Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Suka-sukanya

Pagi-pagi lagi da buat perangai lawaknya si zura ni.
Memo meeting yang ada di atas mejanya hilang. Ntah
di mana dia letak. Padahal kelmarin sebelum saya balik
memo tu memang ada di atas mejanya.

Awal pagi ni pun, memo tu memang masih berada di atas
mejanya. Nurul sendiri pun nampak memo tu.

Puas bagitau dia memang memo tu ada di atas mejanya.
Tapi dia nda mengaku. Berkeras juga dengan jawapannya.
Bila dia sampai ja di meja kerjanya memang tiada memo tu.
Kunu.

Memo tu adalah panggilan meeting untuk audit 5S. Dia
dan Aniza kena hadiri meeting tu pagi ni. Memandangkan
memo untuk Aniza pun diletakkan atas meja Zura, jadi
dua-dua memo tu pun hilang. Yang si Aniza ni pun mau
tengok memo tu dulu sebelum masuk meeting tu.

Bila puas dia mencari atas mejanya, si Zura ni pun bagitau
"ntah2 yang aku buang di bakul sampah tadi".
Bila di tengok bakul sampah, sah memo tu dibuangnya.
Yang kami ni pun apalagi, ketawa la.

Bukan saja di buangnya...


Dikoyakkannya...hampess betuii...!!!
Bukan memo untuk dia saja koyak, memo untuk
Aniza pun sekali dikoyakkannya. Hahaha..!!

Ntah apa yang dipikirkannya. Awal pagi lagi dah buang
tebiat. Suka-sukanya sahaja. Kalau sendiri punya, nda pa
juga, ni orang lain punya pun dia libatkan.

Alasan dikoyakkan memo tu sebab dia ingatkan memo
tu yang lamanya punya.

Sunday, December 6, 2009

Kritik Yang Tidak Adil

Assalamualaikum. Sekadar ingin berkongsi cerita yang dipetik
dari majalah motivasi. Semoga sedikit-sebanyak membawa
manfaat dan pengajaran kepada teman sekalian.

Cerita :

Dalam satu majlis jamuan untuk meraikan kejayaannya
belayar mengelilingi dunia, Ferdinand Magellan telah disindir
oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya.

"Ah, belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mana..."
kata seorang penulis yang kuat.

"Hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat,"
tambah seorang ahli perniagaan.

"Dan kelasi yang setia," ujar seorang jeneral.

"Tuan-tuan, sekarang ada sebiji telur rebus di tangan saya.
Cuba tuan-tuan letakkan telur ini dalam keadaan tegak
berdiri," kata Ferdinand mencabar para pengkritiknya.

"Mana mungkin telur itu diletakkan dalam kedudukan
sedemikian," jawab pengkritiknya setelah mencuba
berkali-kali.

Ferdinand memecahkan sebahagian kecil bucu telur
itu dan menggunakannya sebagai tapak untuk meletakkan
telur itu dalam keadaan tegak.

"Ah, kalau begitu siapa pun boleh melakukannya," kata
pengkritiknya sambil mencebik.

"Ya, setelah aku melakukannya!!!" ujar Ferdinand.

PENGAJARAN :

Kritik yang tidak adil merupakan pujian yang tidak
rasmi. Ungkapan ada mengatakan, tidak ada sesiapa
yang akan menendang anjing yang telah mati.
Maksudnya, selagi ada yang sudi mencemuh, itulah
petanda kita masih mempunyai kelebihan dan
harga diri.

Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah
jauh lebih penting daripada pandangan orang lain
terhadap diri kita. Inilah juga yang dikatakan harga
diri. Jadi, jangan risau kalau kita dikritik dan
tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar
diri kita sudah tidak berharga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...