Perjalanan daripada Kuala Penyu ke Paitan
bermula pada jam 1.45pm
Kami berehat sebentar di Restoran Dayang di Taman Pantai Lok Kawi untuk makan tengahari.
Selesai makan ... kami berhenti di beberapa tempat
(rumah Shamad / menjemput Pn Ainiliza dirumahnya / stesen minyak)
Disebabkan ketiadaan tempat tinggal yang selesa di Daerah Paitan
dan ketiadaan kekosongan hotel di Pitas (daerah yang paling dekat ngan Paitan)
maka terpaksalah kami menginap di Kota Marudu
Kami tiba di Hotel Season 2 dalam sekitar jam 6.35pm
Memasing mencheck-in kan diri ke bilik memasing.
Memasing mencheck-in kan diri ke bilik memasing.
Acara makan-makan telah dicadangkan di Marudu Inn
tapi saya tak join sebab terlalu penat dan ingin merehatkan diri.
Alternatif makan malam bagi saya adalah KFC yang letaknya berhampiran dengan hotel.
Difahamkan semua ahli group balik ke Hotel dalam jam 10.50pm .. so nasib baik jugalah saya tak join
Difahamkan semua ahli group balik ke Hotel dalam jam 10.50pm .. so nasib baik jugalah saya tak join
Bilik Hotel Season 2 |
Seawal jam 5.25am kesemua team telah bersiap sedia dan telahpun check-out dari bilik memasing.
Pada jam 5.50am, team terakhir bergerak dari hotel
Suasana cukup gelap ... alangkah bestnya kalau dapat sambung tido masa tue hehee
Tibanya kami di Daerah Paitan sekitar jam 7.15am
Singgahlah kami di salah satu daripada dua kedai makan yang terdapat
di kawasan Dewan Kovbambangan
untuk sarapan pagi sebelum memulakan majlis cabutan
Jarak antara kedai makan dan dewan tidaklah jauh sangat ...
mungkin dalam 100 - 200 meter
Jarak antara kedai makan dan dewan tidaklah jauh sangat ...
mungkin dalam 100 - 200 meter
Setibanya di dewan tersebut
nampak akan kekurangannya, contohnya ketiadaan bekalan elektrik
Namun, persediaan yang telah dibuat oleh pihak Pejabat Daerah Kecil Paitan
cukup hebat.
'Tabik Hormat'
kat diorang
kat diorang
Sebuah Generator disediakan untuk membekalkan letrik sepanjang majlis berlangsung.
2 buah khemah disediakan diluar dewan yang kecil;
1 khemah untuk 3 Pejabat Daerah bagi proses mendaftar; dan
1 khemah lagi untuk PKK/PUKONSA/CIDB
Pentas yang telah dihias walaupun terdapat kerosakan terutamanya pada lantai
Sebuah mesin fotostat yang besar disediakan untuk kegunaan PPNS (sungguhpun tidak digunapakai)
Suasana diluar dewan semasa sesi pendaftaran dengan Pejabat-Pejabat Daerah |
Suasana majlis berjalan lancar namun terasa seperti kelam kabut sedikit.
Mungkin disebabkan majlis kali ini melibatkan 3 daerah sekaligus,
berbanding dengan majlis-majlis yang sebelum ini cuma 1 daerah sahaja.
Majlis kali ini, terdapat juga beberapa kontraktor yang bersungut
kerana tidak dapat mengikuti majlis cabutan
disebabkan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Ada diantaranya berusaha memujuk para pegawai dari pihak kami
dan pihak pejabat daerah untuk membenarkan mereka menyertai cabutan tersebut.
Malah ada yang sanggup merayu mendapatkan sokongan daripada YB.

Alhamdulillah ... majlis selesai dalam sekitar 2.10pm
Tiada kejadian yang tidak diingini terjadi sepanjang majlis berlangsung,
Tiada kejadian yang tidak diingini terjadi sepanjang majlis berlangsung,
mungkin juga disebabkan cuaca hujan membantu menyejukkan suasana tersebut.
Selesai berkemas, kami semua telah dijemput untuk santapan tengaharidi Pejabat Daerah
Sesudah semuanya kenyang ... maka kami pun beredar balik.
Urusetia yang bertugas |
Apakah akan ada lagi outstation @ kembara selepas ini?
Kita tunggu dan lihat ....
No comments:
Post a Comment