Showing posts with label Carta. Show all posts
Showing posts with label Carta. Show all posts

Thursday, December 24, 2009

Aras Petunjuk Kuantiti 2 (21.12.09 - 23.12.09)

Berikut merupakan aras petunjuk kuantiti kerja
bagi 3 hari terakhir sebelum penutupan akaun
pada 23.12.09. Sebanyak 469 tuntutan telah
diproses sepanjang tempoh 3 hari.




Berdasarkan carta di atas, dapat digambarkan krew-krew
kewangan bertungkus-lumus dalam menjalankan
tugas-tugas bagi memastikan semua tuntutan diproses
sebelum penutupan akaun.

Aras Petunjuk Kuantiti (21.12.09 - 23.12.09)

Bagi 3 hari terakhir untuk minggu penutupan akaun
tahun 2009 yang berakhir pada hari kelmarin iaitu
23 Disember 2009, sebanyak 469 tuntutan telah
selesai di proses, dimana ia merupakan satu angka
bilangan yang tertinggi bagi Unit Kewangan dalam
usaha untuk menyiapkan semua tuntutan.





Tidak dinafikan kesibukan unit ini dalam minggu ini.
Selagi tuntutan belum habis disiapkan, selagi itu
tenaga unit kewangan dikerah, sehinggakan
beberapa krew kewangan sanggup OT dan pulang
pada jam 11 malam untuk 2 hari terakhir dan ada
yang sanggup ke pejabat pada cuti 3 hari berturut-
turut yang lalu termasuk lah cuti Awal Muharram.

Usah ditanya tentang kepenatan. Mood pula ada
kalanya ceria, gembira, tergelak ketawa dalam
kesibukan. Namun kadang kala mood bertukar
sedikit geram di hati. Cukup rehat / tidur pada
sebelah malamnya? Jawapan tidak. Kami krew
kewangan mengakui ada yang hanya dapat
berehat / tidur hanya 4 jam sahaja sepanjang
1 minggu terakhir penutupan akaun kali ini.

Begitulah tanggungjawab krew unit ini dalam
memastikan semua tugas dan urusan di Unit
Kewangan berjalan dengan lancar.

Tuesday, December 22, 2009

Aras Petunjuk Kuantiti Kerja bil.2 (14.12.09 - 20.12.09)

Untuk petunjuk aras bagi carta di bawah pula,
menunjukkan kuantiti kerja bagi sepanjang tempoh
seminggu dari 14.12.09 - 20.12.09 bagi krew
kewangan. Data diperolehi bagi tiap-tiap
tuntutan yang di key-in pada tarikh hari
diproses.


Sebanyak 591 tuntutan yang telah diproses
yang hanya mengambil masa dalam tempoh
seminggu sahaja. Untuk makluman juga,
tugas-tugas dari airin diambilalih sementara
oleh azlina, memandangkan keadaan kesihatan
airin yang tidak berapa sihat sepenuhnya.




Aras Petunjuk Kuantiti Kerja (14.12.09 - 20.12.09)

Bagi sepanjang tempoh seminggu dari tarikh
14.12.09 - 20.12.09 sebanyak 591 tuntutan
telah/sedang diproses. Berikut adalah bacaan
aras petunjuk bilangan tuntutan tersebut.





Mungkin ada yang tidak peka atau tidak mengambil tahu
langsung mengenai carta yang dipaparkan. Mungkin
hanya segelintir sahaja yang memahami tugas-tugas
yang dijalankan di unit ini. Berdasarkan carta di atas,
ia menunjukkan komitmen krew kewangan dalam
melaksanakan tugas bagi memastikan semua
tuntutan dapat diproses dengan kadar segera.


Bukan saja yang berkaitan dengan tuntutan tetapi
juga dalam hal-hal yang melibatkan seperti
tempahan tiket, penyediaan laporan,
pertanyaan di kaunter dan panggilan telefon,
yang mana ia memerlukan masa untuk dilakukan.


Untuk makluman bersama, tidak ada istilah
untuk tidak membuat kerja di Unit Kewangan.

Saturday, December 12, 2009

Aras Petunjuk Kuantiti Kerja (05.12.09 - 12.12.09)


Bagi sepanjang tempoh bermula dari tarikh
05.12.09 - 12.12.09, lebih daripada 170 ++ tuntutan
yang telah diproses. Pandangan secara peribadi krew
kewangan menjangkakan lebih banyak tuntutan
yang dapat diselesaikan jika tidak menghadapi masalah
teknikal dan manusia. Dan berikut adalah aras petunjuk
kuantiti kerja bagi tempoh seminggu. Data diperolehi
setelah tuntutan selesai dibayar (Status 8 sahaja).




Rasanya dateline untuk mengundi perlu di
tangguhkan sehingga tarikh tutup akaun
atau pun tidak? Pandangan anda.

Saturday, December 5, 2009

Aras Petunjuk Sebenar Kuantiti Kerja (30.11.09 - 05.12.09)

Keputusannya belum ditentukan. Masih ada lebih kurang 9 hari lagi
untuk mengundi bagi menjangkakan siapa krew kewangan yang
paling sibuk hujung tahun ini. Hehe..

Walaubagaimanapun, carta berikut merupakan aras petunjuk kuantiti
kerja bagi sepanjang tempoh seminggu dari 30.11.09 - 05.12.09. Data
diperolehi setelah tuntutan selesai dibayar (status 8 sahaja).


Bagi sepanjang tempoh seminggu yang lalu, jumlah bilangan tuntutan tidak
banyak yang dapat diproses, disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat
dielakkan.

Jadi sama-sama kita terus mengundi
dengan menggunakan pc yang lain pula. Hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...