Monday, February 1, 2010

Memori 2009

Untuk kenangan bersama, Krew kewangan berkongsi
semula memori sepanjang tahun 2009 bekas
kakitangan unit ini dan juga aktivit sepanjang tahun
yang telah berlalu termasuklah acara sambutan
harijadi, program hari keluarga dan banyak lagi. Jom
sama-sama kita usha gambar yang menggamit
memori yang akan tetap di kenang.


1. Memori bersama Walter

~ Pada awal bulan Februari 2009, salah seorang
kakitangan harapan di pejabat ini umumnya telah
mengambil keputusan untuk bercuti selama 1 tahun.
Perkhidmatanya di unit ini adalah selama 1 tahun lebih.
Apa pun, kami di sini iringi harapan agar semoga dirimu
sentiasa success.




2. Memori Bersama Kak Patimah

~ Seorang lagi kakitangan Unit Kewangan iaitu
Kak patimah juga telah menerima tawaran bertukar
ke JPJ Cawangan Beaufort pada pertengahan bulan Mac.
Beliau bertukar adalah kerana berjauhan dengan suami
yang tercinta. Mmm..dan juga kucing kesayangannya.
Hehehe. Khabar yang sahih juga kedengaran yang
dia telah menerima jawatan baru di tempat yang sama.
Walaupun hanya 7 bulan bersama-sama kami, tetapi
tali kekeluargaan tetap utuh. Doa kami agar bonda
yang sentiasa dirindui sentiasa dalam keadaan yang sihat,
dan gembira.




3. Gotong-Royong 5S

~ Aktiviti yang boleh dianggap sebagai permulaan
pelaksanaan amalan 5S di pejabat ini. Gotong-royong
ini telah diadakan pada 9 April 2009. Ia dimulakan
dengan sesi taklimat di Bilik Gerakan dengan setiap
zon diberikan peralatan asas untuk membersihkan
di setiap kawasan zon masing-masing. Tema zon
orkid telah dipilih untuk mewakili Unit Kewangan dan
di hari aktiviti tersebut, unit ini telah memulakan
tugas mengemas stor dan menyisih dokumen yang
berada di aras 5.




4. April Birthday's

~ Sambutan harijadi pertama unit kewangan tahun ini
iaitu Mozaid. Hadiah kenangan yang diterimanya adalah
baju long sleeve. Doa kami agar potongan kek yang akan
datang adalah dari kek majlis perkahwinan.




5. May Birthday's

~ Sambutan harijadi bulan berikutnya iaitu Pn. Noramiza.
Hadiah kenang-kenangan pula berupa frame kalimah
suci Allah.


6. June Birthday's

~ Untuk bulan Jun pula, krew kewangan meraikan
ulang tahun Airin dengan hadiah kenangan berupa
patung Kitty.


7. Ulang Tahun PPN Sabah

~ Satu majlis tahlil telah diadakan sempena ulang tahun
pertama PPN Sabah pada bulan Julai 2009 iaitu sehari
sebelum hari keluarga diadakan.



8. Hari Keluarga PPPN Sabah

~ Program ini telah di adakan pada awal bulan Julai 2009
bertempat Beringgis Beach Resort. Kesemua kakitangan
telah diberikan cenderahati pada tahun ini. Antara yang
bertuah juga termasuklah Mozaid dalam acara teka kacang
yang sekali gus membawa pulang sebuah kamera digital.
Rahmah dan Azura juga memenangi pertandingan
karoke dengan mendapat kedudukan johan dan naib
johan. Unit kewangan juga adalah satu-satunya unit
dengan kehadiran krewnya 100% pada kali ini.






9. Kenangan bersama Ain dan Asyura

~ Kedua-dua krew kewangan ini hanya sempat
berkhidmat selama 1 bulan di unit ini. Mereka telah
berpindah secara serentak ke Jabatan Akauntan Cawangan
Kota Kinabalu pada pertengahan bulan Julai 2009
disebabkan kesilapan perjawatan.




