Sunday, August 1, 2010

Jalan-Jalan di Beaufort - Sipitang

Rombongan Cik Kiah kali ini iaitu ke rumah pengantin
yang terletak di Beaufort, dimana atas jemputan
oleh bekas kakitangan Unit Kewangan PPNS iaitu
Kak Patimah. Antara yang mengikuti rombongan
hari ini iaitu Lynn, Zura, Moja, Yusendra & Aslam.
Perjalanan agak jauh. Sebab itu kami mula berkumpul
seawal jam 8.30am dan mula bertolak dekat jam 9.00am



Kira-kira jam 10.15am kami pun sampai la juga di
halaman rumah pengantin ni. Tuan rumah telah
memilih tema hijau. Dari pakaian, khemah,
alas meja, bunga telur, bakul hadiah, hampir
semua hijau la. Nasib la makanan nda hijau.




Sempat la juga kami bertemu kak cc baru kita
ini dan juga anaknya, siapa lagi kalau bukan
Kak Min, yang juga akan melapor
di tempat baru, IPD Kepayan.

Begini la aksi2 ketika makan....



Begini la suasana di tempat majlis perkahwinan,
jemputan memang ramai. Semasa kami makan,
tetamu nda putus2 datang. Biasalah anaknya
yang pertama melangsungkan majlis kawin ni.





Ni pula da time nak balik da kira2 jam 11.00am.
Yang bikin lawak ni bila Kak patimah suruh
bini-binian ni balik cepat2. Bukan apa,
sebab time balik baru Kak Patimah bagi
bakul hadiah dengan Moja & Aslam.
Yang 3 orang ni apa lagi nda la puas hati
sebab durang nda dapat bunga telur. Jadi
bising la durang dengan Kak Patimah, mau juga
minta....Naa skali nda dilayan. Terus disuruh
cepat2 balik (ala2 kena halau pun ada). Hahaha...




Memang dah kami plan awal2 dah lepas dari rumah
pengantin ja terus ke Sipitang. Mau makan
buah-buahan kunu. Yusendra & Aslam tidak ikut
kami ke Sipitang, durang terus saja balik ke KK.



Tapi sebelum tu, kami mencari tandas la dulu.
Si Moja nda dia mau guna tandas di restoran2.
Jadi menyinggah la tandas di Stesen Keretapi Beaufort.




Cumanya bila keluar ja dari kereta, kami ni apa
lagi asyik ambil gambar ja. Yala bukan selalu
menjejaki di tempat orang. Si Moja hampir
4 tahun tidak ke sini, Lynn pun dalam 4,5 kali
ja singgah. Si zura pula kali kedua la sampai
di Beaufort ni.




Pekan Beaufort memang selalu banjir.
Tengok macam gambar ni....




Jalan punya jalan, sampai la juga di Pekan Sipitang
kira2 jam 12.15pm. Benda pertama yang kami
cari iaitu Maybank

Tengok la aksi si babu ni...
macam mencuri ja kerjanya. Sampai
bertinting lagi. Bukan seorang, tapi
dua2 babu tu sama ja. Tapi si baju hijau
tu kontrol kunu, padahal dia sendiri
silau menengok skrin bank tu.




Sampai ja di tamu, kami apa lagi terus la,
belek2, tawar menawar, rasa merasa.
Sekarang ni pula da masuk musim durian,
memang bertimbun la durian tu di sini.
Manggis, cempedak & rambutan
be ampaian, tinggal mau di beli ja.



Ni la hasil belian kami....
Penuh juga la di bonet belakang tu.



Tiba-tiba si Zura ni kelaparan lagi. Jadi
dia pun bising2 la suda mau cari makan. Si Moja
pun keikutan lapar. Padahal baru jam 1.00pm.
Memandangkan agak panas juga di pekan ni,
kami pilih ja la makan di KFC.



Habis ja makan...kami sempat la pi lepak2
di waterfront, betul2 depan dengan
Pekan Sipitang.






Begini la pemandangan tepi laut Sipitang



Ni pula di jeti ...







Selesai ja di Pekan Sipitang...
kami pun bertolak balik la pulang.
Tapi sebelum tu kami sempat la singgah
ke kampung Zura di Papar untuk menghantar
barang buah yang dibeli untuk beliaunya.
Kesian Zura .. penat betul dia
gara-gara berjalan & bergambar ...



Sudah adat orang2 di sini, walau singgah
sekejap pun kena jemput naik juga ke rumah.
Mau nda mau....naik juga la. Akhirnya berjumpa
juga dengan mama si Zura ni.




4 comments:

Anonymous said...

best ooooooooooo... cam aku mo jln balik..hehehe..

Moja said...

enjoy la juga skali skala jalan2 ni..
nex trip lepas puasa la, jalan2
beraya rumah yg jauh2...

~Lynnz~ said...

antara pigi beraya di Kudat atau Tambunan lah tu kan .... hehehe

Moja said...

blh ba...
tp aku hidang air "diamond la yang paling sedap" blh kannn....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...