Friday, February 19, 2010

Percutian di Korea ( Bhgn 3 )

Sesudah penat hari kedua dengan bermain ski dan ke taman tema, perjalanan pada hari ke 3 bermula dengan lawatan ke pusat pembuatan kimchi. Seawal jam 7.15am lagi kami sudah berada di Kimchi School ini untuk mempelajari asas pembuatan kimchi yang mana bahan yang digunakan dalam sesi ini adalah sayur kubis.







Setelah sesi pengenalan kepada kimchi selesai, kami seterusnya di bawa ke bilik bersebelahan untuk memakai pakaian tradisional Korea. Hampir kesemua peserta mencuba untuk bergaya dengan pakaian tradisional ini. Ada yang rupa macam burung merak, ada yang kelihatan seperti maharaja china, macam hulubalang pun ada. Memang kesemua peserta yang mencuba memakai pakaian ini berpuas hati.







Seterusnya kami singgah untuk melawat Dae Jang Geum Theme Park iaitu tempat set pengambaran drama Dae Jang Geum. Di sini juga, hampir kesemua tempat kawasan dilitupi salji. Seperti biasa, rombongan ini sentiasa berpecah yang mana masing-masing sibuk untuk mengambil peluang bergambar di tempat yang menarik. Dari pintu masuk sehinggalah ke king’s residence, dapur, penjara dan yang paling hujung iaitu tempat penyimpanan arak, masing-masing dengan aksi dan posing tersendiri.











Setelah siap membuat lawatan, kami sempat membuat lawatan ke ladang strawberry yang terletak berhampiran dengan perkampungan drama ini. Memandangkan guido kami sedang menikmati minuman panas bersama-sama dengan Tn.hj dan beberapa lagi pegawai lain yang masih berada di perkampungan drama, sebilangan ahli rombongan telah mendahului lawatan ke ladang ini. Walaubagaimanapun, disebabkan masalah teknikal dan komunikasi, rombongan kali ini membawa kenangan lucu apabila dilayangkan kata-kata Korea dari pemilik ladang yang mungkin berbunyi kesat, marah mahu pun geram. Yang kami, 1 patah perkataan pun langsung tidak paham. Jadi kami beranggapan rombongan kami dimarah dan dihalau keluar dari ladang disebabkan sesuka hati saja masuk, makan dan menapau strawberry ini. Hahaha...!!!




Nasiblah juga, setelah guido kami datang, sedikit sebanyak pertikaian dapat diatasi. Ada sebilangan ahli yang tidak sempat masuk ke ladang tidak lah juga kempunan merasa fresh strawberry yang baru dari ladang apabila pemilik ladang sanggup untuk menjual 2 bakul kepada guido kami setelah insiden berlaku.



Seterusnya kami sempat menyinggah ke pusat jualan ginseng yang mana kualiti ekstrak ginseng adalah yang terbaik di sini. Walaubagaimanapun kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.

Perjalanan berhenti sebentar untuk menikmati hidangan tengahari yang berkonsepkan makanan korea di Ittaewon. Menu adalah steamboat, kimchi, ikan sardine goreng. Masing-masing makan lauk hanya setakat sekali dua saja bertambah. Namun pihak restoran sempat menyediakan telur mata lembu yang mana membangkitkan selera makan, tambahan pula Ibu Aisyah juga menyediakan kari ayam yang dibawa dari KL. Apalagi, masing-masing terus bertambah nasi. Berselera habis...!!! Betul-betul tambirang.







After makan (gini la si bob selalu cakap), kami melawat Istana Gyeongbokgung. Tapak yang penuh sejarah Dinasti Joseon. Di sini lah antara tempat yang paling sejuk kami lawati berbanding di tempat lain. Memandangkan keadaan cuaca yang amat sejuk, kami hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk bersiar-siar di sekitar istana ini. Kami diberitahu, suhu pada masa itu mungkin mencecah di antara -3 hingga -6.



4 comments:

Anonymous said...

bah...mana bhgn ke-4 ni??

Fuad Abdullah said...

lynn please beritahu kamu semua pergi bawah agency pelancongan ape..
and ada melawat kukkiwon x..
sbb i bercadang nk pergi balik ke sana dgn seorang diri

Moja said...

kami guna agenci pelancongan yg ada di kk ni. xda pula lawat kukkiwon. ada apa di sana?? Insyallah nex year x halangan rombongan kami ke sana lagi.

~Lynnz~ said...

betul cakap c moja tu .. insyaallah kami akan ke sana kali kedua. Kami masih lagi mensurvey agent. Kukkiwon akademi taekwondo kan?? so far tiada yang mencadangkan untuk ke sana tapi keinginan untuk ke DMZ tu ada. tapi itu smua baru dalam perancangan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...