Friday, October 30, 2009

Diari : Makan Ambuyat

Hari ini Unit Kewangan makan lagi...Hehehe...!!! Tapi hari
ini krew kewangan tidak makan banyak sangat. Yalah,
Lyn dan Nurul cuti berkursus. Manakala Diana, Rahmah
dan Nafi pun tidak join makan sekali. Dorang tidak makan
pun menu hari ini. Nasib la..!! Tapi dengar cerita juga ada
staff unit lain pun tidak pandai makan makanan ini.
Hmmm...

Walaupun menu hari ini tidak seistimewa berbanding
menu-menu sebelum ini, tetapi kepayahan untuk mem-
buat makanan ini memang hangat dan meriah. Ambuyat
katakan. Sagunya kami beli di gerai tepi jalan selepas
1Borneo. Bukan singgah beli sagu saja, tapi 2-3 macam
yang dibeli oleh si Diana. Keropok, langsat & ikan masin
(yang ni dia bawa pulang ke rumah la). Dan si Mozaid
sempat membeli tarap. Hehe...Menu-Menu lain yang
sempat di bawa dari rumah, sardin dan kuah ikan (ntah
apa dorang panggil tu), ini bikin cecah dengan ambuyat.

Ingatkan si Zura yang bikin / masak ambuyat,
rupanya dia minta tolong dengan Kak Ranik dan Kak
Mariah masak. Pa boleh buat la, manja katakan.
Nasiblah kakak2 admin ni pun pakar membuat
ambuyat dan sempat tolong juga. Proses memasak
ambuyat ini pun ada leceh dan pantangnya juga. Haaa...
kalau mau tahu apa pantangnya kenalah tanya orang
yang pakar membuatnya.

Bilik pantry masa ni memang riuh semasa mem-
buat ambuyat ni. Mana lagi krew kewangan, tukang
masak, kak dayang, kak min & azlan. Tapi bila
ambuyatnya sudah masak, yang makan cuma zura,
mozaid, anizah dan kak min. Yang lain sedap menengok
kami makan ja walaupun sudah balik-balik dibawa
makan bersama. Mungkin nda power kali pencecahnya.
Nda pun masing-masing kekenyangan. Ni la last minit
punya menu. Dan yang lain pula ada yang memang
tidak pandai makan ambuyat. Si Puan Noramiza pula
bunyinya macam 1st time makan ambuyat ni. Komennya
sedap dan makan makanan itu macam tiada rasa apa-apa.
Just telan, tambah...telan, tambah. Tapi ntah apa pula
ragamnya, bila ternampak sardin, mencari pula roti paun.
Dan nasiblah juga kami ada bawa roti tu. Hehehe..!!! Nak
tau macamana sedap puan ni makan roti & sardin, tengok-
tengok la komen beliau di FB, itu pun kalau ada. Hehehe..!!!
Airin pula sekadar makan sesudu dua sahaja ambuyat ni.
Kak masnah pula last minit datang, tapi sempat jugalah
merasa ambuyat ni.

Beginilah ragam krew kewangan. Makan makan makan.
Tapi beza kali ni buat di pantry dan ramai staff unit lain
join sekali. Tapi kali ni gambar tidak sempat pula diambil.
Jadi kita sama-sama tunggu la apa perkembangan makan
untuk minggu seterusnya.

1 comment:

~Lynnz~ said...

meriahnya korang yea ..
aqu bukannya pandai makan ambuyat nie tapi seronok tgk orang lain makan... huhuuu
sayangnyaa teda gambar di amik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...