Friday, January 15, 2010

Makan-makan di Salut Seafood Restaurant

Hampir setengah bulan krew di sini
tidak mengupdate blog ni. Terasa macam
tiada aktiviti pula yang berlaku di kewangan
sepanjang awal Januari ni. Sebenarnya bukan
lah krew kewangan ketiadaan isu mahu pun
aktiviti, tetapi kesemua krew-krew berhempas
pulas, masing-masing berkerja keras untuk
menyiapkan kerja terutamanya dalam tuntutan
bayaran projek. Tempoh AKB katakan.

Walaubagaimana pun, kita tinggalkan dulu
isu AKB ni kerana krew kewangan ingin
berkongsi hari-hari selepas berakhirnya
tempoh AKB 2009 yang menyeksakan. Aktiviti
yang mula-mula di rancang sekali untuk
meraikan penat lelah adalah makan-makan.
Hehehe...!!! Makan tengahari saja bah.

Aktiviti makan ini telah dirai pada hari khamis
14 Januari baru-baru ini bertempat di Salut
Seafood, Karambunai, Kira-kira 17km daripada
pejabat.

Sebelum bertolak, adalah seorang tetamu
yang tidak diundang tetapi dirindui datang
ke pejabat, iaitu Kak Patimah, bekas
kakitangan unit kewangan. Urusannya
hanya mengambil barang minuman yang
dipesan. Apa pun kami tetap merinduinya.



Setibanya di restoran, kami masing-masing
memilih jenis makanan laut yang masih hidup
sebagai menu pilihan. Jenis masakan yang di
pilih pula antaranya kupang putih rebus, ikan
merah sweat sour, sotong goreng tepung,
udang mayonis, ketam rebus, kangkung
belacan dan pucuk sayur manis.



Udang mayonis pula kami order dua kali,
bukan tebarus tapi sedap. Yalah manalah
cukup kalau seorang makan 2 ketul udang saja.
Apa lagi...kami pun order sajalah, harga
langsung tidak terfikir, yang penting dapat
makan. Hehehe..Bukan selalu pun dapat
peluang macam ini.







Yang menjadi rebutan dan perhatian masa
mula-mula hidangan dihantar adalah
segala barang pencecah seperti cili padi,
limau, bawang putih dan kicap. Masing-
masing berkerja keras membuat pencecah
sendiri kecuali si moja dan hanafi. Hehehe...










Yang meriahnya apabila kesemua krew

kewangan dapat berkumpul bersama-sama
untuk meraikan makan tengahari ni. Di
kesempatan waktu yang ada, dapatlah kami
mengambil peluang bagi mengeratkan lagi
ukhwah, ikatan persabahatan dan
kekeluargaan dikalangan kami dengan
gelak ketawa, gelagat dan menu makanan
yang mengisi ruang perbualan sepanjang
menjamu selera.

Friday, January 1, 2010

Nilai Laman Blog?

Untuk makluman bersama, saya baru sahaja
terjumpa 1 laman web yang boleh menilai harga
sesuatu website / blog. Cara dinilai adalah
berdasarkan data yang ada di dalam sesebuah
laman web.


Klik http://sitevaluecheck.com/ untuk menilai
sendiri laman web anda dan cara bagaimana
ia menilai.

Untuk laman blog ini, nilai harganya adalah :-




Jadi untuk krew kewangan yang lain, bersama-
samalah kita meningkatkan bukan sahaja prestasi
kerja tetapi juga untuk blog ini, yang mana
merupakan tempat perkongsian aktiviti dan
luahan hati unit ini.


Thursday, December 31, 2009

HAPPY 2010!!!

Kepada teman-teman sekerja dan krew kew, Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.
Segala yang terjadi di 2009, kita jadikan pengajaran dan kenangan yang penuh berharga.
Sempena Menyambut 2010 ...
Bersama-samalah kita menyahut cabaran yang mendatang.
WISH ALL THE BEST TO UNIT KEWANGAN PPPNS!!!

Monday, December 28, 2009

Tutup Akaun

Sepanjang penutupan akaun .. rasa tidak puas hati / kecik hati / marah / geram lebih banyak daripada rasa gembira lahir dikalangan krew kew. Namun rasa- rasa negatif itu cuba dilontarkan jauh, dan semangat positif cuba diserapkan walau macam mana pun tension ketika itu. Siap ada yang pasangkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menenangkan diri serta member seunit. Makan beramai-ramai adalah salah satu aktiviti rutin yang tak dapat dielakkan, sebab gurau senda & lawak gila yang dibangkitkan, mengurangkan tension krew kew. Sekiranya ada yang sakit hati pada krew kew, baik sewaktu bergurau atau makan ... berterus-terang saja, jangan disimpan dalam hati atau cakap belakang.


