Sunday, December 20, 2009

Bakhil

Berikut adalah cerita yang dipetik dari majalah motivasi.
Semoga kita bersama-sama mengambil pengajaran dari
perkongsian cerita ini.


Cerita : Tiga Lelaki Bakhil

Tiga orang sahabat yang terkenal dengan sifat kedekut
sedang berkira-kira untuk memberi sedekah sebahagian
harta setelah orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.

Lelaki 1: Aku akan melukis satu bulatan di atas tanah dan
kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. Wang yang
jatuh di dalam bulatan tu milik aku, manakala wang yang
jatuh di luar garisan bulatan adalah milik orang miskin.

Lelaki 2 : Aku pula akan melukis satu garisan memanjang
di atas tanah. Akan aku lemparkan wang ke langit. Wang
yang jatuh di sebelah kanan garisan adalah wang aku, wang
yang jatuh di sebelah kiri garisan akan aku dermakan.

Lelaki 3 : (Diam seketika untuk mencari alasan yang lebih
hebat). Aku pula, aku takkan melukis bulatan atau garis
lurus di atas tanah. Aku akan lemparkan sahaja duit ke
langit. Duit yang jatuh ke atas tanah adalah milikku. Dan
duit yang tidak jatuh itu milik orang miskin.


Pengajaran : Sikap pemurah bukan ditentukan sama
ada kita berharta atau tidak. Tetapi ia adalah soal hati.
Jika kita pemurah kita akan punya banyak cara dan
daya untuk memberi. Sebaliknya, jika kita bakhil,
kita sentiasa punya alasan untuk tidak memberi.

p/s : Untung la krew kewangan yang tidak kedekut
langsung dalam bab makanan terutamanya sarapan
pagi dan makan tengahari. Ada saja makanan, pasti
dikongsi bersama, dan kalau tiada makanan pula,
semua lapar bersama. Hehehe..!!!
Bantu membantu dalam menyelesaikan masalah di
kewangan juga sentiasa mendapat perhatian dan
kerjasama krew yang lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...