Tuesday, June 1, 2010

Cuti-Cuti

Cuti Tadau Kaamatan kali ini macam biasa la,
saya balik ke kampung. Sebelum ni Lyn berkongsi
cerita percutiannya di Kg. Luanti, Ranau. Saya pula
tiada yang menarik sangat untuk dikongsi, hanya
setakat membuka lembaran bagi bulan Jun. Hehe!!



Cuma nya...cuti panjang kali ni dapat lah
berpeluang pergi menoreh getah. Kunun!!!
Padahal tolong kutip susu getah yang siap
ditoreh saja. Haha!!



Sambil-sambil berehat untuk hilangkan penat ni,
sempat la juga masak maggi dalam hutan ni. Hehe!!



Dan pada 30hb, 1st time la dapat pergi sambutan
Tadau Kaamatan di kampung yang diadakan
di balairaya. Banyak lah juga acara yang di buat
sempena Kaamatan kali ni, antaranya pertandingan
panjat pokok pinang berminyak, memasak, raja
ketawa, sepak takraw, sugandoi, gusti lengan.
Dan antara acara yang paling di tunggu juga iaitu
unduk ngadau. Ehem2...sayangnya semua masih
sekolah. SPM pun belum habis lagi.





Macam biasalah, mana-mana sambutan yang dibuat,
pasti nda lari acara minum tapai. Wajib tu kalau orang
kampung. Hmmm...adalah sikit ja saya minum. Sikit ja,
sebab bukan mau minum sangat pun. Kena paksa.
Pahit. Bekas untuk di minum pun ekslusif sikit, iaitu
dalam bambu. Apa-pun nila 1st time pergi sambutan
Kaamatan.

2 comments:

~Lynnz~ said...

mesti ko berabis makan meggi tukan, sampai nda pedulik orang lain.
kalu ya pun posing dekat ngan pokok getah .. eksyenla sket kunu ngan penorehnya, jangan posing kosong jak! hehehe ..
ada ko pining2x lepas ko minum itu tapai???

Moja said...

camana mau posing sedangkan pix
yg eksyen tu pun ambik sendiri.
hehe. stakat 2-3 teguk nda la pening. cumanya nda sedap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...