Monday, February 8, 2010

Trip to Langkawi Part 2

Ok … sambung crita moja, sebaik check-in hotel semalam, kami bertiga rasa sungguh letih. Mana taknya, check-in pun dekat jam 6 petang dah. Nasiblah kami wat keputusan tuk pigi makan dulu sebelum check-in. Tedalah banyak yang dibuat malam pertama kat sini, memasing dah penat jadiknya semua masuk tido awal dalam jam 9.30 – 10.15 malam, sbab memang penat gilalah perjalanan kami.

Sok paginya, kami berbincang ke mana destinasi yang akan kami pigi. Moja mencadangkan kami melawat tempat-tempat belah barat pulau. Saya & Airin ok jak. So kami pun memulakan perjalanan kami pada jam 10 pagi.

First place yang kami tuju is ke Cable Car yang terletak dekat ngan area Pantai Chenang. Tapilahkan … buli buli kami tersalah jalan, tersampai plak kami dekat ngan Padang Beras Terbakar. Alang-alang sudah di sana … kami pun singgahlah melawat. Dah sampai ke lokasi … kami shopping kejap tuk family memasing. Ada juaklah souvenir yg kami beli tuk diri kami – gambar kami bertiga dalam piring. Hehehe jangan ada yang jeles plak ngan kami pas nie yea.










Lepas dari Beras Terbakar …. Kami sambung ke Cable Car. Bila hampir sampai ke destinasi, Airin mencadangkan tuk ke Telaga Tujuh dahulu, yang terletak berhampiran dengan Cable Car. Kononnya, bila di Telaga Tujuh nanti taklah lama sangat. Bila dah naik Cable Car, lamalah nanti kami lepak sana. So … pigilah kami ke Telaga Tujuh dulu. Sesampai jak ‘MAKOOOOOIII … Tingginyaaaa!!!!!’ Ada dua pilihan, nak naik guna jalan besa jak atau guna tangga. Kalau nak guna jalan besa, jalannya sungguhnya curam ... jadik kami wat keputusan mok guna tangga. Saya ngan moja tak brapa konfiden Airin bley naik, Airin sendrik pun tak konfiden. Maka dia tunggulah kat bawah, manakala saya & Moja mencuba nasib naik atas. Kami berdua serta beberapa pelawat pun pigilah … rasanya baru suku perjalanan kami dah tercungap-cungap dah. Bukan setakat kami berdua, tapi juak beberapa pelawat tempatan yang pigi bersama-sama kami. Kami kuatkan jak semangat tuk teruskan … kalu tak sampai pun ke Telaga Tujuh … kononnya sampai Air Terjun pun jadiklah. Tapi Air Terjun pun kami dah tak mampu bab, bila dah sampai ke lokasi … kena sambung lagi jungle trekking, ntah brapa jauhlah air terjun tu. Hahaha ….






Rehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Lepas rehat barulah kami gerak ke Cable Car. Seronok tak terkatalah bila dah naik Cable Car tulah … betapa cantiknya pemandangan ciptaan Tuhan.









Dari Cable Car … tak sedar dah hampir jam 3 petang. Baru plak terasa lapar. Kami pun singgahlah kat Food Court dekat area Cable Car. Ala … makanan yang di oder pun besa besa jak … tapi ada yang memikat ati pada menu gerai tempat kami makan. Jus yang dijual pelik-pelik namanya …. Tengoklah sendrik

Lepas makan, kami pun sambung perjalanan … instead of balik ikut jalan yang kami lalui tadi, kami ikut jalan lain. Kununya mok pigi Tasik Datai. Sekali jalan, punyalah jauh … pertengahan jalan kami patah balik. Jalan punya jalan … terlimpas plak kami ngan Mardi Agricultural Centre. Tengok jam, tinggal sejam lagi sebelum ia ditutup. Jadik plan soklah pigi bab takut nda puas jalan sana nanti.

Sampai apartment dah 5 petang. Kununnya sambung jalan belah malam around 7.30 petang / malam. Kat sini 7.30 nya masih lagi terang. Tapi bila sampai masanya .. memasing dah letih tuk berjalan. Jadiknya tinggal kat apartmentlah … makan meggi, roti & kek.

1 comment:

BOBOayeeN said...

rindulah dgn memory ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...