Beban kerja memang banyak ... jika diperhatikan pada carta aras petunjuk kuantiti kerja ... pada hari-hari akhir penutupan akaun. Amaun kerja yang telah diproses oleh krew kew menjangkau sehingga lebih 1000 bayaran tuntutan dalam masa 10 hari. Masih adakah kata-kata sumbang yang mengatakan krew kew tak buat kerja atau slow buat kerja???


Satu insiden yang agak menyedihkan iaitu; ketika seluruh krew kew berada dalam keadaan kelaparan, akibat daripada terlalu asyik bekerja dan leka akan waktu rehat ... itupun setelah menyedari waktu itu jam 3.15pm. Bergegaslah mereka untuk makan, waktu itu, makanan yang ada cuma sedikit nasi, telur goreng , ditambah lagi 2 bungkus maggi serta sedikit sambal kerang tin, untuk dimakan oleh 6 orang. Sungguhpun makanan cuma sedikit, namun ianya tetap dikongsi bersama. Selesai makan dan mengemas ... terus sambung kerja.




Sungguhpun sudah selesai penutupan akaun ... ia bukannya satu alasan untuk membolehkan krew kew menarik nafas lega coz ada kerja lain yang terpaksa dilakukan iaitu; mencari mana-mana bayaran tuntutan yang telah di kuiri oleh AG atau tuntutan yang telah dibatalkan kerana tidak sempat diperaku II dalam sistem.

Tuntutan-tuntutan yang mana tak sempat dibayar dalam tempoh penutupan akaun, kena bayar dalam tempoh AKB. Setakat ini, lebih 100 tuntutan dari pelbagai bahagian telah diterima oleh krew kew, dan yang belum diturunkan adalah lebih kurang 200-300 tuntutan. Jadi pada semua krew kew ... chayok-chayok!!!


Sunday, December 27, 2009

Encik Awang Oh Encik Awang ...


Tahniah buat Encik Awang kerana pada awal bulan Disember ini, beliau telah dikurniakan Pingat Bintang Setia Kinabalu (BSK) oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada 10hb Disember 2009 yang lalu. Sayangnya krew kew tak dapat mendengar kisah sewaktu hari pengurniaan. Cuma yang diketahui adalah … jumlah penerima darjah kebesaran dan pingat-pingat Negeri Sabah adalah sangat ramai. Agaknya lenguh tak tangan TYT mengurniakan pingat2 tersebut?? Huhuuu …

Pada hari isnin 14hb Disember, krew kew telah dimaklumkan bahawa Encik Awang telah ditahan di SMC akibat patah tulang. Berita yang diterima tersebut adalah kurang jelas kerana krew kew sibuk dengan penutupan akaun, sehinggakan krew kew tak berkesempatan untuk melawat Encik Awang di hospital … Cuma yang mampu dibuat oleh krew kew adalah bertanya khabar melalui FB.


Seminggu selepas kejadian itu krew kew terkejut apabila Encik Awang sendiri datang menjenguk ofis. Adalah juga kami bertanya kepada beliau kejadian malang yang menimpa ke atas dirinya. Rupanya Encik Awang tergelincir dan terjatuh sewaktu menutup gate pagar rumah. Isk … mesti sakit tu K. Beliau juga ada memberitahu yang dia telah menjalani operation pembedahan; memasukkan besi ke bahagian tulangnya yang patah. Tak dapat bayangkan nasib Encik Awang pada masa tu …mesti sedap kan…kehkehkeh

Apa-apa pun Encik Awang … kami seluruh krew kew mendoakan Encik Awang cepat sembuh dan cepat balik ke ofis. Rindu bha sudah kami ngan Encik Awang ….

Thursday, December 24, 2009

Penyampai terbaik Bicara Pagi Bulan Julai - Mozaid


Tahniah la kepada diriku sendiri atas kemenangan
yang tidak disangka-sangka sebagai penyampai
terbaik bagi bulan Julai 2009 di dalam Slot
Bicara Pagi yang diumumkan dalam perhimpunan
bulanan hari ini.

Memang tidak dijangka ada pengumuman yang
akan dibuat semasa perhimpunan pagi tadi, dan
memang langsung tidak menyangka boleh juga
tersangkut sebagai penyampai terbaik. Hmm..
tapi rasanya topik yang dikongsi dari saya
memang menarik pun. Yakah? Tapi lagi menarik
hadiah yang diberikan. Hahaha...

Terima kasih la kepada panel yang mengadili
saya, kalau tidak silap Cik Sarah dan En. Syawal
yang memberi kelebihan markah. Hehehe...

