Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Trip To Langkawi Part 5

Perjalanan pada hari-hari terakhir hanyalah setakat bersiar-siar di sekitar Pekan Kuah terutamanya di shopping complex. Pada sebelah paginya, kami hanya menghabiskan masa berehat di apartment sahaja. Dan kami hanya memulakan perjalanan pada jam 1.30pm. Lokasi pertama kami tuju iaitu Billion Duty Free (Da lupa nama tempatnya). Di sini kami setakat makan tengahari. Tiada yang menarik sangat di kompleks ini.
Seterusnya kami menuju ke shopping complex yang terbesar di Langkawi ni iaitu Langkawi Parade. Di sini harga barang terutamanya pakaian dan coklat lebih murah berbanding di pekan atau tempat lain.



Memandangkan mood kami ni ok, kami mengambil keputusan untuk teruskan bersiar-siar. Lebih kurang jam 5pm kami merentas laluan ke Padang Matsirat untuk mencari pusat jualan gamat. Pusing punya pusing, hamper 30minit juga lah mencari, akhirnya sampai juga di area Rojam, jalan ke arah Makam Mahsuri. Saya dan airin membeli hamper setiap jenis minyak urut di kedai ini.



Kami sempat juga berhenti di tengah jalan persimpangan ke arah Makam Mahsuri untuk menikmati panorama petang di bendang sawah. Pemandangan memang menarik dan menakjubkan.






Dalam perjalanan juga, kami sempat berhenti untuk menikmati pulut cendol. Sebelum pulang, kami sempat bersiar-siar ke Pantai Cenang. Di sini juga merupakan pusat aktiviti pantai, beli-belah dan makan. Aktiviti malam di sini juga aktif berbanding di tempat lain yang ada di Langkawi.



Sampai saja di apartment, kami menjamu selera, KFC. Hahaha.




Setelah berada selama 6 hari di Langkawi, tiba masanya untuk kami pulang. Penerbangan dari Airport Langkawi adalah pada pukul 1.15pm dan dari KLIA ke KK pula adalah pada pukul 3.15pm dan kami selamat tiba di KKIA pada jam 5.40pm.






Selamat tinggal Pulau Langkawi



Trip to Langkawi Part 4


Hari baru cerita baru .,. permulaan baru. Hari ini kami memulakan perjalanan kami lebih awal dari dua hari sebelum iaitu pada 9.00 pagi. Hari ini kami putuskan untuk ke Dataran Lang sebelah pagi so that taklah kami berjemur di bawah matahari yang terik and also supaya kami dapat amik gambar-gambar kenangan yang best. Setibanya kami kat Dataran Lang, sesi fotografi pun bermula. Inilah hasilnya …




Sejam lebih kami kat Dataran Lang, selain mengamik gambar diri memasing … pemandangan laut dan angin laut dinikmati, terasa aman bila lepak kat sana. Puas lepak kat sana, kami pun bergerak ke Underwater World. Entrance fee adalah RM24.00. Sebaik masuk, kami diminta berdiri di satu sudut untuk bergambar. Kat dalam nie … banyak hidupan laut yang dapat dilihat, ini termasuklah ikan jerung, jellyfish, ikan air tawar terbesar yang hidup di sekitar kawasan hutan amazon dan macam-macam lagi lah. Tapi antara semua, yang paling menciut hati bukan saja kami bertiga tetapi pengunjung lain adalah Penguin Africa. Tak sangka pulak kami dapat lihat penguin-penguin ini secara dekat. Sayangnya, kami tak dapat mengamik gambar-gambar yang menarik sewaktu di Underwater World nie, namun kami cuba juak mengamik video-video menarik sebagai kenangan.





Penat meround, kami amik keputusan tuk balik ke apartmen tuk berehat. Kaki memasing dah mula sakit-sakit akibat terlalu banyak berjalan (patutlah banyak sangat spa & reflexology di Langkawi nie). Sebelum balik, kami singgahlah di kedai makan yang berdekatan ngan Underwater World tuk membeli makanan.

