Sunday, January 17, 2010

Majlis Kenangan



Seperti yang sudah sedia maklum, Ketua
Unit Kewangan iaitu Puan Noramiza akan
bertukar ke Unit Urusetia pada 18 Januari
2009. Pada hari jumaat lepas, krew kewangan
sempat meraikan majlis perpisahan bagi
mengingati jasa dan kenangan beliau
sepanjang menjadi ketua unit krew
kewangan.




Walaupun aktiviti yang dikongsi kali ini
juga lebih berbunyi makan-makan (hehe.!!)
namun majlis yang diadakan ini adalah tanda
untuk menghargai sumbangan beliau.
Sumbangan yang membawa aspek perubahan
pemantapan jentera dan unit ini seperti
dasar, peraturan dan kerjasama. Di majlis
ini juga, Puan Noramiza sempat memberikan
tips untuk mengekalkan unit ini sebaik mungkin.
Kerjasama, semangat berpasukan, jalinan
hubungan krew kewangan, disiplin kerja
adalah antara yang terbaik pernah beliau
terjumpa sepanjang perkhidmatannya.




Atas permintaan puan, ucapan terima kasih wakil
dari krew kewangan kali ini adalah, azura sebagai
pembuka kata majlis ini. Tetapi disebabkan terkejut
apabila dipilih, dia tidak bersedia dan terpaksa
mozaid mengambil alih walaupun hanya sepatah
dua sahaja ucapan yang diberikan.
Bagi menu pula, antara yang disediakan pula adalah
seperti kek, soto daging, ayam goreng,
udang butter, ikan masin dan sayur kubis.
Memang semua menu sedap dan menyelerakan.
Dikesempatan ruang yang ada, kami krew di unit
ini berterima kasih atas tunjuk ajar, pimpinan,
teguran, idea, termasuklah juga sumbangan lain
seperti belanja makan KFC, pizza, McD, dinner
dan sekecil bentuk sebesar rasa, kuih kasui.
Jangan lupa singgah-singgah kami selalu,
dan jika ada makanan lebih panggil lah kami ya.
Jasa mu tetap dikenang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...