Friday, August 28, 2009

Selamat Bertugas di tempat baru

Sedihnya kami di sini bila mengetahui salah seorang staff
unit kewangan telah meninggalkan pergi dari pejabat ini
kerana mendapat penempatan baru di pejabat k'jaan di
Wisma Muis, Sembulan pada 24 Ogos 2009. Staff unit
kewangan itu ialah saudara Japri Mohari atau
lebih mesra kami panggil Abang Jep @ Mr. Gambit.




Orangnya amat mesra, baik & rajin. Seorang yang suka
membantu dan kami sendiri tiada masalah jika ingin
mendapatkan bantuan dari Abang Jep untuk membantu
kerja-kerja baucar bayaran yang bertimbun mengunung
jikalau ada pertolongan.

Boleh dikatakan hampir 2 tahun Abang Jep bertugas di
Unit Kewangan disamping lebih 10 tahun berkhidmat di
pejabat ini. Walaubagaimana liku-liku, hujan & panas dan
susah payah yang abang Jep lalui di pejabat
ini, jadikanlah ia sebagai satu pengalaman sepanjang
berada di pejabat ini dan juga sebagai kenangan
bersama-sama kami. Terima kasih juga
sepanjang mana Abang Jep yang telah banyak
membantu kami.


Dari kami di sini Selamat Bertugas di tempat
baru dan semoga akan terus berkhidmat dengan baik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...