Monday, February 15, 2010

Percutian di Korea ( Bhgn 1 )


26 pegawai & kakitangan PPPNS bertuah telah terpilih untuk mengikuti percutian ke Korea bersama-sama dengan PKN dan keluarga. Unit kewangan bersyukur kerana 6 wakil bertuah yang terpilih … Encik Ag Azli, Rahmah, Moja, Airin, Lynn dan Zurah. Dalam kesempatan ini, Airin membawa ibunya dan Zurah honeymoon dengan husbandnya hihihi ...


Rombongan seramai 34 orang telah bertolak dari LTKK pada 13hb Februari jam 1:00 pagi. Ada yang mula berkumpul di airport seawal 8:30 mlm bagi memudahkan proses check-in. Keterujaan untuk ke Korea nampak di wajah masing-masing. Ada yang sudah merancang aktiviti yang hendak dilakukan sesudah sampai disana terutamanya di tempat ski. Sewaktu check-in luggage ada juak kerisauan disebabkan terdapat seorang dua ahli rombongan terlewat tiba di airport. Tapi alhamdulillah sempat juak diorang sampai tiba sebelum kapal berlepas.

Setibanya di airport Korea iaitu lebih kurang jam 6 pagi… hurmmmm bau haruman salji dan kedinginan suasana memukul kalbu wat diriku dan teman-teman lain. Aktiviti pertama yang dilakukan sewaktu tiba di airport adalah menuju ke tandas untuk memakai long-john / baju sejuk. Selepas mengambil bagasi memasing .. semuanya berkumpul diluar dimana tour guide menunggu. Sesudah semuanya selesai, kami dibawa ke bas dan dibawa ke Itaewon. Sepanjang perjalanan, sesi pengenalan antara tour manager (mak aisyah) dan tour guide dari Korea (Bob Lee). Kami juak telah dibriefkan apa yang perlu & tidak patut dilakukan sewaktu berada di Korea serta pegenalan tempat-tempat yang dilalui serta tempat-tempat yang akan dilalui. Perhentian pertama kami adalah di bandar Itaewon. Aktiviti sewaktu disana adalah bebas - snap gambar. shopping tak dapat dibuat sangat disebabkan banyak kedai belum buka - kurang pasti samada hari tersebut adalah hari cuti atau kerana waktu tersebut adalah masih awal, belum tiba masanya waktu berbuka.

Selepas sejam di Itaewon, rombongan telah dibawa ke Namson Hanok Village – Kampung Budaya Korea. Sesi pengenalanlah kunu cara kehidupan orang-orang kampong Korea dahulu. Kebetulan sewaktu tiba ditempat tersebut, persiapan rakaman persembahan sedang rancak dibuat. Dapat juaklah peluang tengok persembahan & kalau ada yang bernasib baik, kemungkinan ada agaknya muka-muka yang bertuah masuk tv Korea … hahaha Apa-apa pun best sungguh pemandangan / landskap village nie. Dari Namson Hanok Village, kami dibawa ke bandar Itaewon sekali lagi untuk makan tengahari di Taj Palace. Di situ juak, kami bertemu semula dengan 2 ahli rombongan iaitu ibu Airin dan Suraini yang telah dibawa ke hospital oleh Bob kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Selepas makan tengahari destinasi selanjutnya pada hari pertama adalah ke Pulau Nami, lokasi penggambaran drama popular Winter Sonata dibuat. I tell you ah … memang very beautiful dis pulau. Persinggahan kami di pulau ini hanyalah 1 ½ jam. Memang tidak mencukupilah masa yang diberi, hinggakan saya serta 4 lagi ahli rombongan lewat kembali berkumpul di bas sepertimana yang dijanjikan. After dari Nami Island, kami bertolak ke tempat penginapan iaitu di Vivaldi Park Resort di Gangwon City. Sebelum tiba di resort, kami di bawa ke satu tempat untuk mengambil set pakaian ski yang akan digunakan pada keesokan hari. Setiba di resort, kami dibawa makan makanan Korea. Makanan yang dihidangkan adalah steamboat tomyam seafood, sayur (bayam), kacang goreng manis & fishcake. Rasanya tak ramai yang berselera makan waktu tu, sebab bila di tengok baki setiap meja ... masih banyak lagi hihihi

Sebahagian pemandangan-pemandangan yang sempat diamik untuk tatapan semua ...

4 comments:

Moja said...

airin bwa mamanya..
zurah bwa hubbynya..
rahmah...???

part yg paling best is sejukkk dan
minum yang panas2..

Fuad Abdullah said...

nice story..
i baru je balik dari korea..
and mse kat nami island memang best..
romantic pon ada..
dorang siap buat board psl drama winter sonataa ag..
insyALLAH tahun dpn g lagi..
huhu

~Lynnz~ said...

thanx fuad for visiting our blog.
korea memang tempat menarik, esp nami island n tempat ber'ski'.
insyaallah planning untuk ke sana lagi tahun depan.
btw ur blog is very interesting.

Fuad Abdullah said...

hm btw lynnzz
bile u all nk pergi..
myb next year myb pergi sorang2 je..
lgpun umo fuad baru 17 thun..
thun dpan 18 ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...