Monday, February 22, 2010

Percutian di Korea ( Bhgn 4 )

Hari terakhir di Korea. Tak banyak tempat yang dilawati oleh kami. Hari ini kami habiskan masa dengan bershopping. Seawal jam 7.15 pagi sesi check-out dari hotel yang kami tinggal - Best Western Seoul Garden Hotel. Sementara menunggu ahli rombongan lain berkumpul, sesi fotografi sekitar kawasan hotel berlangsung. PKN serta keluarga tidak ketinggalan untuk bergambar bersama.





First stop is restoran Maharaja untuk sarapan. Sewaktu tiba di restoran tersebut, terdapat 1 lagi rombongan dari Malaysia sedang bersantap. Keadaan dalam restoran agak padatlah. Dalam waktu bersantap, ada jugak member member nakal cuba nak tackle awek, tapi cara tackle diorang nie pun malu malu kucing hehehe … saya tertarik pada satu sudut yang mana terdapat beberapa keping gambar yang terpampang pada dinding restoran tersebut. Gambar-gambar yang dipampang kebanyakannya adalah gambar pelawat / pelajar Malaysia bersama-sama dengan pemilik kedai dan juga Bob. Ada juga muka yang dikenali diantara gambar tersebut iaitu bekas pembaca berita TV3 – Zalina Azman.



Selesai bersarapan, kami dibawa ke area menjual kain sutera. Sebahagian besar rombongan ikut Bob ke tempat menjual kain manakala sebilangan kecil merayau-rayau di kawasan pasar yang berdekatan. Kebolehan tawar menawar digunapakai dalam proses pembelian sungguhpun tidak memahami bahasa korea. Destinasi seterusnya ke Doosan untuk pembelian souvenier buat famili dan member. Tak banyak gambar diambil, almaklumlah sibuk memilh barang ...







Lepas shopping ... makan time. Bob bawa kitorang makan kat Korean restoran. Menu yang dihidangkan ... steamboat, kimchi, kimbab, telur goreng campur sotong dan ikan sardine bakar.


Selesai makan, kami dibawa ke Ittaewon. Di sini rombongan dibagi peluang untuk bershopping sendiri. Ada yang saja saja jalan dan ada yang tinggal dalam bas sebab duit won dah habis dibelanja atau dah tak larat lagi nak berjalan.

Dari Ittaewon, kami terus dibawa ke airport. Alangkah bagusnya kalau dapat amik gambar sewaktu tiba sebab memasing sibuk masukkan barang ke dalam beg memasing. Macam saya sendiri menghadapi masalah apabila extra beg yang dibawa tetiba rosak ... dan terpaksa dibawa sebagai hand luggage. hehehe ...
Adalah satu tragedi berlaku masa nak masuk ke departure, hampir salah seorang ahli rombongan tak dapat lepas dari imigresen gara-gara nama dalam tiket dan passport tidak sama. Nasib jak ada beberapa orang staring yang belum masuk, diorang nielah yang menyelamatkan keadaan.




Percutian ke Korea menyeronokkan. Berbaloi rasanya kerja keras yang dibuat sebelum ini apabila dihadiahkan peluang sebegini. Terima kasih kepada PKN kerana mengadakan percutian sebegini, diharap tahun mendatang, peluang seperti ini diadakan lagi ... barulah semangat bekerja.

3 comments:

Moja said...

Part yg lepas breakfast yg mau pi bas, sapa yg mau kena kiss oleh negro tu ahhh...!!!! hehehe...
kecut perut si kawan.

~Lynnz~ said...

alamak ... terlepas aqu yang tue. sepalah kunu mau kena kiss tue??

Moja said...

sapa lagi kalau bukan Fauziah. Hehehe..!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...