Sunday, February 7, 2010

Trip to Langkawi Part 1

Seperti yang suda sedia maklum saya (Moja), Lynn dan Airin
telah memilih tarikh percutian pada 05hb Februari 2010 sejak
bulan Julai 2009 lagi. Tiket masa tu kira betul2 murahlah,
KK-KLIA-Langkawi pergi-balik baru RM460 saja. Perjalanan kami
dengan menaiki MAS yang mana tiba di Airport Langkawi pada
jam 3.00pm. Ketika pesawat yang kami naiki baru berlepas ke
KLIA, boleh2 la saya pening kepala dengan rasa mau muntah.
Mungkinlah disebabkan duduk di sebelah tingkap dan asyik
tengok permandangan di luar sahaja.



Perjalanan dari KLIA ke Langkawi mengambil masa 1 jam
perjalanan. Syukurlah tiada masalah yang timbul sepanjang
perjalanan dan sehinggalah tiba di Airport Langkawi. Selesai
sahaja mengambil beg kami meneruskan langkah permulaan
di Langkawi ini dengan menuju ke kaunter kereta sewa.
Kami mengambil keputusan untuk menyewa proton wira
yang mana kami mendapat tawaran harga selepas diskaun
iaitu RM 50 sehari.


Sudah elok semuanya, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan, Century Suria Apartment yang terletak di Pekan Kuah. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari airport. Beginilah keadaan apartment yang kami sewa sepanjang 6 hari berada di Langkawi.



1 comment:

nieragh said...

hminta puji kamu sana....ndak mengajak sama kami...ndak mo kawan lah..merajuk da ni..kejam...~!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...