti pelancongan tersebut adalah Rahmah & juga Kak Norhayati .. Tahniahlah pada you berdua. Apa-apapun malam tadi cukup meriah dengan ke'glamor'an warga PPNS.

Friday, April 2, 2010

April Fool

Semalam seluruh dunia, manusia menyambut April Fool yang mereka sendiri tidak tahu akan asal usulnya.. Ia juga dikenali dengan nama All Fools Day.. Terdapat pelbagai kisah tentang asal usul hari yang tak bermanfaat ni. Kalau di zaman kanak-kanak dulu termasuk diri saya sendiri, terlalu ramai kawan yang meraikan Hari Bodoh ini dengan tipu daya ‘tut’ mereka.. Yang seronok dapat tengok kawan-kawan gelak.. Yang tak seronok bila diri kita yang digelakkan.. Kena pulak siap kena mandi dengan air longkang.. Sebagai mangsa agak tak best rasanya.. Tapi untuk menjadi pemangsa, rasa tidak bodoh untuk melakukannya..

Happy April Fool for the Fools


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...