Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


2011 antara tahun yang indah & sukar
buat krew kewangan. 8 bulan yang dilalui
berbagai peristiwa suka & duka. Walau apapun,

Sempena Aidilfitri tahun ini, ucapan setulus ikhlas
dari krew kewangan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Mohon kemaafan yang mana ada
tersinggung dengan perbuatan,
percakapan, terkasar bahasa, babak2
drama, perselisihan dan macam2
lagi.

Dinner 2011


Sekitar Dinner Ofis pada 17 Jun 2011














Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia

khususnya krew kew kerana bersusah payah

menyara dan mendidik anak-anakmu sehingga kini.

Tuesday, May 3, 2011

ESPKB Tidak Berfungsi??

Selalunya apabila berlakunya masalah sistem,
akan terpampang ayat macam nie pada monitor


PAGE CANNOT BE DISPLAYED


Sesuatu pelik & comel terjadi pada sistem hari ini.
Tersenyum juga sedikit apabila melihat gambar yang dipaparkan

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Selamat Menyambut Hari Pekerja

pada semua krew kew & warga PPPNS

Selamat Berhujung Minggu Semuanya

Monday, March 14, 2011

Lagi Gambar Dinner @ Hyatt

Haru biru jadinya Hyatt Hotel dikerjakan oleh
krew kewangan. Orang lain yang makan sini
macam biasalah menikmati menu dan borak2
kecil ja. Tapi krew kewangan lain jadinya,
dari mula tiba, sampai la abis makan,
kecoh, bising dan bergambar ja.
Semua nampak sot2 ja malam tu.



Ni antara menu yang sempat di gambar.




Ni kek harijadi. Bukan hotel punya tau...!!! Hyatt
tiada masa mau bikin kek ala2 rabbit. Mama Diana yang
sponsor. 5 bijik semuanya.

Wednesday, March 9, 2011

Dinner @ Hyatt


Sempena tahun 2011 nie, krew kew memulakan aktiviti sambutan hari jadi di luar ofis.
Tak seperti tahun-tahun yang sudah, dimana semuanya di sambut dalam ofis.

Venue yang dipilih adalah Hyatt Hotel.
Bukan main bergaya lagi krew kew wat sambutan ...
Yang paling bergaya semalam adalah Diana.
Ingatkan Zura yang Dress To Kill.
Diana membawa husbandnya, Irwan & anak, Iman sekali untuk memeriahkan suasana.
Tidak lupa juga geng karas kew, Razib & Marlina join sekali

Diana menyambut ulang tahunnya pada 01 Mac ... Happy Birthday Diana!!!
Moga ngko dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ...
dan dikurniakan anak pompuan hehehe

Dinner semalam sebenarnya bukan setakat untuk menyambut ulang tahun Diana ..
Tetapi juga sebagai dinner perpisahan pada geng karas kew iaitu Marlina.
Minggu nie adalah minggu terakhir beliau di ofis sebelum berpindah ke Tawau.
All the best wat Marlina di tempat barunya.
Dah pindah tue, jangan lupa datang balik KK lawat kami ..
Tentu sunyi kew nanti tanpa gelak tawa & 'bom' ngko hehehe

Nie adalah sebahagian gambar kenangan yang diambil bersama ...








Selepas selesai dinner, memasing berpulangan ke rumah memasing.
Tapi tak taulah apa kejadian bila Zura berjaya memujuk saya dan Marlina
untuk pergi 'Happy Hour' ...
Malam tue saja, kami bertiga telah pergi ke tiga tempat yang berbeza.

" 'Shen'zen naik 'Firefly' bersama Snow 'White' "

hehehe ...


Monday, February 14, 2011

Crew Kew Bergila Ke KL

Hari nie saya, Diana, Nurul & Zura terbang ke KL untuk menghadiri Program Internship Kewangan di HQ pada 09/02/11 - 10/02/11.

Saya, Diana & Nurul telahpun masuk ke balai berlepas dan pengumuman untuk masuk dalam kapal telah dibuat namun Zura masih belum tiba. Bila ditelefon beberapa kali, rupanya dia baru saja sampai di airport. Kurang assam betul punya orang, nasib baik kami dah web check-in semalam kat ofis, kalu tidaaak ... memang sah tak naik kapal lah si Zura.

Dah masuk kapal Zura & Diana duduk satu row. Kenapalah bley wat scene masa minum dihidangkan. Buli2 masa mok pose bergambar, diana terpelancit airnya ke atas zura ... basahlah juga baju si Zura hehehe ...

antara aksi-aksi yang sempat diamik masa dalam kapal ....

Menu semasa penerbangan pada waktu itu adalah 1. nasi putih, acar timun & ayam masak merah (tapi xda plak rasa masak merah pun), dan 2. nasi putih, sayur chapchoy & ikan masak black bean. Saya, Nurul & Diana meminta hidangan berlauk ayam manakala zura meminta hidangan ikan. Selesai makan, Zura mengadu bahawa dia belum kenyang. Dia merayu pada saya & Diana untuk meminta lagi makanan untuk dirinya. So terpaksalah saya & Diana meminta bagi pihak dia, demanding plak tue nak minta ikan lagi ... tapi yg ada cuma ayam. Dia pulun jugak. Dalam masa yg sama Diana meminta kacang, skali stewardess tu bagi 4 bungkus besar sekali untuk kami setiap sorang. Perghhh .... Tupun diana nak mintak lagi hahaaa

4 bungkus besar kacang yang dibagi seikhlasnya oleh MAS ...
Sesudah check-in di hotel, kami berempat terus keluar. Sungguhpun dah makan dalam kapal, Zura mencadangkan untuk pergi makan dahulu; sup tulang & ikan keli goreng.

Selesai makan, kami berempat pergi ke Sogo untuk mencuci mata. Setiba di sana, memasing berpecah sebab nak beli keperluan memasing. Saya serta Nurul pergi ke farmasi, Diana mencari baju untuk anaknya; Iman manakala Zura pulak mencari baju untuk dirinya sendiri.

Selepas dari Sogo, kami berehat seketika di hotel. Selepas berehat, kami menyambung perjalanan ke kawasan Bukit Bintang. Lama kami habiskan masa di Pavillion, mulanya sekadar nak cuci mata, tapi akhirnya masa dihabiskan untuk membantu Diana mencari belon spesel untuk Iman.

Beberapa gambar kenangan sewaktu berada di depan dan dalam Pavillion

Muka-muka penat berjalan mencari belon spesel ...
Selepas dari Pavillion, kami berempat keluar untuk mencari makanan di kawasan Bukit Bintang. Terserempak kami akan orang berwarna silver di tepi jalan, dan peluang diamik untuk bergambar dengannya tidak kami lepaskan.

Kami berhenti seketika dekat Plaza Bukit Bintang untuk menjamu makan malam bersuasanakan lagu-lagu menarik dari 'live band'. Yang makan cuma Zura & Nurul, manakala saya & Diana cuma minum saja. Sempat jugaklah saya merakam suasana 'live band' ....



Setibanya kami tiba dihotel, penatnya tak terhingga. takut jugak kami tak sedar untuk kursus pada esok hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...