Thursday, February 18, 2010

Percutian di Korea ( Bhgn 2 )


Hari kedua di Korea dimulakan dengan aktiviti ski. Woohoo..!!! Rasanya semua ahli rombongan tidak sabar lagi untuk bermain ski ni. Kami semua diminta untuk turun seawal jam 6.45am dan bersarapan pada jam 7.00am. Walaubagaimana pun ramai ahli rombongan kurang tepati masa disebabkan sebahagian besar turun jam 7 lebih. Mungkin mereka lebih selesa bersarapan di bilik masing-masing dengan makanan yang dibawa sendiri berbanding menu yang ada di hotel. Namun, insiden yang lebih malang lagi, member sebilik Faiz dan Hakim lagi terbabas, jam 8.30am baru turun. Lena diulit mimpi. Haha..!!



Cuaca di tempat ski ni tidak la sesejuk seperti di tempat lain. Mungkin disebabkan terlalu banyak pergerakan dan menaiki aras yang tempat tinggi. Kami diberi masa bermain 3 jam sehingga jam 11.30am. Tiba masanya skiiii...!!!!



Memang 100% semua yang bermain ski akan jatuh. Begitulah juga dengan kami semua. 1st time katakan. Memang best juga kalau terjatuh sebab tidak terasa sangat pun sakitnya. Alhamdulillah tiada yang cedera teruk mahu pun yang terseliuh.



Group pertama yang bermain tanpa menunggu arahan. Disebabkan lambat memakai peralatan ski dan kasut, jadi group kedua pula sempat mendengar arahan cara-cara bermain ski terutamanya cara untuk menaiki aras yang lebih tinggi. Lucunya, saya dan Sarah yang langsung tidak bergerak untuk melakukan pergerakan menaiki aras yang tinggi sikit. Licin bah tu. Rata-rata semua enjoy bermain ski.




Penat bermain ski, kami diberikan tiket untuk menaiki gondola (Cable Car) untuk ke puncak tempat bermain ski ni. Permandangan di atas memang menakjubkan. Kiri, kanan, depan, pokok, bukit semuanya putih.




Setelah siap semua mengambil gambar, aktiviti snow fight pun bermula. Antara yang beraksi iaitu saya, Lyn, Zura, Sharun, Betcilla dan Hamiza. Memang gila la time tu. Tidak kira sejuk ka, sakit ka, langsung tidak diambil peduli, yang penting baling bola salji tu. Ini la kemuncak bermain salji.









Jam 12.00pm kami pun diarahkan untuk balik semula ke penginapan untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu ke Lotte World, taman tema terbesar di Korea Selatan.




6 comments:

nioz_jann said...

waaa...pic pasangan bahagia tu mahal tu tau :p

Anonymous said...

mozaid...minta gambar yg sya posing saturang tu!! hehehe -Sarah-

Moja said...

Buli bah.. tapi 5000 won. Ada?? Hehe..!!

ada 1 lagi tu gambar posing mcm iklan shampoo. hehe.

Anonymous said...

aisey..demand mcm si philip juga ko ni ah..nanti mcm si su jadinya, keteguran trus membayar harga gambar hahaha..bah nanti hari 1 la sya turun pi bawah meng-copy gmbr2 tu suma..kasi murah2 la ba sikit..5000 rupiah ka hehe

~Lynnz~ said...

suka tul tinguk gambar kita 5 urang

Moja said...

Si philip tu lain. Suka2 nya saja menggambar. Yang sy ni kena suruh, jadi demand la skit..hahaha..

kalau 5000 rupiah, baik bagi free ja. Hehe.

Lyn..mau di print tu gambar kita kasi 5s.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...