Sunday, March 7, 2010

City Run Kota Kinabalu 2010

Saya, Zurah & 2 orang adik saya tiba di Padang Merdeka kira-kira jam 7 pagi, ingatkan acara telahpun bermula … rupanya tukang rasminya belum tiba (agaknya masih diulit mimpi-mimpi indah hehehe ), maka ramailah peserta dari pelbagai bangsa, umur, rupa & saiz terpaksa berkumpul di bawah panas mentari pagi termasuklah warga PPPNS yang diketuai oleh Tn Haji Matusin, Encik Khairul, Encik Awang, Faiz, Syawal, Jamaun, Dapiri, Kak Normah, Hidayana, Betcilla, Diana dan Nurul. Leih kurang jam 7.30 pagi sampailah Mayor KK dipentas untuk merasmikan acara. Selesai acara ucapan rasmi dan penyerahan cenderahati (macamlah penyampaian cenderahati tak boleh dibuat setelah selesai acara) barulah bermula senamrobik (ingatkan teruslah disuruh berlari)


Agak meriah jugalah sewaktu senamrobik .. muzik yang dimainkan rancak dan pergerakan menarik & simple ala-ala tarian ago-go. Namun ramai yang merungut kerana terlalu banyak masa dan tenaga terbuang di padang dan berjemur dibawah sinar matahari yang makin terik. Jam 8.20 pagi larian bermula. Masa tu berasak-asak semua peserta untuk keluar dari pintu gerbang padang, .. kawan di kiri kanan pun dah tak kenal dah, memasing dah ikut haluan memasing ... ada yang berlari, ada yang berjalan, ada yang join kelompok besar, ada yang tak ikut mana-mana kolompok … malah ada juga yang tersimpang terus ke Gaya Street hehehe ... Sepanjang larian macam-macam yang dapat diperhatikan. Ada yang mendokong anak kecil .. ada yang membiarkan anak-anak berlari sendiri (hingga ada anak yang tak tahu di mana ibu bapa mereka) .. ada yang berlari sekerat jalan kemudian naik kereta sehingga ke checkpoint 1 sebab nda larat naik bukit (main buyuk betul yang nie), ada yang memang menyediakan motor selepas 1st checkpoint dan kemudiannya parking motor sebelum 2nd checkpoint berdekatan dengan kawasan padang .. ada yang tumpang lori DBKK (yang nie kebanyakannya budak-budak sekolah). Sepanjang berjalan ada jua orang yang saya nampak berlari tanpa kasut .. ada sorang tu tak tau lah mana silapnya .. khusyuk sangat berlari tak sedar tapak kasutnya tercabut hehehe .. Tapi yang benar benar saya menarik perhatian saya apabila terdapat seorang peserta OKU (buta) mengikuti larian ini sambil diiringi oleh anaknya (agaknyalah). Saya dan Nurul tercakap ... kalau orang buta tu bley buat, kenapa kita nda bley buat.


Tamat larian, ramai berkumpul di tengah padang .. ada yang berebut sijil penyertaan dan ada yang sabar menanti cabutan bertuah. Saya serta Nurul tak mampu untuk menyertai aksi berasak-asak untuk mendapatkan sijil mahupun minuman percuma. Saya tabikk springlah dengan Zurah .. betul betul dia berlari. Mukanya merah, baju di badan basah akibat peluh yang berlebihan, sanggup plak lagi ikut serta aksi berasak-asak dengan orang ramai hehehe … Sementara menunggu acara cabutan bertuah .. Encik Awang, Faiz, Syawal, Kak Normah, Zurah pekena semangkuk soto setiap sorang di Restoran Kak Tini. Zurah siap bungkus 2 mee goreng untuk di bawa balik. Lepas makan .. memasing jalan haluan sendrik, ada yang merayau di Gaya Street, ada yang tunggu cabutan bertuah dan ada yang balik terus. Overall ... Menyeronokkanlah event nie

4 comments:

Moja said...

Pertama...!!!

Tahniah la yg pi ikut city run tu. tp yg bikin heran tu laluan blh2 la bertukar pi gaya street. sapa la tu ahhh..!!!!

~Lynnz~ said...

ko rasa ko kenal orang yg tukar laluan tu?? hahaha

Moja said...

aku rasa yg tiada mukanya dlm gambar la kali yg pi gaya street...
atau kau mau terus terang...hehehe

~Lynnz~ said...

yang teda dalam gambar .. kurang pasti.
yang pasti ada yg dalam gambar tu
hahahaha ... :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...