10. Pencapaian APC

~ Pencapaian APC yang amat menjadi kenang-kenangan
bagi Airin yang telah menerima pada bulan Ogos 2009.




11. Hari Keluarga ICU

~ Pertama kali krew kewangan dapat mengikuti
rombongan jabatan ke Program Hari Keluarga ICU
di A' Famosa Water World, Melaka pada 8 Ogos 2009.
Antara krew kewangan yang terlibat bersama iaitu
Pn.Noramiza, Mozaid, Airin, Azlina & Jepri. Tema
yang mewakili zon Sabah & Sarawak adalah warna
oren.






12. August Birthday's

~ Sambutan harijadi Rahmah hanyalah berupa dua
patung memandangkan harijadinya kali ini jatuh pada
Bulan Ramadhan. Majlis makan-makan ditunda selepas
cuti hari raya.




13. Memori bersama Jepri.

~ Tahun 2009 juga menyaksikan ramai kakitangan
unit ini bertukar ke jabatan lain termasuklah
Jepri atau lebih mesra kami memanggil Abg Jepri.
Abg Jepri telah berkhidmat di unit ini sejak tahun
2007 dan mula aktif melakukan tugas-tugas kewangan
pada penghujung tahun 2008. Beliau telah bertukar
ke Mahkamah Syariah di Wisma Muis pada bulan
Ogos 2009 disebabkan atas dasar perjawatan
di pejabat ini. Doa kami agar abang terus berjaya
di masa hadapan.




14. Sambutan Harijadi Besar-Besaran

~ Pertama kali Unit Kewangan meraikan harijadi
secara besar-besaran 4 orang kakitangan di unit ini,
disebabkan ulang tahun Rahmah, En. Awg Azli dan Azlina
jatuh pada Bulan Ramadhan dan Azura pada 1 Syawal
tahun ini. Selain itu, sambutan kali ini juga meraikan
kelahiran baby Diana







15. Program Tunas Mekar

~ Program Tunas Mekar yang julung kali diadakan di
Negeri Sabah pada bulan November bertempat di
Hotel Magellan, Sutera Harbour. Program yang
berteraskan membantu dan melahirkan Usahawan
Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera. Azlina
dan Mozaid turut terlibat sebagai urusetia dalam
program ini.



Saturday, January 30, 2010

Kupu-Kupu bermata burung hantu

Sudah pastinya gambar yang anda nampak di
bawah ni adalah seekor kupu-kupu kan.
Serinya kurang mungkin kerana tidak mempunyai
kepelbagaian warna di kepaknya. Tapi bila
diperhatikan gambar tu baik-baik, yang
jelasnya menunjukkan dua pasang mata
burung hantu. Sungguh cantik kan ciptaan Tuhan,
yang sememangnya ia mempunyai keistimewaan
tersendiri.

Untuk makluman bersama, gambar kupu-kupu
ini telah diambil di sekitar halaman rumah di
kampung saya.

Friday, January 29, 2010

Cheese Cake..!!!!

Cheese Cake...!!! Awal pagi lagi kami di kewangan ni
dihidangkan makanan yang berat. Sungguh berat tapi
isinya nipis dan gebu. Sedappp...!!!!
Confirm la sekejap lagi kami ni mengantuk.
Terima kasih la pada yang sudi sponsor cheese cake
hari ini iaitu Diana.

Jadi siapa yang nak join, ngak usah lenggah-lenggah,
ayuh turun cepat sebelum habis.


Wednesday, January 27, 2010

1Borneo

Hari kelmarin, saya (moja), lyn, airin & nafi sempat la
keluar jalan-jalan ke 1Borneo. Besar-besar 1B tu,
kami masuklah kedai yang macam gambar di bawah
ni. Hehe. Kedai ni terletak di travel zone dan salah
satu kedai yang kami masuk iaitu Travel For All.


Bukan saja nak test baju-baju tu, memang ada hajat
pun nak masuk kedai ni. Paham-paham sajalah
siapa yang terlibat ya. Nanti ada la salah seorang
krew kewangan yang akan update kan blog ni
bila semua dah selesai.