Semasa pengumuman dibuat, terdapat 3 lagi
pemenang untuk penyampai terbaik. Berikut
adalah keputusannya:-

1. Pn. Amilawati (April)
2. Pn. Betcilla (Mei)
3. En. Mozaid (Julai)
4. Pn. Ranik (Ogos)

Dengan pengumuman kemenangan ini, akan
menjadikan sebagai 1 pencapaian dan kenangan
bagi diri saya sepanjang berkhidmat di
jabatan ini.

Terima kasih juga kepada peminat-peminat
yang memberi tepukan gemuruh semasa
pengumuman yang dibuat. Hahaha..!!!

Aras Petunjuk Kuantiti 2 (21.12.09 - 23.12.09)

Berikut merupakan aras petunjuk kuantiti kerja
bagi 3 hari terakhir sebelum penutupan akaun
pada 23.12.09. Sebanyak 469 tuntutan telah
diproses sepanjang tempoh 3 hari.




Berdasarkan carta di atas, dapat digambarkan krew-krew
kewangan bertungkus-lumus dalam menjalankan
tugas-tugas bagi memastikan semua tuntutan diproses
sebelum penutupan akaun.

Aras Petunjuk Kuantiti (21.12.09 - 23.12.09)

Bagi 3 hari terakhir untuk minggu penutupan akaun
tahun 2009 yang berakhir pada hari kelmarin iaitu
23 Disember 2009, sebanyak 469 tuntutan telah
selesai di proses, dimana ia merupakan satu angka
bilangan yang tertinggi bagi Unit Kewangan dalam
usaha untuk menyiapkan semua tuntutan.





Tidak dinafikan kesibukan unit ini dalam minggu ini.
Selagi tuntutan belum habis disiapkan, selagi itu
tenaga unit kewangan dikerah, sehinggakan
beberapa krew kewangan sanggup OT dan pulang
pada jam 11 malam untuk 2 hari terakhir dan ada
yang sanggup ke pejabat pada cuti 3 hari berturut-
turut yang lalu termasuk lah cuti Awal Muharram.

Usah ditanya tentang kepenatan. Mood pula ada
kalanya ceria, gembira, tergelak ketawa dalam
kesibukan. Namun kadang kala mood bertukar
sedikit geram di hati. Cukup rehat / tidur pada
sebelah malamnya? Jawapan tidak. Kami krew
kewangan mengakui ada yang hanya dapat
berehat / tidur hanya 4 jam sahaja sepanjang
1 minggu terakhir penutupan akaun kali ini.

Begitulah tanggungjawab krew unit ini dalam
memastikan semua tugas dan urusan di Unit
Kewangan berjalan dengan lancar.

Tuesday, December 22, 2009

Aras Petunjuk Kuantiti Kerja bil.2 (14.12.09 - 20.12.09)

Untuk petunjuk aras bagi carta di bawah pula,
menunjukkan kuantiti kerja bagi sepanjang tempoh
seminggu dari 14.12.09 - 20.12.09 bagi krew
kewangan. Data diperolehi bagi tiap-tiap
tuntutan yang di key-in pada tarikh hari
diproses.


Sebanyak 591 tuntutan yang telah diproses
yang hanya mengambil masa dalam tempoh
seminggu sahaja. Untuk makluman juga,
tugas-tugas dari airin diambilalih sementara
oleh azlina, memandangkan keadaan kesihatan
airin yang tidak berapa sihat sepenuhnya.




Aras Petunjuk Kuantiti Kerja (14.12.09 - 20.12.09)

Bagi sepanjang tempoh seminggu dari tarikh
14.12.09 - 20.12.09 sebanyak 591 tuntutan
telah/sedang diproses. Berikut adalah bacaan
aras petunjuk bilangan tuntutan tersebut.





Mungkin ada yang tidak peka atau tidak mengambil tahu
langsung mengenai carta yang dipaparkan. Mungkin
hanya segelintir sahaja yang memahami tugas-tugas
yang dijalankan di unit ini. Berdasarkan carta di atas,
ia menunjukkan komitmen krew kewangan dalam
melaksanakan tugas bagi memastikan semua
tuntutan dapat diproses dengan kadar segera.


Bukan saja yang berkaitan dengan tuntutan tetapi
juga dalam hal-hal yang melibatkan seperti
tempahan tiket, penyediaan laporan,
pertanyaan di kaunter dan panggilan telefon,
yang mana ia memerlukan masa untuk dilakukan.


Untuk makluman bersama, tidak ada istilah
untuk tidak membuat kerja di Unit Kewangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...