Wednesday, October 21, 2009

MAKAN ... MAKAN ... MAKAN ...

Bermula dari hari isnin lepas krew kewangan tak henti-henti ngan pesta makan-makan dia.
Nak kata jamuan hari raya .. raya dah abis dah. mungkin ka jamuan penutupan syawal .. atau mungkin jugak sambutan deepavali huhuu ... itu semua dah tak penting lagi. Rasanya dah tak perlu lagi 'sebab' nak adakan makan-makan.
Ini adalah salah satu cara nak releasekan tension ngan beban kerja yang makin bertambah .. iaitu dengan makan beramai-ramai. Bab masa nie, krew kewangan akan duduk bersama-sama bergurau, berkongsi masalah .. rasanya hubungan sesama krew kewangan makin rapat.
Lagi satu, taklah sakit telinga mendengar si zura tu asyik melalak 'LAPAR' selalu ..

MENU HARI PERTAMA ...
Daging Rendang, Daging Kari, Daging Payau Masak Kicap ... Ikan Bakar, Ayam Goreng, Telur Masin, Sayur Kacang Tumis & Acar Peria

MENU HARI KEDUA ...

McDonald

Hari kedua nie, krew kewangan telah dihiburkan ngan aksi-aksi Azura ...

MENU HARI KETIGA

Sarapan pagi - Kuih gelang, kusui, seri muka, cempedak & kek pisang ... Pecal ( terima kasih pada Kak Hasneh)Tengahari - Telur masin, Udang Masak Sos, Ikan Ampap, Ikan Bakar, Hati Lembu Masak Ampap, Sambal Pedas Buah Nangka (terima kasih pada Kak CC Mariah)

Hari nie berlaku sedikit kecelakaan ... huhuu

Salah seorang bini orang tu telah memasak nasi ... tapi nasi yang dimasaknya tadi telah menjadi bubur ... untuk menyelamatkan keadaan beliau telah menghubungi Kak Hasneh tuk belikan nasi kosong sebanyak 13 bungkus ... ahahaha banyak tu beb, sapa nak abiskan?? Last-last dia call balik, order 6 bungkus nasi kosong...

Thursday, October 15, 2009

LIGHTS ... CAMERA ... ACTION!!!

12 Oktober 2009 ... tarikh keramat bagi zura ... keramat pasal tercapai impian dia jadik superstar hehehe ... (jadik pelakon untuk dokumentasi kecil PPNS)

Pada hari tersebut, adalah sorang staff yang nak wat sikit punya shooting pasal keja rutin pejabat .. dan pelakon yang dirasa paling seswai untuk bahagian kewangan adalah AZURA.

Jom kita tengok sama-sama .. moga semua terhibur tengok zura in action ... :)

Take #1

persiapan zura untuk berlakon ... mak andam dia masa tu .. Mak Mah .. huhuu. ntah brapa tebal agaknya bedak & lipstick dia pakai masa tu ... al-maklumlaa nak masuk video

Take #2

masa diberi penjelasan apa yang perlu dibuat & cakap oleh Puan Suraini

take #3

warming-up ...

Take #4

tak tau apa sebenarnya kejadian kat sini .. huhuu

Take #5

bahagian akhir, zura kena mara oleh abang kontraktor ... yang nie, take yang entah kebrapa ...

Wednesday, October 14, 2009

Masa

"Masa Itu Emas"


Masa amat penting bagi setiap orang. Ada kalanya kita banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak diperlukan. Selain itu, masa kita tidak sepatutnya diambil oleh orang lain untuk mengelakkan pembaziran dan kehabisan masa kita sendiri.

Kita juga sering menghadapi kehabisan masa dalam keadaan yang tidak disedari, sepertimana keadaan di pejabat iaitu apabila kita telah sedari, hari sudah pun petang dan waktu pejabat juga pun hampir tamat. Akibatnya, banyak urusan kerja yang tidak selesai dan tertangguh. Jadi berikut adalah tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan diri daripada kehabisan masa terutamanya di waktu pejabat.


1. Mendisiplinkan diri dengan menepati setiap masa, jadual mahu pun temujanji. Ini kerana masa kita boleh dicuri oleh orang yang tidak mempunyai disiplin masa, dan ini sekaligus akan mendorong kita untuk menepati masa kita sendiri. Oleh itu belajar menghormati masa kita dan orang lain.