Dalam sambil-sambil kami tengok barang pakaian
di kedai, boleh-boleh la terjumpa big boss. Hehe.
Kedapatan juga akhirnya. Si Airin pun sempat lagi
tengok jam, dan nasib la waktu tu sudah masa
rehat tengahari.
Adalah 2, 3 jenis baju yang sempat kami pakai.
Tapi bila membayar setakat barang aksesori
saja. Stokin, glove dan snow cap. Hehe.
Travel zone di sini ada banyak pilihan
dari segi baju panasnya dan aksesori. Memang
banyak yang berkenan dengan pilihan hati cumanya
harganya pula tiada pilihan. Sebelum balik tu sempat
la kami singgah menapau di kfc dan McD untuk
makan tengahari.

Tuesday, January 19, 2010

Aras Petunjuk Kuantiti (AKB 2009)

Bagi sepanjang tempoh AKB yang bermula dari
3 Januari sehingga 12 Januari 2010, sebanyak
944 tuntutan telah berjaya diproses. Berikut
adalah aras petunjuk kuantiti kerja bagi
sepanjang tempoh AKB.


Sepanjang tempoh AKB adalah merupakan hari-hari
yang memenatkan bukan sahaja dari fizikal tetapi juga
emosi dan perasaan. Tengok saja laporan di punch kad,
kedatangan seawal jam 6 pagi dan pulang pula jam 11
malam. Tenaga dan stamina memang meletihkan.

Masa rehat / tidur pada sebelah malamnya pula
paling lama 5 jam. Tapi majoriti krew kewangan
tidak mempunyai masa tidur yang mencukupi.
Mana lagi krew yang lain yang terpaksa dan
sanggup membawa pulang kerja untuk tujuan
penyemakan. Fuuhhh...!!! penat geng.


Tekanan dari luar dan dalaman juga tidak kurang
hebatnya. Tapi bebanan kerja tu tidak menjadi
penghalang bagi krew kewangan untuk melaksana
kan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Terima kasih kepada insan-insan yang sudi
memberi bantuan dan perhatian semasa
tempoh yang memenatkan tu. Termasuklah
Tuan Pengarah, En. Suile & En. Zamlee yang
sering memantau keadaan dan tahap kerja-
kerja pembayaran.

Sunday, January 17, 2010

Majlis Kenangan



Seperti yang sudah sedia maklum, Ketua
Unit Kewangan iaitu Puan Noramiza akan
bertukar ke Unit Urusetia pada 18 Januari
2009. Pada hari jumaat lepas, krew kewangan
sempat meraikan majlis perpisahan bagi
mengingati jasa dan kenangan beliau
sepanjang menjadi ketua unit krew
kewangan.




Walaupun aktiviti yang dikongsi kali ini
juga lebih berbunyi makan-makan (hehe.!!)
namun majlis yang diadakan ini adalah tanda
untuk menghargai sumbangan beliau.
Sumbangan yang membawa aspek perubahan
pemantapan jentera dan unit ini seperti
dasar, peraturan dan kerjasama. Di majlis
ini juga, Puan Noramiza sempat memberikan
tips untuk mengekalkan unit ini sebaik mungkin.
Kerjasama, semangat berpasukan, jalinan
hubungan krew kewangan, disiplin kerja
adalah antara yang terbaik pernah beliau
terjumpa sepanjang perkhidmatannya.




Atas permintaan puan, ucapan terima kasih wakil
dari krew kewangan kali ini adalah, azura sebagai
pembuka kata majlis ini. Tetapi disebabkan terkejut
apabila dipilih, dia tidak bersedia dan terpaksa
mozaid mengambil alih walaupun hanya sepatah
dua sahaja ucapan yang diberikan.
Bagi menu pula, antara yang disediakan pula adalah
seperti kek, soto daging, ayam goreng,
udang butter, ikan masin dan sayur kubis.
Memang semua menu sedap dan menyelerakan.
Dikesempatan ruang yang ada, kami krew di unit
ini berterima kasih atas tunjuk ajar, pimpinan,
teguran, idea, termasuklah juga sumbangan lain
seperti belanja makan KFC, pizza, McD, dinner
dan sekecil bentuk sebesar rasa, kuih kasui.
Jangan lupa singgah-singgah kami selalu,
dan jika ada makanan lebih panggil lah kami ya.
Jasa mu tetap dikenang.

