Tuesday, May 25, 2010

Nak Wat Camna Lagi 5S Nie???

Audit 5S kali ketiga berlangsung sekali lagi pada hari ini. Zon Orkid sememangnya teda buat apa-apa persediaan sempena audit kali ini cuma mengutamakan kebersihan zon. Apa yang dilakukan scara drastik adalah menyisihkan hiasan-hiasan yang sebelum ini telah dilekatkan pada dinding zon dan juga menyisihkan kalender-kalender serta barang-barang hiasan yang terdapat pada atas workstation masing-masing.
Bukannya zon ini tidak ingin bekerjasama untuk mencapai pensijilan 5S, tapi apa yang mendukacitakan adalah hampir segala usaha yang dilakukan seolah-olah sia-sia belaka. Contohnya bila selesai melakukan sesuatu untuk keceriaan pejabat ... ada pihak mengatakan bahawa ianya tidak sesuai, dan harus ditukarkan kepada yang lain. Mengapakah perlu ditukarkan?? Mengapakah tiada panduan diedarkan kepada setiap zon; apa yang perlu & apa yang tidak perlu dilakukan sebelum setiap zon buat kerja sia-sia? Tahukah mereka berapa banyak masa & kos yang dibazirkan untuk melakukan tugasan yang berulang?
Bahan-bahan untuk 5S kononnya akan disediakan ... senarai demi senarai diberi sejak 2008 tapi sehingga kini tiada juga barangan yang diminta diberikan. Akhirnya setiap zon terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk keceriaan pejabat. Tapi tulah .. hampeh sebab kos yang dikeluarkan cuma suatu pembaziran.
So sekarang, bila mana zon orkid menyisihkan hiasan keceriaan dan hanya tumpu pada kebersihan, mengapa masih perlu dijadikan isu?? Mengapa?? Adakah sukar untuk sesetengah pihak menerima kenyataan bahawa zon orkid sememangnya menyisih banyak benda dan bukannya menyembunyikan barang-barang tersebut hanya kerana audit??

4 comments:

Moja said...

Betul.
KURANG pendedahan mengenai garis panduan yang diperlukan.
Bila sesuatu telah siap dilakukan,
baru la dicakap itu x kena, ini x sesuai.

Untuk audit kali ke 3 ni, zon kami hanya mengekalkan apa yg sedia ada tetapi mengutamakan 2 perkara iaitu
kebersihan tempat kerja dan penyisihan di tempat kerja.
Dalam masa yang sama berlaku PEMBAZIRAN
Tetap juga masih ada suara2 sumbang.

Penat laa kan lynn....

~Lynnz~ said...

yaa .. PENAT yg teramat amat sudah wat semua keja bodoh tue.

Moja said...

apa crita tajuk ni di fb mu lynnn

~Lynnz~ said...

crita apa yer???!! lupa plak ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...