Tuesday, October 27, 2009

Diari : Makan saja

Awal pagi unit kewangan dapat mencuri sedikit masa keluar untuk makan sarapan pagi di Restoran Getaran, Alam Mesra. Yang join breakfast airin, lyn, nurul, diana, nafi & mozaid. Memandangkan system pun offline, jadi kami pun dapatlah kebenaran dari puan keluar bersarapan. Takda masalah pun, lagi pun bukan selalu.


Sampai ja di Getaran tu, kami order soto, mee goreng, nasi goreng dan kuih-muih. Boleh dikatakan sedap la juga, sedap sebab ada yang habis & bersih pinggan mangkuk makan tu. Hehehe..!!! Di Getaran ini berbeza sikit suasana dengan tempat makan yang lain sebab sambil makan kita dijamu dengar lagu-lagu lama tahun 50-60an dan kebanyakan dari filem P.Ramlee. Memang tangkap lentok la kalau makan di sini. Kami pun apa lagi, sambil makan sambil ketawa dengar lagu-lagu tu. Siap kami sendiri pun nyanyi-nyanyi tambah lirik sendiri.
Ok..da habis dan balik ofis, dengar-dengar ja airin ni bawa laju kereta. Betul ka rin?? Cuba tanya orang yang ikut airin tu.. Hehehe!!..

Sampai ja di ofis, terus la sibuk. Sibuk bukan pasal claim pun, tapi mau cari baucar-baucar untuk naziran. Kami sendiri pun tidak tahu yang naziran akan datang hari ni. Tapi mau mencari baucar itu tiada masalah sebab dah ambil mood keluar ramai-ramai pi breakfast tadi. Jadi time ni mood ok, hmmm rasanya lah.
Kerja Kerja Kerja. Tup-tup dah tengahari. Sedar tidak sedar dah jam 12.30pm. Jadi dari kerja-kerja mencari baucar tu pun bikin la lapar balik. Hah!!!! lapar lagi...ni la kewangan, tidak lain makan, makan, makan. Jadi apa lagi budak-budak kewangan diana & mozaid, pergi lah menapau sebungkus dua nasi dengan pisang goreng di area Kosan, Likas. Bila pulang ja, bukan satu, bukan dua tapau, tapi enam tapau yok..tu belum lagi dikira goreng pisang, popia, kuih kacang & cekodok yang dibeli. Maunya nda kenyang.
Kenyang memang kenyang. Salah satu cara krew kewangan untuk bermesra dan mengeratkan silaturahim iaitu makan bersama-sama. Masing-masing tidak berkira pasal makan. Untungnya kalau ada staff lain datang ngam time makanan banyak, memang dorang pun kenyang la juga.

4 comments:

Moja said...

Weiii....bukan asamla. minuman tu manis..pasal belum dikacau lagi bawah air tu...hahaha

~Lynnz~ said...

tapikan rupa tu macam muka asam cuka ... huhuu

Moja said...

Mungkin kau mau letak cuka di soto mu...tp tersimpan pula di minumanku...hahaha

~Lynnz~ said...

100 markah tuk mojed ...
sudah tau, berpura-pura kunu lagi nda tau .. hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...