Tuesday, May 25, 2010
Nak Wat Camna Lagi 5S Nie???
Monday, May 24, 2010
SPA IKAN ( FISH MASSAGE )
Kebetulan saya serta keluarga berada di Ranau, jadi kami pun menyimpanglah ke kampung ini. So far apa yang saya dengar … yang menarik perhatian adalah ikan-ikan yang telah dijinakkan. Tapi bila tiba di tempat tersebut, barulah saya tahu bahawa terdapat aktiviti lain seperti jungle trekking, berkhemah dan yang terbaru adalah white river rafting. Difahamkan juga terdapat penginapan disediakan ditempat tersebut untuk pelawat yang datang dari jauh … tapi secara peribadinya, saya sendiri tak nampak dimana letaknya penginapan yang dimaksudkan.
Difahamkan terdapat dua tempat untuk pelawat merasai pengalaman diurut oleh ikan pelian (nama ikan yang dibagitau kepada kami), 1 adalah tempat dalam gambar yang disertakan dan yang satu lagi kena masuk ke dalam lagi dan saiz ikan-ikan tersebut adalah lebih besar. Pengalaman sewaktu diurut ikan .. sangat-sangat menggelikan, tapi lama-kelamaan .. naik syok plak. Sambil-sambil diurut tue, kesempatan diambil untuk memegang (membelai) ikan tersebut.
Tuesday, May 18, 2010
Karnival Sukan

Hero-hero kita nie dikatakan telah berjaya memenangi pertarungan tetapi telah kecundang apabila dikehendaki bermain lagi. Kurang pasti bagaimana peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh HQ. Wakil krew kew dalam team futsal ini adalah Nafi serta En. Awg Azli selaku Pengurus Pasukan.TEAM PING PONG



Kalah pada kedua-dua pusingan. Apa yang membanggakan adalah penyertaan Tn Hj Matusin sendiri. Wakil krew kew dalam acara ping pong adalah En. Awg Azli, Anizah & saya sendiri.
TEAM BADMINTON
Semangat Thomas Cup dibawa bersama-sama team ini memandangkan perlawanan Thomas Cup sedang berlangsung. Nasib yang sama terpaksa dihadapi oleh team ini setelah bertungkus lumus untuk menebus kekalahan dua permainan yang diikuti sebelum ini. Rahmah & Anizah antara krew kew yang terpilih untuk jadi pemain.
Saturday, May 15, 2010
Lokan Panggang


Dalam menanti sampai lokan yang dipesan, sempat pulak nurul memerhati semut-semut gigih bekerja. Bukan setakat memerhati tapi juga, merakam saat-saat tersebut ...Thursday, April 29, 2010
Kg Nelayan
Bulan April semakin dipenghujungnya … sambutan makan malam yang kononnya untuk celebrate harijadi kami teruskan juak, sungguhpun tidak cukup korum. Makan malam, malam nie kami buat sekadar suka-suka saja hehehe ..
Berlokasi di Kg Nelayan … moja, zura, nurul, aqu, diana & husbandnya, irwan memulakan pertempuran. Airin masih lagi sakit, Nafi tak dapat join sbab sakit dari bermain futsal, Rahmah plak dah berlepas ke Medan.
Nurul & zura .. awal awal lagi dah warning yang diorang berdua nie lapar, kununnya nda makan tengahari. Sesampai jak, aqu & Diana mengamik macam macam lauk .. ayam, daging, ketam, kupang, kerang, udang, sotong .. sayur, diorang plak mengatur diri memasing. Si nurul mengamik kueyteow + mee + nasi goreng + lauk (tak ingat apa) & si Zura plak mengamik nasi + telur rebus masak sambal.
Mulanya kami pompuan melantik 2 jejaka tuk memasak … sementara kami amik lauk & duduk bergosip sambil tunggu makanan siap. Tak sampai 5 minit, aqu & Diana membantu masak manakala 2 beradik tu makan. Tengok gaya diorang bila dah makan tu, tak ingat lagi orang lain … diorang ngan dunia diorang jak … sampai segala udang, ayam, daging depan diorang kering oleh api sebab tak dipedulikan.
Memang bestlah malam tadi, semua makan berabis. Ada makanan yang tak dapat dihabiskan cuba dipaksa makan (takut kena bayar extra). Nasi tambah yang diminta oleh zura pun nda termakan, terpaksa wan menghempas pulas mengabiskannya. Apa-apapun … lain kali kita datang lagi yaa!!!
Monday, April 26, 2010
Happy Birthday Aniza

Penutup bagi sambutan harijadi unit kewangan
iaitu Aniza yang menyambut pada 24 April.
Selamat Hari Jadi
Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.
Friday, April 23, 2010
Happy Birthday Mozaid
Hari ini .. hari spesel tuk hero kesayangan kewangan, sebab hari ini dia sambut ulangtahunnya yang ke 27. Tanpa hero seorang ini, tak tahulah macam mana keadaan unit, beliaulah yang selalu menjadi tempat rujukan bukan setakat kepada krew kew tetapi juga tempat rujukan para pegawai dan staff PPPNS.Friday, April 16, 2010
Aktiviti 5S
5s. Memandangkan audit 5s ni minggu depan,
jadi kami kerahkan tenaga untuk menyiapkan
beberapa sudut yang penting untuk penilaian
5s ni.
Hari jumaat yang mulia ni pula, kami sama-sama
bergotong-royong menyiapkan papan sudut 5s
dan label untuk bilik meeting. Secara peribadi,
carta oraganisasi kami memang menarik dan
berbeza dengan unit lain.
Dengan harapan, untuk pengauditan kali ini,
zon kami dapat memperbaiki kedudukan dari
bulan lepas.
Thursday, April 15, 2010
Happy Belated Birthday
blog ni, lagi lah dengan bulan birthday kewangan ni.
Apa pun..
Selamat Hari Jadi buat krew kewangan iaitu :-
1. Siti Nurul Jannah (11 April)
2. Mohd Hanafi (14 April)
Bagi kedua-dua tarikh di atas, kami tidak sempat
untuk menyambutnya, apatah lagi untuk membeli
kek. Memandangkan separuh dari krew kewangan
menyambut harijadi pada bulan April, jadi kami da
plan untuk menyambut sekali sahaja tetapi dengan cara
lain daripada yang sebelum ini.
Jadi Sama-samalah kita raikannya nanti yaa....!!!
Apa-pun,
Selamat Hari Jadi
Friday, April 9, 2010
Bukak mata sket ...
Seperti hari semalam, hari yang sungguh membosankan. Aktiviti yang dibuat dikalangan krew kew adalah persediaan 5S. Amat-amat membosankan .... Kebetulan tadi nurul selak-selak handphonenya, dan ternampaklah rakaman yang telah dibuat pada minggu lepas. Jadi marilah kita bersama-sama saksikan video-video ini;
Video di atas di amik sewaktu zura tengah mempelajari step bagi lagu Nobody - The Wondergirls untuk dipersembahkan pada annual dinner ofis. Last-last tidak juga dibuatnya .. sebab katanya, step susah nak ingat.
Video dibawah plak hanya sebagai perkongsian bersama-sama. Menurut nurul burung hantu nie dipelihara oleh keluarganya di kampung. Kalau dilepaskan pun ia takkan terbang. Kalau tengok pada video nie, mana lagi ia nak terbang ... makan dah tersedia dah, disuapkan lagi. Senang dah hidup .. nda perlu bersusah payah cari makan. Comel kan ???...