2. Mengelakkan diri daripada berbual kosong semasa bertelefon atau dengan kaki borak.

3. Tidak memperuntukkan masa yang terlalu banyak untuk menyelesaikan sesuatu tugas agar tidak banyak berlaku pembaziran masa, tenaga dan komitmen.

4. Mendahulukan kerja-kerja yang PENTING dan SEGERA. Ini kerana tugas tersebut memerlukan tumpuan yang lebih dalam jangka waktu yang terdekat berbanding perkara-perkara yang PENTING dan TIDAK SEGERA, yang mana ia boleh ditangguhkan.

5. Menetapkan satu jangka masa seperti memastikan mesyuarat yang benar-benar perlu dihadiri. Dapatkan agenda dan latar belakang mesyuarat berkenaan untuk mengetahui sekiranya kita perlu hadir atau tidak. Yang penting dalam menghadiri mesyuarat juga adalah menentukan had masa, perkara atau agenda, orang yang perlu dihadiri, persetujuan agar keputusan dicapai dengan pantas.

6. Menyediakan checklist penggunaan masa seperti juga checklist untuk membeli-belah. Selalu kita menyediakan bagaimana untuk mengelakkan pembaziran wang ketika beli belah begitu jugalah kita perlu sediakan dalam perbelanjaan masa dengan mengikut keutamaan yang perlu dilakukan. Ingatlah, masa adalah lebih berharga daripada wang, namun pembaziran masa sukar dilihat dan dirasakan berbanding pembaziran wang.

7. Sentiasa berdoa agar masa kita sentiasa diberkati.

Jika kita dapat menghargai masa, hakikatnya kita menghargai nyawa kita sendiri. Pembaziran masa tanpa sebarang tujuan yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri atau orang lain, ibarat membuang nyawa sendiri.

Thursday, October 8, 2009

Happy Birthday En.Awg Azli

Sekali lagi Unit Kewangan meraikan sambutan harijadi staf kewangan semalam iaitu En. Awg Azli. Memandangkan hari jadi En.Awg Azli jatuh pada 7hb, unit ini tetap tidak melupakan untuk menyambut beberapa lagi warga kewangan yang menyambut harijadi mereka yang jatuh pada Bulan Ramadhan dan pada 1 Syawal, sekaligus kami di sini menyambut hari jadi untuk 4 orang iaitu En.Awg Azli, Rahmah, Azlina dan Azura. Juga tidak dilupakan sambutan kali ini meraikan kelahiran baby Diana.
Suasana sambutan memang amat meriah dengan gelagat, orang nya, menu makanan, rakan tetamu & post-party. Sehinggakan sambutan pada kali ini agak berbeza sedikit berbanding sambutan-sambutan sebelum ini kerana acara makan didahulukan, dan bila selesai dan kenyang menjamah barulah acara memotong kek hari jadi. Lapar ba. Hehehe..!!

Walaupun kami meraikan sambutan hari jadi 4 orang secara serentak, tetapi kek cukuplah 2 biji sahaja. Banyak-banyak pun nanti rasanya sama ja, kek juga. Hehe..!! Ini la dia 2 biji kek untuk sambutan kali ini iaitu Choco Moist dan Yam Cheese.



Untuk menu makanan pula, pelbagai jenis makanan yang disajikan antaranya nasi minyak, bi hun goreng, tom yam, bubur durian, 2 jenis ayam masak rendang, telur rebus, ikan goreng, bambangan, buah rambutan, buah pear dan biskut raya. Mmmm...memang semua pun sedap. Untung unit kewangan ni. Jadi memandangkan makanan semua menyelerakan, gambar yang diambil pun agak gelap sedikit disebabkan ada la orang tu belum lagi tau setting kameranya. Hahaha!!!



Selepas sahaja acara makan selesai, tibalah acara memotong kek. Inilah 1st time unit kewangan menyambut sekaligus beramai-ramai memotong kek.



sudah di bilang kualiti gambar nda berapa bagus!!!

Dan yang ditunggu apa lagi kalau bukan hadiah. Yang menyampaikan hadiah siapa lagi kalau bukan Pn. Noramiza. Teddy kiut warna biru pula diambil oleh Airin bagi pihak Lyn.



