Tuesday, August 18, 2009

Program Hari Keluarga ICU

Bertuah sungguh nasib 5 orang kakitangan Unit Kewangan yang telah dipilih untuk mengikuti
Program Hari Keluarga di A'Famosa, Melaka pada 8 Ogos 2009. Dari mula perjalanan di KKIA lagi sudah terasa kegembiraan semua rombongan dari PPNS yang mengikuti program ini. Antara staff kewangan yang mengikuti program ini termasuklah Pn. Noramiza, Airin, Lynn, Mozaid & Japri.

Walaupun acara dalam program ini tidak lah banyak sangat, tetapi rata-rata kesemua rombongan amat gembira dan berpuas hati. Lokasi yang dipilih di A'Famosa Water World juga dikira sesuai bagi kami kerana persekitarannya yang luas dan kami sendiri mempunyai masa untuk bersiar-siar di sekitar walaupun tidak mengikuti acara yang disediakan. Hehehe!!! Yala tidaklah kami boring sangat setakat duduk & makan sambil berdepan dengan acara program tersebut. Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan haiwan seperti monyet, gajah & ular. Ada yang sempat mandi kolam. Ada yang tidur. Ada yang shopping. Ada yang menjaga anak. Dianggarkan seramai 1400++ kakitangan & keluarga ICU dari seluruh negeri datang ke program ini. Memang ramai dan gamat suasana masa tu, tambah lagi keadaan cuaca yang panas dan berjerebu. Salah satu acara yang mendapat perhatian iaitu pertunjukan Red Indian, yang mana mat api melakukan aksi seperti memasukkan api ke dalam mulut. Rombongan Negeri Sabah yang juga bergabung dengan peserta dari Sarawak telah diberi tema warna oren untuk mewakili zon Sabah/Sarawak. Bagi acara makan pula, pihak HQ ada menyediakan menu istimewa antaranya burung puyuh goreng, daging kambing panggang dan ikan keli goreng. Menu-menu lain seperti puding kelapa, buah rambutan dan buah duku. Kami kongsikan beberapa gambar kenangan suasana semasa hari keluarga.


3 comments:

blogger said...

cool snap...

amoi_dulli said...

nice orientation of d pix..

~Lynnz~ said...

thanx ...
but credit has to go mozaid.
he did dis ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...