Sunday, April 4, 2010

Annual Dinner

Selesai sudah Annual Dinner Opis yang diadakan di Grand Ballroom Promenade. Majlis yang sepatutnya bermula pada 7.00pm, lewat dimulakan disebabkan masih ramai 'artis-artis' belum tiba, almaklumlah .. malam glamour, semua nak glamor. Sayangnyakan ... takda pulak sambutan red carpet dan kerlipan flash camera wartawan sewaktu ketibaan. Kalau ada ... barulah terasa akan ke'glamorous'an malam tadi (pergghh kunun). Majlis tadi dimulakan dengan tarian shuffle dari kumpulan yang tidak diingati namanya .. cuma diketahui bahawa salah seorang ahli kumpulan tersebut adalah anak kepada staff PPPNS. Ucapan dari Pengerusi Kelab & ucapan dari PKN tidak dilupakan kemudian persembahan nyanyian dari penyanyi jemputan iaitu Clarice ... (pun tak ingat sangat nama penuhnya, tapi yang diingat ialah dia adalah kakak kepada Lotter AF4)

Tak ramai warga PPPNS yang datang ke majlis tadi. Meriah jugalah malam tadi tapi tidaklah semeriah tahun-tahun yang sudah terutamanya dari segi persembahan ... saguhati ... dan juga pemilihan hidangan. Kebanyakan persembahan dibuat pada saat-saat akhir, dari Seksyen Teknikal - ada wat sket tarian shuffle & menyampaikan 2 buah lagu. Khidmat Pengurusan diwakili oleh Encik Awang Azli & Encik Rosli - Lagu M.Nasir & Mawi, Seksyen Kemiskinan - Encik Zamlee menyanyikan sebuah lagu manakala anak-anak buahnya berdiri terpacak dibelakang beliau. Last group adalah Kumpulan Double S ( Syawal & Surani) - wat tarian lagu Stacy Pakai Buang.
Selain persembahan seksyen ... persembahan karaoke juga diadakan, yang mana tak banyak penyertaan. Antara nyanyian karaoke yang paling menarik adalah dari Radiansyah suami (kepada Suraini) dan juga duet dari Mr Goh & Fauziah. Pemilihan Best Dress plak telah dimenangi oleh Kak Samariah & Mahdir. Acara kemuncak dinner ini adalah cabuatan tiket bertuah yang mana hadiah misteri adalah pakej pelancongan ke Medan bersama-sama isteri kepada Tn Hj Matusin yang ditaja sepenuhnya oleh Pn Hjh Siti pada hujung bulan April ini, dan insan yang bertuah mengikuti pelancongan tersebut adalah Rahmah & juga Kak Norhayati .. Tahniahlah pada you berdua. Apa-apapun malam tadi cukup meriah dengan ke'glamor'an warga PPNS.

2 comments:

Moja said...

Uiioooo...pi dinner kamurang.

tgk dari gambar gaya ja lebih..
gempak tercalon best dress pun tidak...kui kui kui...

~Lynnz~ said...

saja memeriahkan suasana ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...