Ini pula antara rakan-rakan yang sempat hadir untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan suasana sambutan hari jadi kali ini..Mmm...!! Haha..!!!




Dan yang ini pula beberapa gambar warga kewangan yang sempat diambil semasa sambutan hari jadi.


Diana & Airin tengah memotong buah pear




Betul-betul asyik..!!



Blurrrpppp!!!
Seboknya bercerita


Arrgghh..Sesak nafas ku...



Ehem Ehem..!!!



Masing-masing da kenyang


Queen Of Rambutan

Time gambar ni jauh-jauh la..hehe


Ala tayang-tayang !!!!


Minta disuap pula. Tengok si kawan dibelakang nda payah disuap, bersusun suda menambah





Inilah warga kerja unit kewangan

Monday, October 5, 2009

Selamat Bertugas Kembali



Suasana ofis hari ni meriah & gamat sedikit berbanding minggu-minggu sebelum ini. Yala hari ni kan Diana da mula bekerja selepas bercuti dua bulan. Jadi si kawan kita ni yang menanggung beban kerja selama 2 bulan itu gembira la sebab kira bahu sebelah tu boleh sudah diangkat sendiri.


Selamat bekerja la semula kepada mama boy kewangan. Walaupun baru mula bekerja hari ni, bukan la mau menyeksa dengan kerja-kerja yang ada pada hari ini, tetapi memandangkan kuantiti dan beban kerja di unit kewangan tidak terkira, terpaksa la juga mama boy bekerja keras. Rasanya kerja-kerja di awal bulan ni kira boleh tahan juga banyaknya. Kann Zura!!!!


Untung la kawan-kawan di unit kewangan dapat makan makanan yang dibawa oleh Diana. Hari ini kami dijamu dengan makanan nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan kek-kek lapis. Sedap la juga kalau dapat makan yang free ni. Ye Dok. Hehehe..!!! Apa-pun selamat bertugas kembali kepada Diana.

Keajaiban di Pulau Balambangan

Kejadian Ribut (Ketsana & Ike), Gempa Bumi dan Tsunami berlaku di negara jiran, namun kita pun terasa juga kesannya. Setakat ini, alhamdulillah belum ada lagi nyawa terkorban di tempat kita, cuma rosaknya harta benda.

Dengar khabar juga, ada beberapa perkara aneh telah berlaku .. baru-baru ini, saya telah menerima satu video yang datangnya dari Pulau Balambangan, Banggi Kudat. Persoalan sekarang, adakah ia betul ataupun tidak?






Friday, October 2, 2009

Teddy Kewangan




Ini la dia koleksi anak buah kewangan yang kiut-kiut yang
ada di Unit Kewangan. Bermacam ragam staf kewangan,
macam tu juga la bermacam jenis teddy yang ada di
kewangan. Dan berbagai mimik muka teddy yang kiut tu,
macam tu juga la kiutnya staff kewangan.Yaka!!!?? Hehe.
Rasanya ni baru separuh yang dikumpul, ada banyak
lagi anak buah kewangan ni yang tidak sempat bergambar.
Hehe!!!!
~Apa pun semua staf kewangan semuanya baik-baik~

Zura..!!! Happy Belated Birthday


Sorry la zura, bukan kami ni lupa nak update blog, tapi
paham-paham la suasana raya ni. Susah mau cari masa untuk
update blog. Untuk pengetahuan rakan-rakan blog lain, harijadi
kawan kita ni jatuh masa hari raya yang pertama. Jadi mana la ada orang nak sibuk-sibuk surf internet masa raya kan. Lagi la mau update blog ni.


Walau apa pun, kami mengucapkan sekali lagi Selamat hari Jadi.
Nanti kita raikan harijadi-harijadi minggu depan yaa...

Friday, September 11, 2009

Selamat Hari Jadi Lynn




Memandangkan harijadi Cik Azlina jatuh pada bulan Ramadhan, tambahan pula dia bercuti sehingga selepas hari raya, jadi unit kewangan tidak dapat menyambut bersama-sama untuk meraikan ulang tahunnya itu.