Around 6.30 petang, kami sambung berjalan. Kali ini, destinasi kami adalah membeli coklat dan sudu kat kawasan Pekan Langkawi. banyak juak yang kami beli, terutamanya coklat ... kalu digabungkan bersama, adalah jumlah pembelian coklat dalam RM300.00.

Tuesday, February 9, 2010

Trip To Langkawi Part 3

Perjalanan kami hari ni bermula jam 10am juga. Destinasi sudah dirancang iaitu menjelajah di sebelah timur dan tengah pulau. Antaranya Bird Paradise, Galeri Perdana, Tapak Air Hangat dan Makam Mahsuri.

Lokasi pertama yang dituju adalah Bird Paradise, Wildlife Park. Bayaran masuk seorang RM12. Di samping itu, kami membeli makanan untuk haiwan dengan harga RM9. Amat berbeza dengan taman burung atau zoo lain kerana di sini hampir semua burung dan haiwan lain boleh dipegang dan boleh diberi makan oleh kita sendiri. Bila kami melangkah masuk, sangkar pertama yang kami lawat iaitu Burung Kakak Tua. Hehehe betul-betul kami teruja dengan gelagat burung ini. Memang jinak habiss. Siap kami bagi makanan lagi.


Kami juga berpeluang memegang Burung Enggang. Tengok lah reaksi kami ni. Hehehe…


Sebelum kami memasuki sangkar yang tertutup, sempat la bersua mesra dengan mereka yang lain ini. Sambil-sambil juga kami menghidangkan kudapan ringan. Antaranya Flamingo, Kancil, Itik, Buaya, Burung Nuri, Kera, Monyet, Rakon, Kuang Perak dan Tuntung.

Kami sekali lagi teruja apabila memasuki sangkar yang tertutup. Kami bertiga dikelilingi oleh Burung Serindit ketika memberi makan. Betul-betul la…

Selesai di sangkar, kami ke ruang terbuka semula. Dan kali ini kami berpeluang memberi makan kepada Burung Merak, Keldai, Burung Unta dan Arnab. Begini la aksi kami ketika memberi makan warga taman ni.

Di akhir lawatan dalam taman ini, kami berpeluang memegang dan bermain dengan Burung Helang, Kakak Tua dan Burung Nuri yang jinak dan tidak dijaga langsung. Jadi kami pun mengambil masa yang lama, beramah mesra dengan burung ini.


















Perjalanan seterusnya adalah ke Galeri Perdana. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 seorang. Di sini semua koleksi dari Tun Mahathir Mohamad disimpan di sini. Dari gambar & potret, pemberian hadiah dari diplomat luar negara, anugerah, bintang dan darjah kebesaran, koleksi barangan sumbangan sepanjang menjadi Perdana Menteri dan banyak lagi.






Di jam 2.30pm pula, kami singgah sebentar untuk berehat di Tapak Air Hangat. Di sini kami berehat dengan merendamkan kaki di dalam kolam air. Tahap kehangatan air bolehlah dikatakan suam kuku. Sederhana panas.

Di kala petang yang hangat, tambahan pula dengan kepenatan dan kelaparan, kami menyinggahlah makan tengahari pada pukul 3.50pm. Hehehe!!! Jamuan makan kali ini biasa-biasa saja. Cuma bezanya kali ini, masing-masing minum 2 gelas. Habis lagi tu. Haha..!!!





Destinasi yang terakhir hari ini iaitu Makam Mahsuri. Bayaran masuk dikenakan RM5 seorang. Sayu mendengar dendangan lagu yang kedengaran di hadapan pintu masuk. Tambahan pula ketika membaca sejarah hukuman yang dikenakan ke atasnya. Bila memasuki halaman rumahnya, kami dapat gambarkan bagaimana kehidupannya ketika dahulu kala. Pengalaman menjejaki rumahnya merupakan detik yang amat bernilai.


Setelah selesai lawatan perjalanan hari ini, kami pun terus pulang ke apartment dan tiba pada jam 6.30pm.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...