Wednesday, November 4, 2009

Kisah Kat Bangi ...

Tiga staff PPPNS telah terpilih untuk menghadiri Kursus Kemahiran, Etiket Sosial & Penampilan Diri di Residence Hotel, UNITEN Bangi pada 29 - 31 Oktober 2009. Dua daripadanya adalah krew kewangan iaitu Lynn & Nurul, manakala sorang lagi Kak Normah dari bahagian admin.
Mulanya, kedua-dua krew kewangan tak ingin menyertai kursus tersebut atas alasan tersendiri .. Tapi pada saat akhir pengesahan kehadiran, akhirnya kedua-duanya akur untuk pergi.

Pada hari keberangkatan, penerbangan dijadualkan pada 10 pagi. Nurul & Kak Normah telah tiba di KKIA dua jam lebih awal, tapi diorang tak perasan yang memasing telah tiba awal kat airport. Selepas Lynn & Nurul check-in .. menunggulah mereka untuk Kak Normah . Buang masa menunggu jak, rupanya Kak Normah dah lama menunggu di balai berlepas hehehee ...

Setiba masuk kapal, apa lagi ... tak sabar menunggu hidangan dihidangkan. Menu yang dipilih adalah meehoon & ayam. Selepas makan ... waktu untuk ZzzZzzZzzZzz ...

Inilah tempat kursus diadakan serta tempat penginapan para peserta. Residence Hotel terletak di UNITEN Bangi. 25 minit jarak dari KLIA dan 10 minit jarak dari Putrajaya (tertakluk pada trafik). Makanan yang disediakan oleh pihak hotel sungguh sedap. Ada beberapa peserta yang sanggup turun awal untuk 'membedal' makanan yang disediakan ...

masa untuk bergambar ... gambar nie di amik semasa ari ke-2 kursus. Nurul & Kak Normah benar-benar enjoy makanan diorang sampai tak terkira ...
Kak Normah bersama-sama room-matenya Noriza dari PPPN Kedah.
Nurul seorang diri membedal makanan
ada juak gambar Noriza bersama-sama Kak Aishah dan Shieda dari PPPN Sarawak.


Puan penceramah adalah Puan Rahimah bt Yeop, berasal dari Perak tapi dibesarkan di KL. Bertugas di INTAN Bukit Kiara. Memang tak kering gusi bila masuk kelasnya. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama2.

Banyak aktiviti-aktiviti serta perbincangan berkumpulan yang dibuat, dan hasilnyaa ... MELATOP!!!





Selepas acara selesai pada 31hb Kak Normah balik terus ke Sabah sebab ada urusan lain yang perlu dihadiri. Lynn & Nurul plak balik pada keesokkan harinya.
Berpindahlah mereka ke Noble Hotel, yarabbi ramainya orang di Jalan TAR ... almaklumlaa, malam minggu.
Banyak sungguh makanan, pakaian, tudung ... dan macam-macam lagi laa .. Cuba tengok kat gambar sebelah tu ...





Lihatlah suasana sepanjang jalan TAR pada waktu pasar malam diadakan ... dan lihatlah keadaannya pada keesokkan harinya. Sunyi & bersih ...







Ada satu gerai yang mencuit perhatian semua pengunjung yang datang ... gerai tu menjual tudung .. yang menjualnya 3 orang jejaka. Apa yang menariknya pasal gerai ini ialah, ketiga-tiga jejaka tersebut memakai tudung dan juga cermin mata hitam sambil menari kepada lagu dangdut yang dipasang sebagai gimik jualan mereka. Kurang pasti samada jualan mereka laris atau tidak, yang pasti ramai yang terhenti melihat gelagat mereka.

2 comments:

nioz_jann said...

Kak Lyn!!!adui, malu ni tau..pic sy ja byk ni.mana aci

~Lynnz~ said...

apa yg tak aci nya dik oi ..
memangnya kamu jadik model masa tu, dan kak lynn jadik jurufotonya ... huhu haha
masa kamu pegang kamera, nda pulak kamu amik banyak2 gambar kak lynn ... wkawkawkaw

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...