Walaubagaimana pun, rakan-rakan di unit kewangan tidak melupakan harijadinya yang jatuh pada 12 September tahun ini walaupun sekarang ini sebahagian staff di kewangan bergelut dengan masalah stress & kesibukan dengan beban kerja yang bertimbun termasuklah projek, TNT, gaji dan laporan.

Untuk itu, kami dari unit kewangan mengucapkan Selamat Hari Jadi.


Tiada kek (sebab puasa)

Tiada hadiah (sebab dia bercuti)

Tiada sambutan (pun bercuti)

Tiada nyanyian (sekarang ni hangat dengan lagu raya)

Cuma kami doakan agar kesihatan yang baik senantiasa terpelihara dan berkekalan.


Wednesday, September 9, 2009

Kecemasan @ Klinik Biasa??

Persoalan timbul baru-baru ini bila aku terpaksa ke hospital. Waktu itu aku telah dirujuk oleh sebuah klinik swasta ke unit kecemasan hospital. Aku paling tak suka pergi hospital .. tapi ntah kenapa aku setuju untuk pergi ke hospital hari tu.

Ikut pemahaman akulah kan ... bila dah disebut kecemasan .. bukankah kita nie sebagai pesakit terus jak dilayan/diperiksa/dirujuk dsb sebaik saja sampai. Kenapalah pulak masa tu .. rasanya sama jak macam ke klinik biasa. Sampai saja kat spital .. kena daftar. Lepas daftar, aku dibawa masuk ke ruang menunggu ... tunggulah sampai kena panggil. Lepas 15 minit tunggu, dipanggillah aku masuk kedalam satu bilik kecik ... dalam bilik tu, aku kena tanya apa sakit .. sejak bila .. sejarah perubatan .. ceritalah aku, sambil dicatat apa yang dicakap ... Lepas tu, aku dibawa keluar ... ingatkan terus dibawa jumpa doktor, rupanya disuruh tunggu lagi.
Aaaaaaaaaaarrrggghhhh!!!! Tunggu lagiiiii .........
Bab nie yang buat aku heran teramat sangat ... nama dah jelas unit kecemasan. Tapi kenapa plak, wujud Zon kritikal (zon merah), Zon semi-kritikal (zon kuning) & Zon tidak kritikal (zon hijau)??? Bagi aku lah kan ... kalau dah nama kecemasan, takda bezanya. Seharusnya masuk jak pesakit terus rawat .. after rawat baru asingkan, mana kritikal, semi-kritikal & tidak kritikal. Caya tak?? Meh aku tunjukkan gambarnya ....
Dalam masa aku menunggu tu, meh aku story sket ... ada sorang pesakit yang kena angkut oleh ambulan, bukan main lagi bunyi neno-neno ambulan tu .. sampai jak, keluarla pesakit. Ingatkan dibawalah pesakit tu masuk terus dalam zon merah, maklumlah nampak kritikal pun sebab dah kena sambung ngan 'drip', orangnya plak nampak tak sedarkan diri. Rupanya proses yang sama, daftar dulu .. pas tu tunggu lagi ... agak-agaknya dalam 5 minit barulah dibawa masuk ... masuk ke zon semi-kritikal plak tu??!!
Puas saya fikir ... orang tu nampak tenat, tapi kenapa plak masuk zon semi-kritikal ... saya study kriteria-kriteria pesakit yang masuk 3 zon nie ... tapi masih tak paham. Agaknya kalau orang tu dah nak hembus nafas terakhir, masih lagi kah prosedur mendaftar & menunggu dibuat???

Musykil-musykil ... apapun, 30 minit aku tunggu akhirnya aku dipanggil masuk - zon semi kritikal. Masuk jak aku kat situ, buang karan betul! Pada luaran jak diasingkan zon, masuk saja .. semuanya sama jak. Kat dalam pun kena tunggu jugak ... bercampur jugak aku ngan pesakit-pesakit zon kritikal ... isk ... isk ... isk ...

Teruk betullah ... aku daftar masuk 3.24ptg ... keluar dari hospital 5.45ptg. Kalau aku hitung masa aku dirawat tak sampai 30 minit ... banyak masa terbuang menunggu. Aku rasa pihak hospital perlu buat perubahanlah ngan prosedur diorang, terutamanya bahagian kecemasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...