Nda cukup sorang ... pindah lagi cari mangsa baru.
Kami ni pun plan la mau balik. Yala, mau akses sistem nda dapat, jadi kerja pun tergendala. Jadi siap saja kasi kemas baucar-baucar tuntutan, mau off kan la suis aircond, sekali tengok suisnya pun ikut sekali trip. Adeii naa, sandi betul. Memang malang la kami berdua petang tu. Sudah la tidak dapat akses sistem, kerja pun tidak dapat buat, telur penyu ntah ke mana. Kita tengok la hari isnin ni macamana ceritanya...
Salam tahniah kepada salah seorang staf Unit Kewangan iaitu Saudari Airin Luaran yang telah menerima APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) tahun 2008 yang diadakan di HQ ICU, Putrajaya pada 7 Ogos 2009.
Bagi rakan-rakan yang ingin mengetahui apakah yang terjadi semasa APC, kita sama-sama nantikan cerita dari Saudari Airin kita. Harap-harap dia akan berkongsi cerita sepanjang acara rehearsal dan hari kemuncak penyampaian anugerah tersebut. Mana la tau perasaan dia macamana kan, gembira tu sudah pastilah, tapi adakah berdebar, sejuk-sejuk gementar ka, mau balik kk sudah ka...nantilah kita sama-sama tunggu. Hehe....!!!!
Bukanlah disebabkan gangguan telefon atau kawan-kawan di pejabat, tetapi sudah menjadi tanggungjawab warga kewangan untuk melakukan pelbagai kerja yang bukan sahaja pada baucar bayaran, tetapi hal-hal lain. Jadi untuk warga kewangan, sama-samalah kita motivasikan diri agar kerja tu tidak la membosankan walau banyak mana pun yang akan / telah kita buat. Mana la tau, ada lagi salah seorang dua dari kita akan naik pentas APC tahun depan... Hmmmm!!!!....

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report dengan bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..fikirlah apa kita akan dapat.
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"