Wednesday, October 21, 2009

MAKAN ... MAKAN ... MAKAN ...

Bermula dari hari isnin lepas krew kewangan tak henti-henti ngan pesta makan-makan dia.
Nak kata jamuan hari raya .. raya dah abis dah. mungkin ka jamuan penutupan syawal .. atau mungkin jugak sambutan deepavali huhuu ... itu semua dah tak penting lagi. Rasanya dah tak perlu lagi 'sebab' nak adakan makan-makan.
Ini adalah salah satu cara nak releasekan tension ngan beban kerja yang makin bertambah .. iaitu dengan makan beramai-ramai. Bab masa nie, krew kewangan akan duduk bersama-sama bergurau, berkongsi masalah .. rasanya hubungan sesama krew kewangan makin rapat.
Lagi satu, taklah sakit telinga mendengar si zura tu asyik melalak 'LAPAR' selalu ..

MENU HARI PERTAMA ...
Daging Rendang, Daging Kari, Daging Payau Masak Kicap ... Ikan Bakar, Ayam Goreng, Telur Masin, Sayur Kacang Tumis & Acar Peria

MENU HARI KEDUA ...

McDonald

Hari kedua nie, krew kewangan telah dihiburkan ngan aksi-aksi Azura ...

MENU HARI KETIGA

Sarapan pagi - Kuih gelang, kusui, seri muka, cempedak & kek pisang ... Pecal ( terima kasih pada Kak Hasneh)Tengahari - Telur masin, Udang Masak Sos, Ikan Ampap, Ikan Bakar, Hati Lembu Masak Ampap, Sambal Pedas Buah Nangka (terima kasih pada Kak CC Mariah)

Hari nie berlaku sedikit kecelakaan ... huhuu

Salah seorang bini orang tu telah memasak nasi ... tapi nasi yang dimasaknya tadi telah menjadi bubur ... untuk menyelamatkan keadaan beliau telah menghubungi Kak Hasneh tuk belikan nasi kosong sebanyak 13 bungkus ... ahahaha banyak tu beb, sapa nak abiskan?? Last-last dia call balik, order 6 bungkus nasi kosong...

2 comments:

Moja said...

Malar makan. tp makan pun makan juga, kesihatan kena jaga ya.

Roti paun berlauk daging,
singgah cecah sambal belacan,
makan tu jangan sampai pening,
nanti tension kerja pun tak jalan.

Isnin ke rabu telur masin,
ikan masin pun turut serta,
aadaaka patut semuanya masin,
masin-masin pun ditelan juga.

nioz_jann said...

pantun tu lucu ba :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...