Monday, August 9, 2010

Minggu Permainan

Minggu pertama bulan Ogos cukup membosankan. Kerja ada cuma pegawai peraku takda untuk memperaku kerja. Krew kew jadinya tak menentu, ada yang rajin meng'update' kerja .. ada yang lepak di seksyen lain .. dan ada juga yang duduk termenung, macam yang dibuat oleh hero kita dibawah ni.



Masuk waktu rehat ... Lynn & Rahmah keluar ke 1B untuk mencuci kereta memasing, diikuti oleh Diana & Nurul. Dah terlanjur ke 1B, niat yang sudah lama terpendam cubalah ditunaikan, iaitu membeli permainan 'MONOPOLY'. Setibanya kat 1B, hantarlah kereta ke carwash. Sambil-sambil tunggu kereta di cuci, maka krew kew yang cantik jelita ni pun merayau-rayau ke kedai permainan.

First stop adalah KK Toys Store ... PERGHHH!!! Mahal gila games yang dijual di kedai ni.



Discuss punya bincang .. hehehe ... semua setuju untuk pergi men'survey' kat tempat lain. Dalam jalan-jalan tu ada juga ter'simpang' kat tempat lain. Macam-macam yang dicuba pakai sampai diperhati oleh pekerja-pekerja tempat yang dilawati ...



Parkson .. tempat yang kedua di'survey'. Games yang ada disini tak banyak choice. Tapi dapat jugalah krew kew mengesan board game 'MONOPOLY'. Harganya lebih murah daripada KK Toys, tapi entahlah macam masih tidak berpuas hati dengan harganya ... So berjalan lagi lah mereka ... hehehe ..




Jalan punya jalan ... Akhirnya sampai juga ke Toys
'R' Us. Banyaknya ' MONOPOLY' yang bermacam-macam version. Sampai Rahmah & Nurul bingung yang mana satu harus dibeli. hehehe ...


Puas berjalan & mencari ... terasa pulak lapar. Singgahlah terus untuk menapau makanan. Taklah ingin makan disana sebab sudah teruja mahu balik ke ofis cepat untuk main board game yang baru dibeli.



Selesai makan ... maka MONOPOLY terus dibuka oleh Rahmah & Nurul. Nda kesabaran betullah diorang main. Cuma waktu diorang main, tak ramai sangat sebab krew kew yang lain ada benda lain yang perlu dibuat. Jadinya Rahmah, Nurul dan Razib main .. diikuti oleh Lynn kemudian yang menjadi sebagai banker.
Seronok jugalah tengok diorang main ... kalau tidak silap, sampai waktu untuk balik pun masih lagi diorang
3 orang bermain ... dan juga pada esok paginya, board itu tidak dikemas oleh mereka sebab nak kira-kira siapa yang mengumpul harta / duit yang paling banyak .. hehehe ..


Hari berikutnya ... pada mulanya tiada sesiapa yang ingin bermain. Entah macam mana, adalah sorang member tu membawa bermain SAHIBA pada Mozaid. Dia pun bagitau kat member tu .. kew cuma ada SCARBBLE .. maka diiyakanlah permainan SCRABBLE. Maka bermainlah pada waktu itu ... dan dalam masa yang sama, Rahmah & Nurul membuka sekali MONOPOLY yang mana hanya mereka berdua saja yang main.

SCRABBLE dimain oleh Mozaid, Lynn, Razib & Suraini. Hebat juga persaingan ... Yang lucu masa main SCRABBLE ni ialah bila terdengar bunyi pintu kewangan dibuka. Dalam masa yang sama, Suraini akan gelabah mencari tempat bersembunyi kerana tidak mahu dirinya dilihat orang lain bermain hehehe .. Siap huruf-huruf dibawa bersembunyi tapi beg handphone ditinggalkan. Abis satu round ... Sambung lagi satu round oleh Mozaid, Lynn & Suraini sebab kebetulan sudah masuk waktu rehat. Pening juga main second round tu, sebab sudah oll-out masa first round. Mana lagi tidak tambah pening, kalau pembuka kata permainan sangatlah pendek ... hasilnya, semua perkataan yang dibuat pendek-pendek belaka. Apa-apapun, dalam pening-pening tu, habis jugalah game yang dimenangi oleh Mozaid ... dan Suraini dalam kiraan mata.



1 comment:

Moja said...

amboiiiii.....sempat tangkap gambar aku ahhhh...
mengelamun pun, menang juga kan....
haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...