Friday, January 15, 2010

Makan-makan di Salut Seafood Restaurant

Hampir setengah bulan krew di sini
tidak mengupdate blog ni. Terasa macam
tiada aktiviti pula yang berlaku di kewangan
sepanjang awal Januari ni. Sebenarnya bukan
lah krew kewangan ketiadaan isu mahu pun
aktiviti, tetapi kesemua krew-krew berhempas
pulas, masing-masing berkerja keras untuk
menyiapkan kerja terutamanya dalam tuntutan
bayaran projek. Tempoh AKB katakan.

Walaubagaimana pun, kita tinggalkan dulu
isu AKB ni kerana krew kewangan ingin
berkongsi hari-hari selepas berakhirnya
tempoh AKB 2009 yang menyeksakan. Aktiviti
yang mula-mula di rancang sekali untuk
meraikan penat lelah adalah makan-makan.
Hehehe...!!! Makan tengahari saja bah.

Aktiviti makan ini telah dirai pada hari khamis
14 Januari baru-baru ini bertempat di Salut
Seafood, Karambunai, Kira-kira 17km daripada
pejabat.

Sebelum bertolak, adalah seorang tetamu
yang tidak diundang tetapi dirindui datang
ke pejabat, iaitu Kak Patimah, bekas
kakitangan unit kewangan. Urusannya
hanya mengambil barang minuman yang
dipesan. Apa pun kami tetap merinduinya.



Setibanya di restoran, kami masing-masing
memilih jenis makanan laut yang masih hidup
sebagai menu pilihan. Jenis masakan yang di
pilih pula antaranya kupang putih rebus, ikan
merah sweat sour, sotong goreng tepung,
udang mayonis, ketam rebus, kangkung
belacan dan pucuk sayur manis.



Udang mayonis pula kami order dua kali,
bukan tebarus tapi sedap. Yalah manalah
cukup kalau seorang makan 2 ketul udang saja.
Apa lagi...kami pun order sajalah, harga
langsung tidak terfikir, yang penting dapat
makan. Hehehe..Bukan selalu pun dapat
peluang macam ini.







Yang menjadi rebutan dan perhatian masa
mula-mula hidangan dihantar adalah
segala barang pencecah seperti cili padi,
limau, bawang putih dan kicap. Masing-
masing berkerja keras membuat pencecah
sendiri kecuali si moja dan hanafi. Hehehe...










Yang meriahnya apabila kesemua krew

kewangan dapat berkumpul bersama-sama
untuk meraikan makan tengahari ni. Di
kesempatan waktu yang ada, dapatlah kami
mengambil peluang bagi mengeratkan lagi
ukhwah, ikatan persabahatan dan
kekeluargaan dikalangan kami dengan
gelak ketawa, gelagat dan menu makanan
yang mengisi ruang perbualan sepanjang
menjamu selera.

Friday, January 1, 2010

Nilai Laman Blog?

Untuk makluman bersama, saya baru sahaja
terjumpa 1 laman web yang boleh menilai harga
sesuatu website / blog. Cara dinilai adalah
berdasarkan data yang ada di dalam sesebuah
laman web.


Klik http://sitevaluecheck.com/ untuk menilai
sendiri laman web anda dan cara bagaimana
ia menilai.

Untuk laman blog ini, nilai harganya adalah :-




Jadi untuk krew kewangan yang lain, bersama-
samalah kita meningkatkan bukan sahaja prestasi
kerja tetapi juga untuk blog ini, yang mana
merupakan tempat perkongsian aktiviti dan
luahan hati unit ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...