Sunday, August 1, 2010

Jalan-Jalan di Beaufort - Sipitang

Rombongan Cik Kiah kali ini iaitu ke rumah pengantin
yang terletak di Beaufort, dimana atas jemputan
oleh bekas kakitangan Unit Kewangan PPNS iaitu
Kak Patimah. Antara yang mengikuti rombongan
hari ini iaitu Lynn, Zura, Moja, Yusendra & Aslam.
Perjalanan agak jauh. Sebab itu kami mula berkumpul
seawal jam 8.30am dan mula bertolak dekat jam 9.00am



Kira-kira jam 10.15am kami pun sampai la juga di
halaman rumah pengantin ni. Tuan rumah telah
memilih tema hijau. Dari pakaian, khemah,
alas meja, bunga telur, bakul hadiah, hampir
semua hijau la. Nasib la makanan nda hijau.




Sempat la juga kami bertemu kak cc baru kita
ini dan juga anaknya, siapa lagi kalau bukan
Kak Min, yang juga akan melapor
di tempat baru, IPD Kepayan.

Begini la aksi2 ketika makan....



Begini la suasana di tempat majlis perkahwinan,
jemputan memang ramai. Semasa kami makan,
tetamu nda putus2 datang. Biasalah anaknya
yang pertama melangsungkan majlis kawin ni.





Ni pula da time nak balik da kira2 jam 11.00am.
Yang bikin lawak ni bila Kak patimah suruh
bini-binian ni balik cepat2. Bukan apa,
sebab time balik baru Kak Patimah bagi
bakul hadiah dengan Moja & Aslam.
Yang 3 orang ni apa lagi nda la puas hati
sebab durang nda dapat bunga telur. Jadi
bising la durang dengan Kak Patimah, mau juga
minta....Naa skali nda dilayan. Terus disuruh
cepat2 balik (ala2 kena halau pun ada). Hahaha...




Memang dah kami plan awal2 dah lepas dari rumah
pengantin ja terus ke Sipitang. Mau makan
buah-buahan kunu. Yusendra & Aslam tidak ikut
kami ke Sipitang, durang terus saja balik ke KK.



Tapi sebelum tu, kami mencari tandas la dulu.
Si Moja nda dia mau guna tandas di restoran2.
Jadi menyinggah la tandas di Stesen Keretapi Beaufort.




Cumanya bila keluar ja dari kereta, kami ni apa
lagi asyik ambil gambar ja. Yala bukan selalu
menjejaki di tempat orang. Si Moja hampir
4 tahun tidak ke sini, Lynn pun dalam 4,5 kali
ja singgah. Si zura pula kali kedua la sampai
di Beaufort ni.




Pekan Beaufort memang selalu banjir.
Tengok macam gambar ni....




Jalan punya jalan, sampai la juga di Pekan Sipitang
kira2 jam 12.15pm. Benda pertama yang kami
cari iaitu Maybank

Tengok la aksi si babu ni...
macam mencuri ja kerjanya. Sampai
bertinting lagi. Bukan seorang, tapi
dua2 babu tu sama ja. Tapi si baju hijau
tu kontrol kunu, padahal dia sendiri
silau menengok skrin bank tu.




Sampai ja di tamu, kami apa lagi terus la,
belek2, tawar menawar, rasa merasa.
Sekarang ni pula da masuk musim durian,
memang bertimbun la durian tu di sini.
Manggis, cempedak & rambutan
be ampaian, tinggal mau di beli ja.



Ni la hasil belian kami....
Penuh juga la di bonet belakang tu.



Tiba-tiba si Zura ni kelaparan lagi. Jadi
dia pun bising2 la suda mau cari makan. Si Moja
pun keikutan lapar. Padahal baru jam 1.00pm.
Memandangkan agak panas juga di pekan ni,
kami pilih ja la makan di KFC.



Habis ja makan...kami sempat la pi lepak2
di waterfront, betul2 depan dengan
Pekan Sipitang.






Begini la pemandangan tepi laut Sipitang



Ni pula di jeti ...







Selesai ja di Pekan Sipitang...
kami pun bertolak balik la pulang.
Tapi sebelum tu kami sempat la singgah
ke kampung Zura di Papar untuk menghantar
barang buah yang dibeli untuk beliaunya.
Kesian Zura .. penat betul dia
gara-gara berjalan & bergambar ...



Sudah adat orang2 di sini, walau singgah
sekejap pun kena jemput naik juga ke rumah.
Mau nda mau....naik juga la. Akhirnya berjumpa
juga dengan mama si Zura ni.




Thursday, July 29, 2010

Dah mula dah Scrabble

Cuaca pagi hari ini baik. Dan mood krew kewangan
pun juga baik. Tapi ada la skit2 boring. Jadi semasa
rehat tengahari, untuk kami menghilangkan boring
di ofis ini, kami mainlah scrabble. Hehehehe..!!!!!
Adalah la setahun da kami tak buka2 scrabble ni.


Lyn, Rahmah, Diana dan Moja yang main. Nurul
pula jadi tukang kira2 point kami. Hehe.!!!



Memang happening la main scrabble ni.
Mana lagi nak perah otak.
Mana lagi nak mencari petak buat ayat.
Mana lagi nak rebut2.
Mana lagi buat ayat2 yang tak masuk akal.


Main punya main...akhirnya Lyn juga yang
menang. Ni keputusan untuk game hari ini

Lynn 159
Rahmah 156
Moja 118
Diana 116

Audit 5S Zon Orkid

Pada 28hb Julai yang lepas .. Audit MPC untuk mendapatkan persijilan 5S telah dilakukan. TAHNIAH pada ketua zon orkid serta orang kuatnya mozaid yang telah bertungkus lumus menyempurnakan 5S di unit kewangan. Akhirnya dapat juga pengesyoran pensijilan 5S. Sekarang pertempuran lain pula yang perlu dilaksanakan, iaitu S yang ke lima iaitu ... SENTIASA AMAL
Apa-apapun ... di sini ditunjukkan kekreativitian krew kew
terutama Rahmah & Mozaid ...

Keadaan di dalam unit kewangan / zon orkid ...


Ini pula sesi pengauditan yang dibuat oleh wakil daripada MPC ...

Gambar setelah keputusan hasil pengauditan diadakan ...

TAHNIAH SEKALI LAGI PADA SEMUA WARGA PPPNS!!!

Friday, July 23, 2010

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MINUMAN COCA-COLA!!

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Kita yang berada di rumah harap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.



DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga.

rakyat amerika pon ban minuman ni sejak dulu lagi.... but us? our money keep them alive and rich, up until now.... and some of the profits are given to the Israeli for war in Palestine... drinking it, was like killing yourself softly, and killing the Palestinian brutally.. Nauzubillah~

Monday, July 5, 2010

5s

Beginilah transformasi Unit Kewangan
dalam melaksanakan aktiviti 5s.











Dan untuk pra audit pada hari ini, respon
dari MPC untuk unit ini tidaklah mengecewakan
sangat. Hanya perlu penambahbaikan dari
segi kekemasan wayar komputer tempat
penyimpanan alat tulis di dalam laci dan
memperbanyakkan lagi gambar sebelum dan
selepas.
Tiada komen pasal tidak jelas, tulisan kecik,
berlainan warna. Dan yang paling teruk
macam pejabat baru...!!!!
Overall...krew kewangan berpuas hati
respon dari pra audit pada hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...