Wednesday, August 12, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Salam tahniah kepada salah seorang staf Unit Kewangan iaitu Saudari Airin Luaran yang telah menerima APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) tahun 2008 yang diadakan di HQ ICU, Putrajaya pada 7 Ogos 2009.


Selain itu, seramai 9 orang warga PPN Sabah juga telah terpilih untuk menerima APC untuk tahun ini. Antaranya:-

  1. En. Amir Zakri (Unit Pemantauan)
  2. Pn. Samariah (Unit Teknologi Maklumat)
  3. En. Ramlin (Unit Khas)

  4. Cik Yusendra (Pej. Timbalan Pengarah)

  5. Cik Airin (Unit Kewangan)

  6. Pn. Betcilla (Unit Teknikal)

  7. Pn. Masnah (Unit Teknologi Maklumat)

  8. En. Yunus (Unit Pentadbiran)

  9. En. Rahim (Unit Khas)
Bagi rakan-rakan yang ingin mengetahui apakah yang terjadi semasa APC, kita sama-sama nantikan cerita dari Saudari Airin kita. Harap-harap dia akan berkongsi cerita sepanjang acara rehearsal dan hari kemuncak penyampaian anugerah tersebut. Mana la tau perasaan dia macamana kan, gembira tu sudah pastilah, tapi adakah berdebar, sejuk-sejuk gementar ka, mau balik kk sudah ka...nantilah kita sama-sama tunggu. Hehe....!!!!

Menurut kata saudari Airin kita ni, walau sibuk macamana pun kita bekerja, perlulah kita bijak untuk mengurus masa semasa bekerja supaya apa yang kita buat sepanjang hari itu tidak membosankan dan tidak la sia-sia masa itu berlalu. Yalah, di Unit Kewangan, masa amat terhad untuk bekerja walaupun bekerja sampai malam dan hari cuti. Bukanlah disebabkan gangguan telefon atau kawan-kawan di pejabat, tetapi sudah menjadi tanggungjawab warga kewangan untuk melakukan pelbagai kerja yang bukan sahaja pada baucar bayaran, tetapi hal-hal lain. Jadi untuk warga kewangan, sama-samalah kita motivasikan diri agar kerja tu tidak la membosankan walau banyak mana pun yang akan / telah kita buat. Mana la tau, ada lagi salah seorang dua dari kita akan naik pentas APC tahun depan... Hmmmm!!!!....


Dari warga kewangan sekali lagi kami mengucapkan tahniah buat saudari Airin.


2 comments:

kak nora said...

hai rin...tahniah la da dpt anugerah cemerlang,da keje teruk2 mesti la dpt kn...
nah skrg ni ko kena tambah tenaga untuk keje lebih kuat..jangan lg tapuk 2 baucer dalam laci..hehehe
apa2 pn ko kena jga kesihatan,itu lebih penting dari segala2nya..keje2 jga..
sekali lg tahniah la rin...

Joy Wisdom said...

uiyo.. Tahniah airin luaran!!! semoga tahun depan si linn ka zurbur ka.. sepa2 ja la dari kewangan.. so bila Airin mau belanja RM tu... jangan kasi lama bogia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...