Monday, December 28, 2009

Tutup Akaun

Sepanjang penutupan akaun .. rasa tidak puas hati / kecik hati / marah / geram lebih banyak daripada rasa gembira lahir dikalangan krew kew. Namun rasa- rasa negatif itu cuba dilontarkan jauh, dan semangat positif cuba diserapkan walau macam mana pun tension ketika itu. Siap ada yang pasangkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menenangkan diri serta member seunit. Makan beramai-ramai adalah salah satu aktiviti rutin yang tak dapat dielakkan, sebab gurau senda & lawak gila yang dibangkitkan, mengurangkan tension krew kew. Sekiranya ada yang sakit hati pada krew kew, baik sewaktu bergurau atau makan ... berterus-terang saja, jangan disimpan dalam hati atau cakap belakang.


Beban kerja memang banyak ... jika diperhatikan pada carta aras petunjuk kuantiti kerja ... pada hari-hari akhir penutupan akaun. Amaun kerja yang telah diproses oleh krew kew menjangkau sehingga lebih 1000 bayaran tuntutan dalam masa 10 hari. Masih adakah kata-kata sumbang yang mengatakan krew kew tak buat kerja atau slow buat kerja???


Satu insiden yang agak menyedihkan iaitu; ketika seluruh krew kew berada dalam keadaan kelaparan, akibat daripada terlalu asyik bekerja dan leka akan waktu rehat ... itupun setelah menyedari waktu itu jam 3.15pm. Bergegaslah mereka untuk makan, waktu itu, makanan yang ada cuma sedikit nasi, telur goreng , ditambah lagi 2 bungkus maggi serta sedikit sambal kerang tin, untuk dimakan oleh 6 orang. Sungguhpun makanan cuma sedikit, namun ianya tetap dikongsi bersama. Selesai makan dan mengemas ... terus sambung kerja.




Sungguhpun sudah selesai penutupan akaun ... ia bukannya satu alasan untuk membolehkan krew kew menarik nafas lega coz ada kerja lain yang terpaksa dilakukan iaitu; mencari mana-mana bayaran tuntutan yang telah di kuiri oleh AG atau tuntutan yang telah dibatalkan kerana tidak sempat diperaku II dalam sistem.

Tuntutan-tuntutan yang mana tak sempat dibayar dalam tempoh penutupan akaun, kena bayar dalam tempoh AKB. Setakat ini, lebih 100 tuntutan dari pelbagai bahagian telah diterima oleh krew kew, dan yang belum diturunkan adalah lebih kurang 200-300 tuntutan. Jadi pada semua krew kew ... chayok-chayok!!!


2 comments:

Moja said...

tiada artis lain lagi ka episod kali ni. tingu sot2 ja watak dalam video kali ni...hahaha

tapi..begini la pemandangan biasa
yang ada dalam kewangan.

~Lynnz~ said...

mokla diamik artis lain tuk lakon semula watak2 krew kew .. tapi teda yang sanggup.
huahuahuahua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...