Sunday, August 29, 2010

Happy Birthday Rahmah


Pada hari Jumaat, krew kewangan sekali lagi meraikan
sambutan harijadi yang mana kali ini kami menyambut
b'day Rahmah.



Kali ini kami buat sedikit kelainan yang mana kami tetap
meraikan harijadi walaupun di Bulan Ramadhan.
Apa yang lainnya? 1st time kami meraikan di hotel.
Selalu kami meraikan di ofis, paling tidak pun
di Restoran Nelayan baru-baru ni.



Lokasi hotel yang dipilih iaitu Imperial Hotel,
Warisan Square. Antara yang hadir untuk berbuka
puasa dan sekaligus meraikan b'day ni iaitu
Rahmah, Mahdir, Nurul, Moja, Zura & Lynn.


Menu memang pelbagai. Cuma lauk pauk sahaja
yang kurang meriah banyaknya. Tetapi itu tidak
menjadi masalah, yalah kan tengah puasa, jadi
makan pun tidak dapat sumbat banyak2
sekaligus. Mana lagi mau makan kek yang dibeli
dari Secret Recipe.



Selepas saja abis makan hampir kesemua menu yang ada
di hotel, barulah kami buka kek b'day tu. Mulanya b'day girl
ni tidak mau dipasang candle tu, malu kunu orang lain
tengok. Tapi tau2 la kalau si zura, dipaksanya juga
letak candle. Moja & Lynn pula tukang batu api paksa
letak candle tu. Bukan 1 tapi mau diletakkan semua.
Cumanya b'day girl setuju letak 3 batang lilin saja.



Letak candle pun da malu, apa lagi dinyanyikan.
Mendengar la pengunjung2 yang ada di sana
dengan kecoh2 meja yang menyambut b'day ni.

Walau macamana kecoh pun, kami ucapkan...

Happy Birthday



Thank you la pada Rita, staff yang bertugas
di Imperial Hotel yang dari mula lagi telah
melayan terutamanya best friend barunya
si Zura.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...