Wednesday, October 6, 2010

Sambtan Hari Raya Lagi ....

Maaf dipinta atas kelewatan meng'update' post kali ini.
Bukan disengajakan tetapi kesibukan yang teramat-amat ... hehehe

Okey ... seperti post yang sebelum ini, telah diceritakan mengenai
sambutan aidilfitri ofis yang diadakan pada 28hb September.
Pada keesokannya pulak, sambutan aidilfitri sekali lagi dibuat,
tetapi kali ini sambutan hari raya SUP yang mana PPPNS telah
ikut serta menyambutnya.
Gerai PPPNS menyediakan Nasi Kuning serta Asam Laksa,
(minta maaflah disebabkan gambar gerai PPPNS tidak di'upload'kan)

Antara crew kew yang menyebukkan diri untuk mendapatkan juadah yang
disediakan adalah Diana, Nurul dan Lynn ... dan ditemani oleh Marlina
Best jugalah sambutan dibuat seperti ini sebab dapat bertemu dengan
teman-teman lama dari jabatan lain.



Sempat berposing didepan gerai MAMPU serta
gerai Politeknik yang mana disediakan cupcake comel.
Ramai yang berhajat untuk mendapatkan cupcake tersebut
tetapi ramai yang kecewa disebabkan TYT lewat menjenguk gerai mereka.

Marlina ikut serta menyerbu gerai Lembaga Kemajuan Ikan M'sia
gara-gara untuk mendapatkan beg percuma ... hehehe
Sayangnya bila dia tiba dikaunter gerai ...
bekalan beg telah habis .. hehehehe

Selepas berjaya mengumpul makanan yang dihidangkan ...
kami berlima (termasuk Mozaid) telah pergi berhari raya
di rumah Airin.

Terubat juga rindu pabila berjumpa dengan Airin semula.
Rasa sedih sebab melihat keadaannya yang dah susut.
Namun rasa sedih tidak ditunjukkan pada beliau,
makanan hari raya yang telah berjaya dikumpul
dikongsi bersama ... bukan setakat Airin,
tetapi juga dengan ibu beliau.
Gembira juga melihat dua beranak ini apabila
dibawa makanan seperti pulut & rendang.




Puas beraya di rumah Airin ... kami pun bergerak balik.
Pada Airin ... Moga ko cepat sembuh supaya ko dapat datang kerja
seperti dulu, crew-crew kew yang lain rindu bangat ngan ko.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...