Tuesday, April 6, 2010

Suka-sukanya

Pagi-pagi lagi da buat perangai lawaknya si zura ni.
Memo meeting yang ada di atas mejanya hilang. Ntah
di mana dia letak. Padahal kelmarin sebelum saya balik
memo tu memang ada di atas mejanya.

Awal pagi ni pun, memo tu memang masih berada di atas
mejanya. Nurul sendiri pun nampak memo tu.

Puas bagitau dia memang memo tu ada di atas mejanya.
Tapi dia nda mengaku. Berkeras juga dengan jawapannya.
Bila dia sampai ja di meja kerjanya memang tiada memo tu.
Kunu.

Memo tu adalah panggilan meeting untuk audit 5S. Dia
dan Aniza kena hadiri meeting tu pagi ni. Memandangkan
memo untuk Aniza pun diletakkan atas meja Zura, jadi
dua-dua memo tu pun hilang. Yang si Aniza ni pun mau
tengok memo tu dulu sebelum masuk meeting tu.

Bila puas dia mencari atas mejanya, si Zura ni pun bagitau
"ntah2 yang aku buang di bakul sampah tadi".
Bila di tengok bakul sampah, sah memo tu dibuangnya.
Yang kami ni pun apalagi, ketawa la.

Bukan saja di buangnya...


Dikoyakkannya...hampess betuii...!!!
Bukan memo untuk dia saja koyak, memo untuk
Aniza pun sekali dikoyakkannya. Hahaha..!!

Ntah apa yang dipikirkannya. Awal pagi lagi dah buang
tebiat. Suka-sukanya sahaja. Kalau sendiri punya, nda pa
juga, ni orang lain punya pun dia libatkan.

Alasan dikoyakkan memo tu sebab dia ingatkan memo
tu yang lamanya punya.

2 comments:

~Lynnz~ said...

sepa nda kenal c zura tu ...

Moja said...

itu la si zura yang kita kenal...

walau geram cmana pun, dikoyakkah..tetap juga masuk meting...kui kui kui..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...