Wednesday, October 14, 2009

Masa

"Masa Itu Emas"


Masa amat penting bagi setiap orang. Ada kalanya kita banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak diperlukan. Selain itu, masa kita tidak sepatutnya diambil oleh orang lain untuk mengelakkan pembaziran dan kehabisan masa kita sendiri.

Kita juga sering menghadapi kehabisan masa dalam keadaan yang tidak disedari, sepertimana keadaan di pejabat iaitu apabila kita telah sedari, hari sudah pun petang dan waktu pejabat juga pun hampir tamat. Akibatnya, banyak urusan kerja yang tidak selesai dan tertangguh. Jadi berikut adalah tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan diri daripada kehabisan masa terutamanya di waktu pejabat.


1. Mendisiplinkan diri dengan menepati setiap masa, jadual mahu pun temujanji. Ini kerana masa kita boleh dicuri oleh orang yang tidak mempunyai disiplin masa, dan ini sekaligus akan mendorong kita untuk menepati masa kita sendiri. Oleh itu belajar menghormati masa kita dan orang lain.

2. Mengelakkan diri daripada berbual kosong semasa bertelefon atau dengan kaki borak.

3. Tidak memperuntukkan masa yang terlalu banyak untuk menyelesaikan sesuatu tugas agar tidak banyak berlaku pembaziran masa, tenaga dan komitmen.

4. Mendahulukan kerja-kerja yang PENTING dan SEGERA. Ini kerana tugas tersebut memerlukan tumpuan yang lebih dalam jangka waktu yang terdekat berbanding perkara-perkara yang PENTING dan TIDAK SEGERA, yang mana ia boleh ditangguhkan.

5. Menetapkan satu jangka masa seperti memastikan mesyuarat yang benar-benar perlu dihadiri. Dapatkan agenda dan latar belakang mesyuarat berkenaan untuk mengetahui sekiranya kita perlu hadir atau tidak. Yang penting dalam menghadiri mesyuarat juga adalah menentukan had masa, perkara atau agenda, orang yang perlu dihadiri, persetujuan agar keputusan dicapai dengan pantas.

6. Menyediakan checklist penggunaan masa seperti juga checklist untuk membeli-belah. Selalu kita menyediakan bagaimana untuk mengelakkan pembaziran wang ketika beli belah begitu jugalah kita perlu sediakan dalam perbelanjaan masa dengan mengikut keutamaan yang perlu dilakukan. Ingatlah, masa adalah lebih berharga daripada wang, namun pembaziran masa sukar dilihat dan dirasakan berbanding pembaziran wang.

7. Sentiasa berdoa agar masa kita sentiasa diberkati.

Jika kita dapat menghargai masa, hakikatnya kita menghargai nyawa kita sendiri. Pembaziran masa tanpa sebarang tujuan yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri atau orang lain, ibarat membuang nyawa sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...